You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG PAMOL

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL 3/(2019)

Tarikh : 17.06.2019

Masa : 12.50 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat SKLP

Pengerusi : En. Dzulkefli bin Ahmad

Kehadiran(Bilangan) : 16/20

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

Senarai Kehadiran Guru dan Staf

1. En. Ngahban Bin Ahmad 11. En. Muhammad Ariffin Bin Marwan
2. En. Dzulkefli bin Ahmad 12. Pn. Mohana A/P Krishnan
3. En. Azrizal Bin Azamir 13. Pn. Diana Bt Daud
4. En. Ariffin Bin Aziz 14. En.Ganesh A/L Vellasamy
5. Pn. Che Ku Izariya Aishah Bt Che Ku Ali 15. En. Mohd Faiz Bin Jumadi
6. Pn. Rafidah Bt Ariffin 16. Cik Siti Hajar Bt Mohamad
7. Pn. Khadijah Bt Idris
8. Pn. Nur Syuhada Bt Zakaria
9. Pn. Suriani Bt Uyub
10. Pn. Ahsha A/P Chaluraju

Tidak Hadir
1. Pn. Nazliah Bt Mohamad
2. En. Mohd Azam Bin Mahat
3. En. Azman Bin Ahmad
4. En. Rashidi Bin Tokiman

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


Ucapan aluan oleh Guru Besar, En. Ngahban Bin Ahmad seterusnya menyerahkan mesyuarat
kepada En. Dzulkefli Bin Ahmad selaku GPK HEM.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Rafidah binti Ariffin
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Siti Hajar binti Mohamad

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1.Tiada perkara berbangkit
4.0 PERBINCANGAN / FOKUS MESYUARAT

4.1 APDM. (Pengemaskinian sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid). Semua guru kelas perlu
mengemaskini APDM sebelum 29 Jun 2019.
Tindakan: Guru-guru kelas

4.2 Kehadiran murid. Guru-guru kelas perlu meneliti dan mengenalpasti murid yang sering
tidak hadir ke sekolah. Guru-guru juga perlu mengingatkan kepada ibu bapa jika anak-
anak mereka tidak hadir, mereka perlu melampirkan (Surat Kenyataan Tidak Hadir dan
MC). Ibu bapa juga boleh memaklumkan kepada guru-guru kelas melalui Watsapp.
Perkara ini perlu diberi penjelasan yang sebaiknya kepada ibu bapa agar guru dapat
mengenal pasti murid dan memberi surat amaran supaya anak-anak mereka tidak
mengulangi ketidakhadiran tersebut. Ketidakhadiran yang boleh diberi surat amaran
adalah apabila (3 kali tidak hadir berturut-turut/ 10 hari berselang).
Tindakan: Guru-guru kelas

4.3 Penglibatan murid keluar. Sebarang penglibatan murid keluar perlu mendapatkan:
- Surat Kebenaran Ibu Bapa
- Surat untuk Membawa Kenderaan
Tindakan: Makluman

4.4 Pendaftaran Tahun 1/2020. Tarikh pendaftaran telah ditutup. Murid tahun 1 pada tahun
2020 hanya 21 orang.
Tindakan: Makluman

4.5 Ziarah Cakna. Ziarah Cakna seterusnya akan dijalankan pada 30 Jun 2019 (Ahad). Pelajar
yang terlibat ialah : Hairil (Tahun 4)
Tindakan: En. Rashidi Bin Tokiman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pergerakan dan murid bising. Semua guru dinasihatkan mengawal pergerakan murid
terutamanya apabila mereka ke kantin dan ke bilik-bilik khas. Pengawas, Ketua Kelas dan
Penolong kelas dinasihatkan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap
murid-murid yang bising dan bermain-main di dalam kelas.
Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,
(CHE KU IZARIYA AISHAH BT CHE KU ALI)
Setiausaha HEM
SK Ladang Pamol
Tarikh: 7.7.2019

You might also like