You are on page 1of 3

ETNISITI

Etnisiti juga menjadi salah satu daripada konsep-konsep dalam sistem politik
Malaysia.konsep etnisiti selalunya digunakan secara bertukar ganti dengan konsep
ras. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang agak penting di antara keduanya.
Perkataan ras lebih menekankan aspek fizikal sesuatu kelompok manusia. Manakala
etnik lebih menumpukan kepada aspek sosial dan budaya. Dalam kumpulan etnik,
mengikut Ting Chew Peh(1985), wujud rasa kekitaan dan sub-budaya yang jelas di
mana anggota-anggotanya merasa disatupadukan dengan sejarah, nilai, sikap, dan
tingkalaku yang sama. Ini juga dikenali sebagai stereotyping. Perasaan keetnikan
selalunya timbul secara semulajadi dan disertai dengan identiti yang mesti dikekalkan.

Dalam teori politik, etnik merujuk kepada kumpulan manusia yang


mempunyai tahap kesatuan dan perpaduan, terdiri daripada rakyat yang sedar atau
separuh sedar tentang persamaan asal usul dan kepentingan mereka. Oleh itu
kumpulan etnik lebih merupakan kumpulan individu yang menyedari kewujudan
masyarakat mereka dan berhubung sesama sendiri dengan latar belakang pengalaman
dan sejarah yang hampir sama. Cyntia Enlo (1973) mencirikan masyarakat Malaysia
sebagi bersifat nationalty ethnicity , yang identiti kaumnya terdiri daripada kelompok
kaum yang biasa ditemui di negara lain seperti kaum Cina dan kaum India.
Kemajmukan ini pula lebih kompleks kerana wujudnya perbezaan bahasa, agama,
budaya, dan perasan primodial yang tinggi di kalangan masyarakat tersebut .

Selain itu, perbezaan etnik di Malaysia turut selari dengan perbezaan tempat
tinggal, aktiviti ekonomi, dqan taraf pendidikan. Masyarakat cina umpamanya lebih
terlibat aktiviti ekonomi, mendiami kawasan bandar dan lebih keterhadapan dalam
bidang pelajaran dan pendidikan berbanding etnik lain. Antara faktor penting
terbentuknya msyarakat berbilang kaum dan etnik di Malaysia adalah kesan daripada
penjajahan British . Kaum Cina dan India dibawa masuk oleh British untuk
menggalakan perusahaan perlombogan dan pertanian di Tanah , Melayu pada ketika
itu . Oleh kerana tenaga buruh yang murah boleh diperoleh daripada kedua-dua buah
negara tersebut , kemasukan golongan imigran tersebut telah mencorak suasana
politik Malaysia pada masa kini .
Menurut Syed husi Ali (1968, 1984) masalah perkauman di Malaysia bukan
disebabkan oleh realiti pelbagai kaum tetapi dasar pecah dan perintah yang dilakukan
oleh British. Faktor ekonomi juga masalah perkauman di Malaysia . pembahagian
ekonomi yang tidak adil dan samarata dalam msyarakat yang berbilang kaum turut
mencetuskan konflik . Selain itu , menurut Cham (1975) , wujudnya kesedaran palsu
yang sengaja dimanipulasikan oleh golongan elit kaum untuk kepentingan sosial dan
politik mereka . kemuncak daripada ketegangan kaum di Malaysia telah menyebabkan
peristiwa berdarah iaitu peristiwa 13 mei.

Ekoran daripada peristiwa tersebut, Tunku Abdul Rahman , perdana menteri


pertama (1957-1970) adalah pemimpin negara yang meletakkan asas pembentukan
Negara Malaysia melalui kerjasama di kalangan rakyat. Ini dijelmakan melalui
kerjsama pemimpin yang mewakili pelbagai etnik dalam parti Perikatan (BN).
Kemudian diperkukuhkan oleh Tun Abdul Razak(1970-1976) dengan perluasan
kerjsama kepimpinan melalui konsep Barisan Nasional yang disokong oleh
pengamalan Dasar Ekonomi Baru. Dasar kepimpinan beliau diteruskan oleh Tun
Hussein Onn (1976-1981) sebagai perdana menteri Malaysia yang ketiga. Apabila
Tun Dr. Mahathir (1981-2003) mengambil alih jawatan perdana menteri, beliau terus
memacu Malaysia dan masyarakat kearah negara berasaskan perindustrian, dengan
menjadikan konsep seperti Barisan Nasional, integrasi kaum, dan demokrasi untuk
memimpin negara. Manakala di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi (2003-sekarang) lebih terbuka dan peka terhadap kehendak rakyat.

Menurut Lijphart (1952, 1969), pembentukan demokrasi konsosional dapat


mewujudkn kestabilan politik, kerana ia mengutamakan pengagihan sumber kekayaan
dan politik kepada etnik yang berbeza. Dalam konteks politik Malaysia, kewujudan
pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai kaum, sosial agama dan budaya amat
memberi kesan dalam menentukan proses politik. Ini bermaksud demi menjamin
kestabilan politik di Malaysia , parti pemerintah yang diketuai oleh parti perikatan
iaitu Barisan Nasional(BN) telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga
dan memelihara hubungan etnik di Malaysia agar peristiwa berdarah, 13 Mei tidak
lagi berulang.
Pengkaji politik Malaysia seperti Crouch(1980) dan Gale(1982) turut
mengaitkan politik Malaysia dengan faktor perkauman . Malaysia meletakkan
kepentingan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama, dan budaya sebagai asas
dalam melakukan apa sahaja pertimbangan , keputusan , dasar dan juga matlamat
negara . Dasar Pendidikan misalnya, turut berkait rapat dengan dengaqn usaha
integrasi kaum (Enloe 1970). Demikian juga dengan pengagahan kuasa poltik turut
dikonsi bersama. Bagi mengetahui dengan lebih jelas lagi dapatlah dikatakan bahawa
asas kepada sistem politik Malaysia adalah kerjasama dan tolak ansur antara elit kaum
terbabit .

Penyelidik yang lain seperti Ong(1990) turut meletakkan faktor kaum ini
sebagai ukuran asas dalam pembangunan politik , penetapan polisi , dan dasar luar
negara . Bagi mengembalikan kestabilan politik agar peristiwa 13 Mei tidak lagi
berulang, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Konteks DEB
ialah meningkatkan saiz ekonomi negara supaya agihan menjadi lebih adil. Ini
bermakna DEB pada hakikatnya adalah dasar untuk pembangunan semua kaum.

Secara keseluruhannya faktor etnik didapati masih penting dalam proses


politik di Malaysia. Usaha kea rah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai integrasi dan perpaduan kaum yang kuat dapat dilaksanakan dengan lebih
baik sejajar dengan proses globalisasi. Melalui konsep etnisiti yang terdapat dalam
sistem politik Malaysia, pembangunan Malaysia terus aktif dalam merangsang
pertumbuhan, mengagihkan kekayaan negara dan menangani ketegangan hubungan
masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

You might also like