You are on page 1of 1

Melaka dijajah Portugis semenjak tahun 1511 sehingga tahun 1641.

Kemudian penjajahan
beralih kepada kuasa Belanda. Pada era penjajahan kedua-dua kuasa ini, Portugis dan Belanda masing-
masing telah membentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran negara tersendiri. Kedua-duanya
melamtik Gabenor untuk mentadbir Melaka dengan dibantu oleh sebuah Majlis yang tersendiri
daripada pemtadbir-pentadbir dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, kewangan,
pentadbiran dan pertahanan. Akan tetapi, mereka tidak berminat untuk mengganggu undang-undang
diri (personal law) orang-orang tempatan. Sebaliknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada
matlamat utama penaklukan mereka iaitu mengaut keuntungan hasil perdagangan dan
mengembangkan agama serta kemegahan kuasa.

Oleh sebab itulah, kedudukan undang-undang Islam di Melaka sekaligus di Tanah Melayu tidak
terjejas sepanjang penaklukan mereka. Maka hasilnya, Portugis telah menyerahkan pentadbiran
keadilan masyarakat tempatan termasuk orang-orang Islam kepada ketua-ketua kaum secara bebas
dan pemerintah Portugis hanya melaksanakan undang-undang mereka terhadap orang-orang Portugis
sahaja. Begitu Juga dengan pemerintahan Belanda yang telah membenarkan masyarakat tempatan
mengamalkan undang-undang sendiri termasuklah undang-undang Islam sementara mereka
menggunakan undang-undang Belanda berdasarkan Colonial Statutes kepada peduduk berbangsa
Eropah sahaja.

Ini bermakna, penjajahan Portugis dan Belanda tidak memberi kesan kepada peruntukan dan
pengamalan undang-undang Islam pada masa itu. Sebaliknya, apa yang diperuntukkan dan Undang-
Undang Melayu Lamapada zaman kesultanan Melayu masih boleh diamalkan secara bebas sebagai
undang-undang diri bagi orang Islam.

You might also like