You are on page 1of 2

Nur Amira Syuhada Binti Rosman

A5-5-11, Jalan Bukit Segar 1,

Taman Bukit Segar,

56100 Cheras,

Kuala Lumpur.

Pengetua sekolah

Sekolah Agama Menengah Hulu Langat,

Batu 10, Jalan Cheras,

Selangor,

Malaysia 27 Mac 2019

Tuan/Puan,

Memohon Menjalankan Sesi Makro Pengajaran Di Sekolah

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa baik
pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani makro pengajaran
di sekolah ini selama sekurang-kurangnya 2 hari bermula dari 08 April 2019 (Isnin).

2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains
dengan Kepujian (ISMP Sains) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Saya
sedang mengikuti pengajian di semester keenam di mana saya dimaklumkan untuk
menjalankan makro pengajaran sebanyak 2 kali (2 jam) di mana-mana sekolah, dibawah
kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 (KPD3026).

3. Hasil pemerhatian, saya mendapati bahawa Sekolah Agama Mengah Hulu Langsat ini
menepati ciri-ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan yang berkualiti dalam bidang
perguruan. Saya juga yakin bahawa saya mampu untuk memberi sumbangan dan kerjasama
sepanjang program latihan makro pengajaran di sekolah ini.

Diharapkan permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada
tuan/puan pengetua serta segala kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Berikut saya sertakan surat rasmi daripada UPSI dan juga surat daripada KPM bagi rujukan
pengetua.

Yang benar,

Nur Amira Syuhada Binti Rosman


No. IC: 970228-14-6442

No. Tel: 01123304490

You might also like