You are on page 1of 10

SKOR A

UPSR 2019
BAHASA MELAYU
KERTAS 1 & 2

1
BAHASA MALAYSIA KERTAS 1

PENGENALAN KERTAS

Nama Kertas : Bahasa Malaysia Kertas 1 Kod Ketas : 011/021/031 Masa : 1 Jam 15 Minit

Bahagian A -20 soalan objektif (sistem bahasa, soalan 1-16) 20 Soalan Bahagian A – 20 markah
dan ( Pemahaman, soalan 17-20)
Bahagian B -5 soalan subjektif 5 Soalan Bahagian B - 30 markah

PENGGUNAAN TATABAHASA

KATA NAMA KATA BANTU SINONIM


KATA GANTI NAMA DIRI KATA HUBUNG ANTONIM
SIMPULAN BAHASA PENJODOH BILANGAN AYAT TANYA/JAWAPAN
KATA GANDA KATA MAJMUK KATA BANYAK MAKNA
KATA SENDI NAMA KATA PENGUAT AYAT SAMA MAKSUD
KATA ADJEKTIF PENANDA WACANA KESALAAHAN UMUM TATABAHASA
KATA KERJA IMBUHAN PERIBAHASA

SOALAN PEMAHAMAN

FAKTA/RENCANA E-MAIL SYARAHAN


SYARAHAN UCAPAN PANTUN
CERITA LAPORAN SAJAK
BERITA SURAT KIRIMAN SYAIR

CONTOH SOALAN TATABAHASA

Kata Ganti Nama Diri

Tun Perak merupakan bendahara Melaka yang terkenal. ___________pernah bertugas di bawah Sutan Mansur Syah.

A. Dia
B. Beliau
C. Baginda
D. Tuan hamba

Kata Kerja

Adib ________ sebuah beg sekolah lalu berjalan menuju ke sekolahnya.

A. menggalas
B. mengandar
C. menjinjing
D. menjunjung

Imbuhan

Pasukan Harimau Malaysia perlu _________ barisan serangan untuk menewaskan pasukan lawan.

A. kekuatan
B. menguatkan
C. memperkuat
D. memperkuatkan

2
Penjodoh bilangan

Zainal membawa ________ nasi dan beberapa _______ gelas untuk dimakan bersama-sama Raju, Ahmad dan Ah Keong.

A sehidang … buah

B. sepinggan … biji

C. sehidang ... biji

D. sepinggan … buah

Bahasa Istana

Putera Tajul berasa pening semasa bersiar-siar di taman. Baginda terus masuk ke peraduan.

Apakah yang berlaku kepada putera raja itu?

A. Murka
B. Bersiram
C. Gering
D. Bersantap

Kata Penguat

Lukisan pemandangan di tepi sawah yang tergantung pada dinding rumahnya cantik _________.

A. begitu
B. terlalu
C. paling
D. nian

Kata Adjektif

Sikap Diana yang _____________ itu sesuai dengan jawatannya sebagai juruwang di sebuah syarikat.

A. amanah
B. prihatin
C. cermat
D. ikhlas

Kata Majmuk

Aktiviti pasukan unit beruniform amat menekankan aspek disiplin dan ______________ dalam pasukan.

A. janji temu
B. daya saing
C. tunjuk ajar
D. setia kawan

Ayat Sama Maksud

Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pesawat itu akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara.

A. Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Sarawak.
B. Pengawal trafik udara akan memberikan sebaik-baik arahan kepada pesawat yang akan berlepas ke Sarawak.
C. Pengawal trafik udara akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
D. Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Sarawak.

3
Pilih ayat yang betul

A. Para pelajar-pelajar dinasihati agar bijak menggunakan masa.


B. Sekumpulan pekerja memperlebarkan jalan menuju ke kampung itu.
C. Harga perabot yang ditawarkan di kedai itu paling mahal sekali.
D. Rancangan kartun di televisyen itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Contoh Soalan Petikan ( Soalan 17 hingga Soalan 20)

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soaln yang berikutnya.

