You are on page 1of 17

MAJLIS KHATAMAL AL QURAN SEKOLAH KEBANGSAAN TEBELU 2014

” Dari Perkarangan Sekolah Kebangsaan Tebelu dibawakan secara langsung dengan penuh hikmah dan
kesyukuran kepada Illahi Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014”
Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil
ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

1. Yang berusaha En.Sheikh Bin Haji Salihin, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

Tebelu

2. Yang Berusaha, Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Tebelu

3. Yang Dihormati- Encik Zulkipli Bin Spawi (Guru Penolong kanan Pentadbiran Sk

Tebelu )

En Atan Bin Sulai (Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Tebelu)

Cik Ani Binti Nyok (Guru Penolong Kanan HEM Sk Tebelu)

4. Yang dihormati – Dif – dif jemputan

- Ustaz – ustazah

- Guru – guru

- AJK PIBG

- Ibu bapa

5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

Kebangsaan Tebelu 2014 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan

limpah hidayah NYA jua, dapat kita bersama-sama berhimpun di Perkarangan Sekolah

Kebangsaan Tebelu pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran

Peringkat Sekolah Tahun 2014”.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda

tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah

Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran

sebagai satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru serta sokongan ibu

bapa pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap

dari kita..

Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan

hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl
Ustaz Asri Bin Abidin bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

- DOA –

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz Asri Bin Abidin
atas bacaan doa itu tadi...

2. Ucapan Guru Besar

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Tebelu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai atas ucapan

beliau sebentar tadi.


3. Majlis Khatamal Al Quran Bermula

Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi yang BARAKAH ini Seterusnya dipersilakan

Al-Fadhil Ustaz Asri Bin Abidin untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada

hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

4. Majlis Khatamal Al Quran Tamat

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Tebelu beramai-

ramai oleh ________ orang murid Sekolah Kebangsaan Tebelu 2014 . Tahniah diucapkan kepada murid murid yang

terlibat semoga menjadi pemangkin kepada kegemilangan agama islam di masa hadapan. In shaa Allah.

Dengan ini maka berakhirlah Majlis Khtamal Al Quran kita pada hari ini dan majlis ditangguhkan sementara

diteruskan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan.

Dengan ini bagi menyerikan majlis kita pada hari ini diminta peserta=peserta Bintang Kecil Sekolah Kebangsaan

Tebelu untuk bersedia untuk membuat persembahan.

Hadirin dan hadirat Sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi dijemput peserta bintang kecil kita __________________________ untuk membuat

persembahan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada adik __________________ atas persembahan yang sangat bertenaga dan

menghiburkan tersebut.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH


1.Ketibaan PPD Simunjan

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SIMUNJAN___________ diiringi Guru Besar dan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

Tebelu. Dipersilakan mengambil tempat.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.

Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing

Biji Selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat dating kami ucapkan

Semoga majlis bertambah seri.

1.Lagu Negaraku

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Semua dif djemputan dan para

hadirin diminta untuk berdiri.

Ceu:Lagu berkumandang

Terima kasih semua hadirin dijemput duduk

Bismillah ………
Assalamualaikum wbkt
Selamat pagi dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang Berbahagia,______________________ Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan

Yang Berusaha, Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tebelu

Yang dihormati, Encik Sheikh Bin Haji Salihin Yang Dipertua Persatuan IbuBapa Guru

Sekolah Kebangsaan Tebelu

Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, hadirin-hadirat yang dihormati.

Selamat datang ke majlis penyampaian hadiah dan sijil Sekolah Kebangsaan Tebelu saya

ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya Yang Berbahagia, _______________.

Sesungguhnya majlis ini diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan murid Sekolah

kebangsaan Tebelu bagi sesi persekolah tahun 2014.

2. Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan

oleh: Ustaz Asri Bin Abidin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Asri

Bin Abidin atas bacaan doa sebentar tadi.

3.Bacaan Al Quran

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik Nadhirah Khaliqah Binti Kasturi

untuk membaca bacaan Al quran Al karim. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Cue;Bacaan Al Quran

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan Al Quran yang sangat

merdu dn penuh penghayatan dari adik Nadhirah Khaliqah. Alhamdullillah.

