You are on page 1of 2

BAHAYA MAKJUN

*******************
Seorang wanita berusia 70an di tolak masuk ke bilik konsultasi saya semalam. Beliau ditemani oleh 2 orang anak
wanitanya.

Makcik Masyitah (bukan nama sebenar) sakit sendi pinggul ye? Surat rujukan di tangan saya mengatakan Makcik Masyitah
dirujuk kerana kerosakan sendi pinggul kanan atau Osteoarthritis of the Right hip.

Pinggul kanan ni sakit dah 5 bulan dah doktor. Mula-mula tak kuat. Sekarang ni sakit sampai Makcik tak boleh nak berdiri
dah. Kena makan ubat hari-hari. Dah tak tahan sangat.

Maaf Makcik, saya nak tanya sikit ni. Makcik ada tak makan jamu?

Beliau terdiam seketika. Takde doktor, Makcik tak makan jamu.

Saya hanya diam. Mata saya fokus kepada xray Makcik Masyitah. Jelas kepala tulang pinggul (head of femur) kanan beliau
telah mati & sendi pinggul kanan telah rosak.

Hati saya kuat mengatakan ini bukan kes Osteoarthritis yang biasa. Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Kalau
Osteoarthritis biasanya akan melibatkan kedua belah sendi.

Ada masalah darah tak dalam keluarga Makcik. Darah pekat ke? Atau masalah keturunan apa-apa ke?

Makcik Masyitah dan kedua anak beliau menggeleng.

Ooo... makcik baru teringat, makcik ada makan makjun!

Aaaa...

Itu la sebabnya makcik. Makjun ni ada steroid kat dalam. Salah satu akibat makan steroid untuk tempoh yang lama ni la
Makcik, kepala tulang pinggul kita boleh mati. Makcik Masyitah hanya tunduk terdiam.

Makcik beli kat mana Makjun tu, kat kedai runcit ke? Saya meneka.

Kat tepi jalan je doktor. Kalau makcik sakit makcik telan 2 biji, kuranglah sikit sakit tu, katanya perlahan.

Berapa lama dah makan makjun tu Makcik?


Ada la dalam 6 bulan doktor. Lepas makan tu hilang la sakit kejap. Tapi lepas tu jadi makin sakit pulak pinggul ni. Tak
boleh jalan. Kena pakai kerusi roda je. Urut pun tak baik jugak.

Tuan-tuan, antara penyebab kepala tulang pinggul mati (Avascular necrosis) ialah:

1. Steroid - termasuk jamu, makjun. Teori mengatakan kandungan steroid yang tinggi akan meningkatkan lemak dalam salur
darah & menyebabkan bekalan darah terganggu.

2. Kepatahan tengkuk tulang peha - neck of femur fracture

3. Sendi peha terkeluar - hip dislocation

4. Masalah darah - hyperviscosity /Blood dyscrasia, sickle cell anaemia

5. Alcohol/Arak

6. Masalah perubatan seperti Diabetes, Pancreatitis, Gaucher’s disease, HIV, AIDS, SLE

7. Merokok - merokok meninggikan risiko ia terjadi

Saya mengambil peluang untuk terangkan apa sebenarnya terjadi kepada Makcik Masyitah dan kedua anaknya.

Steroid boleh mengganggu bekalan darah ke kepala tulang pinggul & menyebabkan kepala tulang peha (head of femur) mati,
rupanya macam dalam xray ni la.
Biasanya Sakit sendi rosak akibat Osteoarthritis ni akan jadi pada kedua-dua belah. Bila jadi kat sebelah sahaja memang saya
akan pelik. Kalau di Malaysia ni, cuma ada beberapa kemungkinan je.

Sebab itu soalan pertama saya tadi pasal jamu Puan. Kebanyakkan jamu mengandungi Steroid yang kita tak tahu sukatannya
banyak mana. Orang sibuk kata ubat hospital bahaya, boleh mati la, boleh rosak buah pinggang la. Memang setiap ubat ada
kesan sampingan, tapi itu jika ambil ikut suka hati. Hakikatnya kita tahu dos yang boleh diambil. Kalau ikut dos InsyaAllah
takde masalah pun.

Yang orang tak tau, ubat kat kedai tepi jalan & penjual produk tu yang bahaya. Entah berapa sukatan steroid kat dalam tu
pun kita tak tahu. Dah ramai dah yang rosak buat pinggang akibat makan produk kat luar sana tu. Yang meninggal kat ICU
disebabkan hati & buah pinggang rosak akibat nak jadi putih pun ada.

Orang Malaysia ramai yang suka sangat la cara alternatif ni, tak kira la kaum apa pun, Melayu, Cina, India sama je.
Bukannya masyarakat luar bandar sahaja, yang Professional pun sama- doktor, cikgu, jurutera tidak terkecuali.

Saya berbincang dengan beliau pilihan rawatan yang boleh diberi. AlhamdulilLah mereka bertiga berpuas hati. Saya doakan
Makcik Masyitah akan kembali pulih satu hari nanti.

Tuan-tuan, Saya nak pesan:


1. Jamu atau makjun boleh membuatkan tulang anda mati, tulang jadi rapuh (Osteoporosis), kitaran hormon kortisol anda
terganggu

2. Mengurut tidak menyembuhkan sakit sendi arthritis. Ia juga tidak menyembuhkan Slipped Disc. Ia cuma akan melegakan
sekejap. Buat Perabih duit je.

3. Ramai yang rosak buah pinggang akibat makan produk yang tambah kuat, tambah segar dan tambah segalanya tu kat
pasaran. Cuba anda tanya sedara mara anda yang pernah masuk hospital atau sedara mara yang bertugas sebagai doktor atau
jururawat. Ramai sangat dah. Tak payah beli la.

Gambar xray diambil dengan kebenaran pesakit & ahli keluarga.

Dr Mahyuddin
Pakar Ortopedi

Rujukan
*********
1. https://www.mayoclinic.org/…/a…/symptoms-causes/syc-20369859

2. https://www.mmgazette.com/osteoarthritis-of-the-knee-dr-ah…/

3. https://www.mmgazette.com/osteoporosis-tulang-umpama-cengk…/

You might also like