You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN PROJEK

NAMA GURU PELATIH


TAJUK PROGRAM : PPG

TAJUK KURSUS: BUDAYA &


PEMBELAJARAN
SEMESTER : 3 (Ambilan Jan 2011)
KOD KURSUS : EDU 3106

TARIKH MULA : 31 JULAI 2012


TARIKH HANTAR : 12 September 2012

A. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan impak sejarah persekolahan terhadap hala tuju persekolahan


pada masa kini.
2. Membincangkan implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Barat dan Timur
terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.
3. Menganalisis amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.
4. Mentafsir serta membandingkan KBSR daripada KSSR
5. Melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan beretika dalam
profesion keguruan.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 4 dan 5

B. Objektif Kerja Kursus:

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh


pemahaman yang koheren tentang KBSR dan KSSR (6.3)
2. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada
aktiviti pembelajaran yang bermakna (2.3)
3. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti, integriti,
bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas.(4.2)
4. Berusaha menangani pelbagai cabaran dalam pendidikan (4.6)

1
C. Tugasan Projek ( 100 %)

“Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.


Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik,
tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum
sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006 - 2010”.

Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006

Hasil kajian tersebut dalam tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
dilaksanakan kepada murid-murid tahun 1 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR).
Sehubungan dengan itu semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) anda dikehendaki membuat pemerhatian terhadap pelaksanakan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .

Melalui pemerhatian tersebut anda perlu

i. Membuat perbandingan diantara KBSR dengan KSSR.

ii. Membincangkan isu-isu yang timbul/dijangka timbul dalam pelaksanaan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .

iii. Memberi cadangan bagaimana menangani isu-isu tersebut.

D. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Fon Arial
3.3. Saiz huruf -12
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu
4. Panjang tugasan antara tidak melebihi 15 muka surat ( termasuk persembahan
visual)
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga empat minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

2
E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut
a. Huraikan KBSR dan KSSR dalam bentuk nota ringkas (pengurusan grafik)
b. Perbandingan dan perbincangan meliputi pelbagai aspek.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

( SITI NORKIAH DOLAH ) ( DR.AZMA MAHMOOD)

Penyelaras Kursus EDC 2202 Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan


Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG- KPI IPG- KPI

You might also like