4. Ucapan Ketua Murid

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil Ketua

Murid Sekolah Kebangsaan Tebelu 2014 adik Khuzaifullah bin Kasturi. Majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ceu:Ucapan wakil ketua murid

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Khuzaifullah bin Kasturi atas

ucapan yang penuh makna kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tebelu

tersebut.

5.Ucapan Guru Besar

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari


Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu- aluan Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tebelu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ceu:ucapan GB

Untaian madah kata aluan, untaian ingatan sepanjang zaman. Jutaan Terima kasih

diucapkan kepada Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tebelu.

6. Ucapan Perasmian PPD Simunjan

Kalau tuan pikat kenari

Jangan patahkan batang jerami

Kepada tuan sembah diberi

Mohon rasmikan majlis kami

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia _______________________

Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan untuk meyampaikan ucapan dan seterusnya

merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tebelu. Majlis

dengan segala hormatnya mempersilakan.

Cue:Ucapan PPD

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan _____________________

atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.


7. Persembahan Sketsa Tahun 6

Membeli gula di pasar Siburan

Pergi ke pasar bersama teman

Suram majlis tanpa hiburan

Mari bersama nikmati persembahan

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan bersama-sama kita menyaksikan

persembahan daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Tebelu yang bertajuk

___________________. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid ________________ yang telah membuat

persembahan yang sangat menghiburkan sebentar tadi.

8. Penyampaian AC akademik

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.

Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan

kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.

Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar

ilmu dan cita-cita.


Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk

prestasi pelajar terbaik.

Terlebih dahulu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan

Haji Sahat Bin Haji Suhai, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tebelu (S).mengiringi

Yang Berusaha Encik samsul alam bin samsudin, ke atas pentas untuk

menyempurnakan acara.Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;

Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg

cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai

ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Bagi keputusan pra sekolah

Tempat pertama: ___________________________________

Tempat kedua : ___________________________________

Tempat ketiga : ____________________________________

Tahun 1,2,3,4,5 dan 6

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha

Encik Samsul Alam bin Samsudin di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada

murid yang telah mencapai kecemerlangan.


Anugerah matapelajaran terbaik

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid

yang bertajuk “__________________” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun

______________, di bawah bimbingan Ustazah _______________________.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar

tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,

Melintas jalan berhati-hati,

Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,

Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain

mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir

kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan

dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan diteruskan lagi untuk

anugerah bagi matapelajaran terbaik.


Dengan ini Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Zulkipli Bin Spawi

mengiringi YDP PIBG SK Tebelu Uncik Sheikh Bin Haji Salihin untuk

menyempurnakan majlis. Dipersilakan..

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada YDP di atas kesudian

menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Anugerah Kokurikulum dan Sukan

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Seterusnya majlis kita diteruskan lagi dengan pengiktirafan kepada murid yang telah

menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum dan sukan. Anugerah ini

diberikan kepada murid yang telah menunjukkan kewibawaan dalam bidang

kokurikulum dan telah mengharumkan nama sekolah, daerah, bahagian dan negeri

seterusnya yang menjadi tunjang kepada penganugerahan anugerah

kecemerlangan ini.
Tanpa melengahkan masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Guru Penolongan Kokurikulum SK Tebelu Cikgu atan Bin Sulai mengiringi yang

berbahagia Tuan Haji Sahat Bin Haji suhai untuk menyampaikan anugerah.

Dipersilakan.

############# penyampaian anugerah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada cikgu Atan dan Tuan Guru besar kerana sudi

menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Anugerah Nilam

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Seterusnya majlis Anugerah Kecemerlangan kita pada hari ini akan diteruskan lagi

dengan penganugerahan Anugerah Nilam kepada murid yang telah dicalonkan

Anugerah Nilam hasil daripada usaha mereka dalam menerapkan nilai membaca.

Bak kata orang tua membaca itu jambatan ilmu.

Bagi menyempurnakan anugerah nilam ini dijemput Cikgu Ida Penyelaras Program

Nilam Sekolah Kebangsaan Tebelu mengiringi Cikgu Zulkipli Penolong Kanan

Pentadbiran SK Tebelu untuk menyampaikan anugerah.Dipersilakan...