Golongan tua merupakan golongan yang berengetahuan luas dan berpengalaan. Golongan ini terdiri daripada ibu bapa,
saudara-mara,guru-guru, pemimpin dan seumpamanya.

Pada masa ini, golongan tua semakin kurang dihormati oleh segelintir anak muda. Mereka tidak mahu
mendengar nasihat dan kurang bersopan santun apabila berhadapan dengan golongan tua. Anak-anak muda ini
menganggap bahawa mereka telah dewasa dan tidak perlu diasihati lagi.

Sehuungan dengan itu, kita perlu menghormati ibu bapa yang dgelar sebagai orang tua kerana mereka telah
melahirkan dan mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan
mereka. Jangan kita bersikap seperti kacang lupakan kulit. Orang tua seharusnya mendapat kasih saying daripada anak-
anak.

Amalan menghormati orang tua ini perlu dipupuk sejak kecil. Orang tua tidak memandang wng ringgit sebaliknya
mereka memerlukan perhatian dan kasih saying daripada anak-anak.

17. Anak-anak muda tidak mahu mendengar nasihat golongan tua kerana mereka…

A. mengabaikan tanggungjawab sebagai aanak


B. berfikir bahawa mereka sudah dewasa
C. tidak mengenang jasa orang tua
D. mementingkan wang ringgit

18. Mengapakah pengorbanan orang tua perlu dibalas?

A. Kita telah cukup dewasa


B. Mereka sudah lanjut usia
C. Kita mempunyai wang ringgit
D. Mereka telah membesarkan kita

19. Pelbagaai cara boeh dilakukan untuk mengambil hati orang tua kecuali

A. mengikut nasihat mereka


B. membiayai keperluan mereka
C. mengabaikan pengorbanan mereka
D. mengenang jasa yang telaah dicurahkan oleh mereka

20. Rangkai kata mendengar nasihat dalam petikan bermaksud…

A. mencontohi amalan.
B. mengikut panduan.
C. mematuhi petunjuk
D. menurut ajaran.

4
BAHAGIAN B ( Soalan 21 hingga Soalan 25)

Soalan Subjektif Pelbagai Bentuk

ANTARA JENIS ITEM

- Item isi tempat kosong

- Item betul / salah, ya / tidak

- Item padanan

- Item lengkapkan ayat

- Item bulatkan /lorek / garisi jawapan dan lain-lain.

Soalan Bentuk Respon Terhad

• Mengehadkan bentuk respons murid

• Dihadkan melalui skop soalan

• Melalui markah yang diperuntukkan

• Respons - perkataan / frasa/ perenggan / bergantung pada ruang jawapan yang disediakan.

Soalan Struktur
• Merupakan respons terhad juga

• Stimulus diberi dan diikuti soalan

. Perlu menjawab beberapa siri soalan ( setiap soalan ada pecahan )

. Stimulus diberi dan diikuti dengan soalan.

. Perlu menjawab beberapa siri soalan ( setiap soalan ada pecahan )

BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)

21. Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

mengelap membonceng menunggang membuat

membasuh meletakkan memasang menjalankan

Setiap pagi, Azman akan ____________ basikalnya untuk pergi ke sekolah. Azman akan
______________ basikalnya di tempat letak basikal yang telah disediakan. Azman terus menuju ke
kelasnya untuk ____________ tugas yang telah ditetapkan dalam jadual tugasan. Azman dan
rakan-rakan setugas akan ________________ tingkap dan menyusun meja yang terdapat di dalam
kelasnya.

( 4 markah )

5
Bentuk (Garis jawapan)

22. Garisi penjodoh bilangan yang betul dalam ayat di bawah.

a. Di tebing sungai itu terdapat beberapa ( batang / rumpun ) buluh yang tumbuh meliar.

b. Datuk menebarkan se ( rawan / lembar ) jala untuk menangkap ikan di sungai itu.

c. Abang sedang mengukus beberapa ( tongkol / batang ) jagung di dapur.

d. Ayah menghadiahi ibu se( bentuk / pasang ) anting-anting emas pada hari lahir ibu.

