You are on page 1of 5

Jenis pencemaran udara

Pencemaran udara primer


Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang
tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan
member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui
ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak
diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur
monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida
dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas
terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).

Punca pencemaran udara


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat
pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh
menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan
sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia
seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah
memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi
seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun
demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman
seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan
pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat
tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya

kesan pencemaran udara


KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-
paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga
juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga
kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan
mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru
haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada
pencemaran udara.

BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain
itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON


Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya
matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi
asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke
tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa
pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan
dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air
hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah
berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL


Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada
kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan
suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam
udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan
menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara
kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu
akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
Langkah2 mengurangkan kesan pencemaran
udara

Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran
taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan
suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah
ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di
waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan
seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan
penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan
menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar
semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang
boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas
terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis


asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan
serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong
asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang
dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak
mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undangPihak Berkuasa Tempatan


(PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi
akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat
aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan
radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita
terpelihara.Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi
akan datang.

Kaedah kajian
Pemerhatian -Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar
yang berlaku di kawasan kajian saya. Saya juga menggunakan kaedah ini untuk dijadikan panduan
ketika membuat peta kawasan kajian.
Temu bual – Seterusnya, saya telah menemu bual ..... orang penduduk untuk mengetahui pendapat
dan pandangan mereka terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya. Temu bual telah
dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap di sini kerana mereka lebih berpengalaman
dan tahu tentang keadaan di kawasan kajian ini.

Soal selidik –Selain itu, saya telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk di kawasan kajian saya yang telah menjadi responden terhadap kajian yang dilakukan.

Rujukan –Saya juga telah membuat rujukan dari buku Teks Geografi tingkatan tiga dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

You might also like