########Penyampaian anugerah#######

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulkipli dan Cik ida di atas kesudian

untuk menyampaikan anugerah tersebut.

Penyampaian sijil sijil prasekolah


Pergi sekolah seawal pagi,

Melintas jalan berhati-hati,

Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,

Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di

perkarangan SK Tebelu yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari

Anugerah Cemerlang’ Sekolah Kebangsaan Tebelu 2014. Hari ini, tanggal 19

November 2014, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan

manis buat para penerima anugerah seterusnya.

Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk

menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Penyampaian Sijil Sijil Prasekolah.

Untuk menyempurnakan majlis, dijemput yang berbahagia YDP SK Tebelu Encik

Sheikh Bin Haji Salihin mengiringi yang berusaha GB Sekolah Kebangsaan Tebelu

Tuan Haji Sahat Bin Haji Suhai untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada

murid prasekolah...Dipersilakan...

Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal

persekolahan ialah

#########Penyampaian sijil########

Terima kasih diucapkan kepada tuan GB dan YDP atas kesudian menyampaikan sijil

sebentar tadi.

Penyampaian STP tahun 6


Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan Sekolah Kebangsaan Tebelu,

Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati

untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Dengan ini

dijemput yang berusaha Penolong Kanan Pentadbiran Cikgu Zulkipli untuk

mengiringi pegawai PPD Simunjan Encik Samsul Alam bin samsudin bagi

menyempurnakan penyampaian sijil tamat sekolah tahun 6 tersebut.

Bagi penerima STP tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai PPD Simunjan dan Cikgu

Zulkipli atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan

kepada para pelajar.

Penyampaian AC khas

Hadirin Dan Hadirat Sekalian

Seterusnya majlis kita diteruskan lagi dengan dengan penyampaian Anugerah

Cemerlang Khas kepada pelajar yang telah dicalonkan. Pelajar yang telah

dicalonkan untuk menerima anugerah ini adalah pelajar yang telah menunjukkan

kewibawaan dalam pelbagai aspek sebagai seorang pelajar yang cemerlang.


Dengan ini bagi menyampaikan anugerah ini dijemput yang berusaha tuan guru

besar Tuan Haji Sahat Bin Haji suhai mengiringi Pegawai PPD simunjan Encik

Samsul Alam bin Samsudin untuk menyampaikan anugerah istimewa ini.

#######penyampaian anugerah#####

Penyampaian Cenderamata

Dengan ini sebagai tanda penghargaan kepada Pegawai PPD Simunjan yang sudi

untuk bersama menjayakan majlis anugerah kecemerlangan SK Tebelu, majlis

dengan segala hormatnya menjemput Tuan GB Sk Tebelu meyampaikan

cederamata kepada yang berbahagia Pegawai PPD Simunjan.

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai PPD simunjan dan Tuan Guru Besar

Persembahan Tarian

Hadirin dan Hadirat sekalian

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi indah ini, kita akan dipersembahkan

dengan persembahan Tarian yang akan dipersembahkan oleh kumpulan

kebudayaan sekolah kebangsaan tebelu....Tanpa melengahkan masa majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kumpulan kebudayaan sekolah

kebangsaan tebelu dengan persembahan yang cukup ceria dan bertenaga.

Lagu Ibu Pertiwiku

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Majlis anugerah kecemerlangan sudah sampai ke kemuncaknya. Bagi mengakhiri

majlis kita pada pagi ini...Marilah bersama-sama kita berdiri untuk menyanyikan lagu

Ibu Pertiwiku

Jamuan

Seterusnya, majlismempersilakan Yang Berusaha GB SK Tebelu untuk menjemput

dan mempersilakan Yang Berbahagia Pegawai PPD simunjan dan YDP SK tebelu

serta dif dif jemputan kehormat untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di

dewan makan Sekolah Kebangsaan tebelu.Dipersilakan

pabilatetamusudahberlalu…..

Para Guru, Ibubapa dan murid-murid dipersilakan untuk menjamu selera di dewan

makan Sekolah Kebangsaan Tebelu. Dengan segala hormatnyadipersilakan.

Bersurai

Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu

wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................

You might also like