You are on page 1of 2

Contoh soalan:

Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok pisang kepada manusia.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan pokok pisang berdasarkan gambar.

1. Pokok pisang ialah sejenis tanaman yang memberikan pelbagai faedah kepada
kita.

2. Buah pisang boleh digoreng atau dibuat bubur yang sangat enak rasanya.

3. Daun pisang boleh digunakan untuk membungkus makanan seperti nasi lemak dan
kuih- muih.

4. Kita boleh menggunakan batang pisang untuk membuat rakit dan dijadikan
makanan haiwan ternakan seperti lembu.

5. Jantung pisang pula boleh dijadikan sayur atau kerabu yang sangat berkhasiat
kepada manusia.

You might also like