You are on page 1of 16
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang Jabatan Pendididikan Negeri Johor da: SK Seri Kota Puteri 4, Tel 707-3881210 Jalan Penaga Bandar Baru Seri Kota Puteri, Fax 307-3881203 81750 Masai, Johor Laman Web : www.ppdpgudang.edu.my Emel :ppd.pasirgudang@moe gov.my Ruj. Kami : JPA1006.PP/100-5/5/1ld.3( Tarikh :91, Oktober 2018 Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang Pasir Gudang, Tuan, PEKELILING AM KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL.5 TAHUN 2018: PEMAKAIAN SERAGAM DAN CARA BERPAKAIAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR, Dengan segala hormatnya, Surat Siaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, no.rujukan JPNJ.PP.100-1/8/1(18) bertarikh 17 Oktober 2018 adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, dilampirkan surat siaran berkaitan Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil.5 ‘Tahun 2018: Pemakaian Seragam Dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. 3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memanjangkan perkara berkenaan kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Mohd Jefferin bin Saat, Pen. PPD Menengah (Guru) PPD Pasir Gudang ditalian 07-3881210 sambungan 205. Sekian terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menjalankan amanah, ae Pasir Gudang Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yeiefon JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR, om JALAN TUN ABDUL RAZAK, meine 80604, JOHOR BAHRU Faks 07-238469% aoa {ata wastes eter tia penance shat Saga Rujukan Kami : JPNJ.PP.100-1/8/1( 18 ) + Tarikh : U7 Oktober 2018 Ketua - Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pegawai - Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor Tuan, PEKELILING AM KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL 5 TAHUN 2018 PAKAIAN SERAGAM DAN CARA BERPAKAIAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM. JOHOR Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor telah mengeluarkan surat edaran SUKJ.BKP.100-1/7/1 Jid.2 (_) bertarikh 27 September 2018 : PEKELILING AM KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL. § TAHUN 2018 — PAKAIAN SERAGAM DAN CARA BERPAKAIAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR dan SUKJ.BKP.99/4 Jid. 2 (38) bertarikh 4 Oktober 2018 : ATURAN PAKAIAN BAGI PENJAWAT AWAM NEGERI. 3. Sehubungan itu, tuan adalah diminta mengambil maklum akan perkara tersebut dan perlu memastikan arahan ini dipatuhi sewajarnya, 3.1 Pekeliling ini adalah terpakai penggunaanya kepada semua penjawat awam termasuk Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Johor meliputi pegawai — pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor dan sekolah. Kuatkuasa aturan berkenaan adalah pada tarikn pekeliling dikeluarkan. 3.2 Perubahan adalah daripada pemakaian baju batik kepada baju korporat pada hari Ahad di Negeri Johor. Pakaian bagi pegawai wanita pada hari Ahad juga adalah baju korpora: atau Baju Kurung Johor dan bertudung (bagi pegawai wanita Islam). 3.3. Pemakaian baju korporat dalam kalangan pegawai-pegawai_Kementerian Pendidikan Malaysia (JPN, PPD dan Sekolah), hendaklah mematuhi Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM 2017 yang dikeluarkan pada 11 Mei 2017 dengan tambahan logo Jata Negeri Johor yang-kedudukannya di atas nama pada sebelah kiri baju. Garis panduan berkenaan disertakan sebagai rujukan, 3.4 Pakaian pegawai Islam lelaki pada hari Khamis adalah Baju Melayu Teluk Belanga, bersamping berdagang luar, bersongkok dan bersepatu, manakala pakaian pegawai wanita Islam pada hari Isnin hingga Khamis adalah Baju Kurung Johor dan bertudung. rt 368 37 38 Bagi pegawai bukan Islam (Lelaki dan Wanita), aturan pakaian adalah dikekalkan seperti sebelum ini iaitu pakaian pejabat pada hari Isnin hingga Khamis Pegawai boleh memakai pakaian mengikut ketetapan Kerajaan Persekutuan sekiranya bertugas di luar negeri Johor pada hari-hari yang berkenaan, Aturan pakaian ini tidak terpakal kepada penjawat awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau yang telah mendapat nasihat doktor perubatan kerajaan berhubung pakaian yang sesuai untuk ke tempat bertugas. Aturan pakaian ini juga hendaklah dibaca bersama Pekel 211985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi bagi Pegawai-Pegawai Awam), Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi), Pekeliling Tetap Kerajaan Johor Bil. 123 (Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor) dan 1 Pekeliling Perkhidmatan (1PP) Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertujuan menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas semasa bekerja. 4 Bersama ~ sama ini disertakan surat pekeliling sebagaimana di para 2 di atas, untuk makluman dan tindakan pihak tuan, 5. Kerjasama tuan diminta untuk menyampaikan kandungan surat ini bagi memastikan perlaksanaannya dipatuhi oleh semua kakitangan di bawah seliaan tuan. Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankaa amanah,

You might also like