You are on page 1of 1

Rujukan Kami : NEE1086.

600-5/1/14( )
Tarikh : 1 Julai 2019

Kepada,
Ibu bapa dan Penjaga,
Pelajar Tingkatan Lima,
SMK Tunku Besar Burhanuddin.

Tuan / Puan,

PROGRAM 1 STEP 2U BERSAMA KELAB PENYAYANG UNIVERSITI MALAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti akan
menganjurkan program 1 STEP 2U untuk semua pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2019 yang
akan diadakan seperti ketetapan berikut :

2.1 Tarikh (Hari) : 5 Julai hingga 7 Julai 2019(Jumaat hingga Ahad)


2.2 Masa : 12.30 tengah hari (Jumaat) – 3.00 petang (Ahad)
2.3 Tempat : Kolej 12 Universiti Malaya.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah memutuskan bahawa anak tuan/puan
perlu membayar hanya RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi
membiayai sebahagian perbelanjaan sepanjang program diadakan. Pihak sekolah amat
berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat mengambil perhatian agar pembayaran dapat
dibuat bagi membiayai perbelanjaan anak tuan/puan dalam program di atas.

4. Beserta surat ini dilampirkan jadual program tersebut.

5. Keprihatinan tuan/puan untuk menjayakan program ini didahului dengan ucapan


terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….
(NORHIDAH BT MAT NOR)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Tunku Besar Burhanuddin,
71550 Seri Menanti , N. Sembilan.

You might also like