[ 4 markah]

Bentuk (Salah /betul)

23 Tandakan (  ) pada ayat yang betul atau (  ) pada ayat yang salah.

1. Daun-daun kering berterbangan ditiup angin.( )

2. Nasi yang dihidangkan itu habis dimakan oleh saya.( )

3. Selendang sutera itu adalah untuk ibu.( )

4. Lori itu dimuatkan dengan berguni beras. ( )

5. Penduduk Kampung Muhibah saling tolong-menolong. ( )

[5 markah]

BAHASA MALAYSIA KERTAS 2

PENGENALAN KERTAS

Nama Kertas : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kod Ketas : 012/022/032 Masa : 1 Jam 15 Minit
4 Soalan dan 50 markah Bahagian A – 1 soalan Bahagian B – 1 soalan Bahagian C – 2 soalan

ASPEK SOALAN
BAHAGIAN A(10m) 15 minit BAHAGIAN B (15m) 20 minit BAHAGIAN C (25 m) 40 minit
Menulis lima ayat lengkap Menulis ulasan berdasarkan bahan grafik,petikan Menulis karangan;
berdasarkan bahan grafik tentang; - Karangan
- gambar tunggal - kebaikan/faedah/kepentingan/kelebihan Berformat
- gambar bersiri - cara-cara/langkah-langkah - Karangan Tidak
- gambar berkembar - kesan Berformat
- graf - Nilai/Pengajaran/Amalan Baik
- carta Dalam perenggan Panjangnya antara 80-100pp
- jadual Panjangnya antara 50-80pp

6
BAHGAIAN A

MEMAHAMI DAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT

-Anda akan diberi gambar sama ada bentuk tunggal atau bersiri.

- Bedasarkan gambar, anda perlu memindahkan maklumat yang terdapat dalam bentuk ayat.

- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap bedasarkan aktiviti atau situasi yang terdapat dalam gambar.

- Bilangan perkataan tiada had dan masa yang dicadangkan ialah 15 minit dan markahnya ialah 10 markah.

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN LENGKAP BAHAGIAN A

[10 markah]

[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara penjagaan kesihatan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga kesihatan berdasarkan gambar.

RANGKA IDEA

- Cari kunci soalan (aktiviti/situasi/tentang)


- Rangka idea seperti (siapa/apa/di mana/ mengapa/bagaimana/bila)

RANGKA JAWAPAN

1. Beberapa orang budak lelaki – bersenam


2. Ayah – membuat pemeriksaan
3. Kita mesti – membasuh tangan
4. Kita patut – menutup makanan
5. Puan Kamala – membuang sampah.

7
Contoh Jawapan

1. Beberapa orang budak lelaki sedang bersenam di padang untuk menyihatkan badan.
2. Ayah membuat pemeriksaan doktor setiap enam bulan sekali di hospital.
3. Kita mesti membasuh tangan di dalam singki dengan bersih sebelum makan.
4. Kita patut menutup makanan menggunakan tudung saji agar tidak dihinggapi lalat.
5. Puan Kamala sedang membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumahnya.

Kelemahan Calon dalam Bahagian A


- Calon tidak mengenal pasti maklumat dalam gambar.
- Calon membina ayat yang tidak berkaitan dengan gambar.
- Calon menulis ayat yang terlalu ringkas dan seragam pola ayatnya.
- Calon melakukan banyak kesalahan tanda baca seperti imbuhan, ejaan dan huruf besar.
- Calon kurang kosa kata dan terdapat kosa kata yang tidak sesuai.

Penandaan secara analitik dan holistik.

KARANGAN BAHAGIAN B

- Menulis ulasan berdasarkan bahan grafik dan juga petikan


- Tentang nilai/pengajaran
- Cara-cara/ langkah-langkah
- Faedah/kebaikan/kepentingan/kelebihan

Langkah menjawab

-Mengenal pasti kata kunci dalam soalan.

