You are on page 1of 4

1.

0 Pendahuluan

Pada abad ke-21 ini, negara Malaysia telah mencapai satu kemajuan yang setanding
dengan negara-negara membangun yang lain didunia. Semua bidang seperti bidang
ekonomi, pendidikan, teknologi, sosial dan politik telah mengalami satu transformasi yang
begitu pantas dan efisien terutamanya bidang pendidikan. Seiring dengan perkembangan
bidang pendidikan di negara Malaysia, pelbagai cabaran dan perubahan yang terpaksa
dialami oleh pelbagai pihak terutamanya guru-guru yang bertanggungjawab mendidik anak
bangsa.

2.0 Perubahan sistem pendidikan kebangsaan

2.1 Sebelum merdeka

Sejarah pendidikan di negara Malaysia bermula dengan lima jenis sekolah yang
diperkenalkan pada zaman penjajahan British pada tahun 1800 hingga 1956 iaitu sekolah
vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah Inggeris
serta sekolah Agama Madrasah. Sistem pendidikan British ini telah banyak menimbulkan
situasi yang rumit dalam sistem pendidikan pada hari ini terutamanya untuk mencapai hasrat
integrasi nasional serta masalah ketidakseragaman. Pada zaman penjajahan Jepun pada
tahun 1941, pentadbir tentera Jepun menubuhkan sekolah Nippon-go untuk menggantikan
sekolah vernakular dan sekolah Inggeris (Suffean Hussin, 2004). Selepas tamatnya Perang
dunia Kedua, Suruhanjaya Carr-Saunders telah dibentuk untuk menggabungkan Maktab
Raffles dengan maktab perubatan untuk mencapai taraf universiti. Pelbagai laporan
pendidikan telah dibuat sebagai langkah untuk menyediakan sistem pendidikan yang boleh
digunapakai selepas mengecapi kemerdekaan seperti Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan
Razak 1956.

2.2 Selepas merdeka

Antara cabaran dan perubahan yang terpaksa dialami oleh guru pada abad ke- 21 ialah
perubahan sistem pendidikan kebangsaan yang seiring dengan pembangunan bidang
pendidikan dalam negara. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata
pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Tujuan jawatankuasa
ini ditubuhkan adalah untuk mengkaji semula perkara yang telah diutarakan oleh Laporan
Razak 1956 dan juga Ordinan Pelajaran 1957. Antara perkara di dalam Laporan Rahman
Talib ialah Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah
termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini
kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) sejak
negara mencapai kemerdekaan. KLSR mempunyai banyak kekurangan seperti jarang
mempraktikkan aktiviti dalam kumpulan dan isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala
berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Oleh itu, pada
tahun 1983, sistem pendidikan negara telah melaksanakan Rancangan Kurikulum Baru
sekolah Rendah (KBSR) di seluruh Malaysia. Kurikulum ini telah menekankan kepada tiga
kemahiran utama iaitu menulis, membaca dan mengira. Pembentukan KBSR berhubung
rapat dengan cita dan ideologi negara Malaysia, iaitu mewujudkan perpaduan rakyat
berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara (Mok Soon, 2012). Pada tahun
1989 pula, kementerian telah melaksanakan Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dan seterusnya melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (
KSSR) pada tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun
2014. Semua perubahan ini telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada profesionalisme
guru kerana ianya berbeza dari pelbagai aspek seperti objektif dan cara penyampaian
maklumat di dalam kelas. Hal ini menyebabkan pendidik perlu mengubah cara pelaksanaan
pembelajaran didalam kelas seperti yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan dalam
usaha untuk menghasilkan murid dan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi
akademik malah cemerlang dari segi akhlaknya. Bagi menyahut cabaran Wawasan 2020,
tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan
negara dengan mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk
membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang
tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan ( Said
Ambotang & et, 2013). Contohnya, KBSR menekankan kepada tiga kemahiran utama iaitu
membaca, menulis dan mengira manakala KSSR menekankan kepada empat kemahiran
utama iaitu, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah
proses membuat pertimbangan logik berdasarkan sebab dan akibat. Guru perlu menambah
pengetahuan yang sedia ada agar mampu mencapai objektif pengajaran. Hal ini sekaligus
akan menyebabkan guru menjadi lebih efisien dalam melaksanakan tugas mendidik anak
bangsa kerana guru perlu meluaskan pengetahuan secara global untuk mengekalkan dan
meningkatkan intelektual guru itu sendiri.

