You are on page 1of 2

UNTUK SIARAN SEGERA No. Rujukan: KSM.

100-2/1/1 (13)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

KENYATAAN MEDIA

ISU PENCEMARAN BAHAN KIMIA DI SUNGAI KIM-KIM, PASIR GUDANG: MAJIKAN


PERLU MENJALANKAN PENAKSIRAN RISIKO DAN MENGADAKAN LANGKAH
KAWALAN SEWAJARNYA

Putrajaya, 14 Mac – Lanjutan daripada insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim-Kim
yang telah menyebabkan pelbagai pihak terkesan dengan isu ini,dikhuatiri kesan tersebut
boleh melibatkan pekerja yang sedang bekerja dan ini akan menjadi isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang perlu ditangani oleh pihak majikan. Pihak majikan perlu berhati-
hati dan hendaklah mengadakan kawalan risiko setakat yang praktik menurut kehendak
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber


Manusia merupakan salah satu ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana
Daerah dan membantu memberikan input teknikal. Hasil pemantauan yang dijalankan oleh
JKKP di kawasan terlibat mendapati terdapat beberapa bahan kimia berbahaya dikesan dan
akan memberi kesan kepada pekerja yang memerlukan langkah kawalan sewajarnya.

Had Pendedahan
Bil. Bahan Kimia Kesan Kesihatan
Yang Dibenarkan
Mengkakis mata, kulit dan salur pernafasan;
Boleh menyebabkan pengasfiksiaan/sesak nafas akibat
Hidrogen
1. 5 ppm pembengkakan di kerongkong;
Chloride
Penyedutan pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan
pneumonitis.
Merengsa hidung, kulit dan salur pernafasan
Bersin, batuk
Loya dan muntah jika resapan kesalur pemakanan
2. Acrylonitrile 2 ppm
Sesak nafas
Acrylonitrile dimetabolismakan di dalam tubuh menjadi
sianida
Merengsa mata dan salur pernafasan;
Boleh member kesan pada sistem saraf pusat;
Aldrich
3. 50 ppm Pendedahan pada aras yang tinggi boleh menyebabkan
Toluene
disritmia jantung dan ketaksedaran.

Dalam dos yang tinggi menyebabkan kerosakan pada


Ethyl sistem saraf, sistem hematopoietic dan sistem imun
4. 100 ppm
Benzene Dalam dos yang rendah akan dimetabolisma di hati dan
dikumuh dalam air kencing
Rengsa pada bahagian hidung dan seluruh salur pernafasan
0.1 ppm Orang awam yang mempunyai emphysema atau alahan
5. Acrolein
seperti asma berisiko lebih tinggi untuk mendapat kesan
buruk
Merengsa mata dan kulit;
Boleh member kesan pada sistem saraf pusat;
6. Xylene 100 ppm
Pendedahan berpanjangan pada kulit boleh menyebabkan
kekeringan atau keretakan kulit
UNTUK SIARAN SEGERA No. Rujukan: KSM.100-2/1/1 (13)

Sehubungan itu, pihak majikan di kawasan yang terkesan dengan pencemaran bahankimia
perlu melaksanakan penaksiran risikodi tempat kerja dan mengambil langkah kawalan bagi
mengawal risikoatau bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan para
pekerja mereka. Antara langkah kawalan minima yang boleh dilakukan adalah
menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment) iaitu Alat
Perlindungan Pernafasan yang bersesuaian seperti3M 6800 fullface + cartridge 3M 6006
multigas cartridge + 5N11 prefilter + 501 filter retainer dan reusable respirator 3M 6200 + 3M
6006 multigas cartridge + 5N11 prefilter + 501 filter retainer.

Jika majikan gagal mengambil apa-apa tindakan dan langkah kawalan untuk menyingkir
bahaya tersebut, pekerja mempunyai hak untuk menjauhi bahaya atau aktiviti kerja tersebut
jika mempunyai justifikasi yang munasabah setelah memaklumkan kepada pihak majikan,
pegawai keselamatan dan kesihatan atau wakilnya seperti mana yang termaktub di bawah
Konvensyen 155 (C155), Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Kementerian Sumber Manusia memandang serius kejadian ini dan menasihatkan pihak
majikan dan pekerja yang bekerja di kawasan perindustrian sekitar Pasir Gudang yang
terkesan dengan pencemaran bahan kimia ini agar berhati-hati dan memastikan
keselamatan dan kesihatan mereka.

###

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Manusia
14 Mac 2019

You might also like