-Jelmakan isi yang tersurat dan tersirat.

8
Jawapan Contoh

Poster di atas menunjukkan Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Setiap murid akan mendapat satu set buku teks. Bagi memastikan buku teks dalam keadaan yang baik, kita
hendaklah membalutnya dengan plastik agar tidak kotor dan koyak terutama apabila terkena air. Ini membolehkan
murid-murid lain menggunakan buku tersebut selepas kita menggunakannya nanti.

Selain itu, buku teks perlu dijaga dengan baik seperti hak milik kita. Bagi mengelakkan daripada berlakunya
kehilangan buku teks, kita mestiah menjaganya dengan baik seperti jangan meninggalkan buku teks di merata-rata
tempat dan menulis nama kita di dalamnya. Buku-buku tersebut tidak boeh dikoyakkan atau diconteng kerana murid-
murid lain akan menggunakannya semula pada masa akan datang.

Kesimpulannya, buku teks sekolah perlulah dijaga dengan baik kerana buku teks adalah amanah yang diberi
oleh pihak kementerian kepada kita.

KARANGAN BAHAGIAN C

Soalan perbincangan:

Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang 80 patah perkataan.

Soalan : Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa. Sebagai pemberita majalah sekolah
kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti tersebut.

Tulis berita itu selengkapnya.

Langkah 1 – Memahami kehendak soalan

 Baca dan fahami kehendak soalan.


 Cari dan gariskan kunci soalan (kejohanan merentas desa)
 Kenal pasti kehendak soalan, dan jenis karangan(berita)

Langkah 2- Merangka Karangan

 Pilih mana-mana kaedah merangka karangan yang biasa dibuat.

Susun semua isi secara ringkas bedasarkan kehendak soalan.

9
Langkah – 3 Menulis karangan

 Tulis karangan bedasarkan rangka isi yang telah dibuat.


 Semasa menulis, pastikan struktur ayat betul dan kosa kata yang tepat.
 Berhati-hati dengan ejaan, tanda baca dan imbuhan.

Contoh Karangan

SELAYANG, Sabtu – Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa baru-baru ini. Acara yang
bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan di sekitar Pinggiran Templer dan juga Dataran Templer.

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental. Ini bertujuan
agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Di samping itu, peserta yang
terbaik akan terpilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa di peringkat daerah.

Acara telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Acara bermula dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar. Kemudian Guru
Besar telah melepaskan para peserta acara merentas desa bermula dari tapak perhimpunan. Para peserta perlu berlari kira-kira tiga
kilometer, sebelum tiba semula di pekarangan sekolah.

Kira-kira 20 minit berlari, ada peserta yang telah berjaya menamatkan lariannya. Masing-masing berlari dengan bersungguh-
sungguh untuk meraih kedudukan yang terbaik. Setelah itu, semua peserta diminta berehat di kantin sekolah kerana kebanyakannya telah
keletihan. Selain itu, mereka juga telah diberikan makanan dan minuman oleh guru-guru yang bertugas.

Acara kemuncak pada hari itu ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Adik Mohd Ajwad dan adik Nurul
Nabilah telah terpilih sebagai peserta terbaik acara merentas desa. Sementara itu, Rumah Kasturi telah terpilih sebagai johan keseluruhan
Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini..

Acara pada hari itu telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, murid-murid telah bekerjasama dengan guru-
guru membersihkan kawasan sekolah. Walaupun kelihatan, namun mereka amat bangga dan berpuas hati kerana telah berjaya
menumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

KELEMAHAN CALON DALAM KARANGAN BAHAGIAN C

- Calon menulis pendahaluan dan penutup yang tidak tepat.


- Calon tidak menghuraikan isi dengan baik dan jelas.
- Calon tidak menulis dalam bentuk perenggan dan berlaku juga kesalahan format.
- Ayat-ayat yang ditulis tidak gramatis.

10

You might also like