1.2 Penggunaan teknologi dalam pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkembangkan penggunaan teknologi
dalam bidang pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi di era masa kini. Hal ini
kerana, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan adalah untuk merevolusikan
kaedah belajar murid dan teknik pengajaran guru di dalam kelas. Selain mampu mengubah
suasana pembelajaran murid disekolah, ia juga mampu memberi peluang kepada murid
untuk menguasai, meneroka dan memperkembangkan ilmu pengetahuan serta
meningkatkan kemahiran yang sedia ada dengan lebih efisien. Beberapa kelebihan
menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan ialah mudah memberikan gambaran
tentang pengajaran selain mampu meningkat memori murid tentang apa yang di ajar oleh
guru. Seterusnya, guru mampu menjelaskan arahan yang kompleks untuk pemahaman
pelajar. Banyak sesawang yang menyediakan arahan tentang apa sahaja yang tidak
difahami oleh murid contohnya seperti cara membuat sebuah karangan yang baik atau
seumpamanya dan banyak lagi perkara yang tidak difahami oleh murid. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan banyak faedahnya.
Melalui teknologi juga, sesi interaksi dalam pengajaran menjadi lebih menarik sekaligus
boleh meningkatkan kehadiran murid di sekolah. Melalui ICT, pengajar boleh membuat sesi
interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, serta boleh meningkatkan kehadiran pelajar
serta konsentrasi. Teknologi dalam pendidikan juga telah memudahkan sistem Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ). PJJ adalah satu inovasi yang berlaku dalam dunia pendidikan yang
memanfaatkan perkembangan teknologi manusia. PJJ menggunakan cara pengajaran yang
dilaksanakan antara pengajar dengan pelajar adalah secara terpisah kerana dibatasi oleh
jarak. Pendidikan Jarak Jauh ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memperolehi
ijazah akademik atau professional dalam masa sambil bekerja (Mok Soon, 2002). Semua
perkembangan teknologi ini memberikan cabaran yang sangat besar kepada profesion
seorang guru kerana guru perlu mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada disamping
perlu menyertai beberapa kursus yang telah dirancang oleh pihak kerajaan untuk mencapai
objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus komputer dalam kalangan guru di
Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak yang utama iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(Johan, n.d). Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga mengadakan kursus
dalam perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum sekolah bestari
(Johan,n.d). Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan
Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah
mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini
diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia (Johan, n.d). Walaupun
tindakan kerajaan ini seolah-olah membebankan para guru dengan melaksanakan pelbagai
kursus kerana guru perlu mengorbankan masa mereka untuk mengikuti kursus ini, ia
sebenarnya membantu guru mengaplikasikan kemahiran penggunaan teknologi didalam
kelas mahupun diluar kelas selain menepati Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap,
berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan (
Zulhilmi Paidi & Rohani A. Ghani, 2003).

1.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah


negara kerana pencapaian dalam sistem pendidikan akan menentukan hala tuju sebenar
sesebuah negara. Pihak-pihak lain seperti ibubapa, masyarakat dan pemerintah perlu
memainkan peranan yang efektif dalam usaha untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan dalam sistem pendidikan itu sendiri. Para pendidik di masa kini perlu bijak
menangani perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan seperti perubahan sistem
pendidikan dan perkembangan teknologi yang pesat dengan membimbing atau pengajar
para pelajar dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik
darjah tanpa sebarang bayaran (Sufean Hussien, 2004). Guru juga sebenarnya seorang
pelajar yang sentiasa perlu mempelajari sesuatu yang baharu. Tambahan pula, agama
Islam itu sendiri menuntut setiap umatnya mencari ilmu agar tidak mudah dianiayai oleh
orang lain. Oleh itu, guru yang professional adalah guru yang menjalankan tugas dan
bertanggungjawab dalam mencurahkan ilmu untuk mendidik anak bangsa agar negara
Malaysia terus maju dan mampu bersaing diperingkat global.

You might also like