You are on page 1of 5

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

___________________________________________________________________________

AMRM5104
RESEARCH METHODOLOGY
(TUGASAN 1)
SEMESTER JANUARI 2019
___________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Malaysia.

2. Jawab dalam Bahasa Malaysia.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord (.docx) melainkan


dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut
kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah antara 800 hingga 1000 patah perkataan (3-4 halaman) tidak
termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda.
Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan
membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah
perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Penghantaran tugasan:

a. Pelajar Kelas Bersemuka:


Anda dikehendaki menghantar tugasan secara ONLINE melalui myINSPIRE dan 1 salinan
fizikal kepada fasilitator.

b. Pelajar atas talian:


Anda dikehendaki menghantar tugasan secara ONLINE melalui myINSPIRE dan 1 salinan
melalui e-mel fasilitator.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 22 Februari 2019 hingga 24 Februari 2019.

Muka surat 1 drp 5


9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat
tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s
Announcement di myINSPIRE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan
sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang
timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK
dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 30% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

No. % Kumpulan Pertindihan % Potongan Markah


1 0 – 30 0
2 30.01 – 50 5
3 50.01 – 70 10
4 70.01 – 100 100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan
pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek
berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan.

Muka surat 2 drp 5


SOALAN TUGASAN

OBJEKTIF: Calon dapat menyediakan satu ulasan artikel berdasarkan panduan yang
dibekalkan.

ARAHAN: Berikan ulasan terperinci terhadap artikel yang disertakan alamat/url-nya di


bawah. Ulasan anda perlu disediakan dengan mempertimbangkan panduan
berikut:

GARIS PANDUAN:

1. Baca artikel sepenuhnya dan fahami dengan baik.

2. Tuliskan tajuk artikel, nama jurnal, tarikh penerbitan, tempat penerbitan, nombor isu dan
volume, nama penulis dan nombor-nombor halaman.

3. Tuliskan ringkasan artikel, antara 800 hingga 1000 perkataan. Nyatakan tujuan artikel,
bagaimana penyelidikan itu ditadbirkan, dapatannya dan maklumat lain yang penting.

Ringkasan anda boleh dipandu dengan soalan-soalan berikut:

Objektif: Apakah objektif artikel?

Teori: Adakah terdapat kerangka teori yang eksplisit? Jika tidak, adakah
terdapat andaian teori?

Konsep: Apakah konsep utama? Adakah ianya jelas?

Perbincangan: Apakah perbincangan utama dalam artikel ini? Adakah terdapat


hipotesis spesifik?

Metodologi: Apakah kaedah yang digunakan untuk menguji?

Evidens: Adakah terdapat evidens? Sejauh mana ia mencukupi?

Nilai: Adakah terdapat nilai yang implisit?

Literatur: Bagaimana kajian ini disesuaikan dengan sorotan literatur itu?

Sumbangan: Sejauh manakah kajian ini mengembangkan ilmu dalam disiplin


berkenaan?

Stail: Sejauh manakah bahasa, stail dan pembentangan penulis mampu


menjelaskan maksud?
Muka surat 3 drp 5

Rumusan: Penilaian keseluruhan yang ringkas.


4. Bincangkan makna (signifikan) atau implikasi dapatan kajian berkenaan dalam satu atau
dua perenggan. Berikan pendapat anda tentang artikel. Bincangkan kelemahan dan
bagaimana artikel itu boleh dibuat penambahbaikan.

5. Tulis satu perenggan membincangkan bagaimana penulis boleh mengembangkan


dapatannya, apakah fokus kajian akan datang dan hala tuju kajian akan datang. Bincang
juga bagaimana ilmu berkenaan boleh dikembangkan lagi.

6. Buatkan satu penilaian muktamad tentang sumbangan artikel terhadap pemahaman


tajuk berkenaan oleh pembaca (mungkin kepentingannya kepada pengembangan ilmu
bidang berkenaan).

Format Tugasan:

a. Gunakan double space dan saiz fon 12 Times New Roman.


b. Tugasan ini harus mengandungi 800-1000 perkataan.
c. Format penulisan rujukan hendaklah mengikut American Psychological Association
(APA).
d. Rujukan mestilah terkini (mulai tahun 2013 dan ke atas).

Nota:

 Tugasan mesti diserahkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

 Plagiarisme tidak boleh diterima. Jika anda tidak jelas apa itu plagiarisme, sila rujuk
kepada laman web yang membincangkannya seperti owl.english.purdue.edu/handouts.

Url bagi artikel:

Mohd Farid Mohd Sharif & Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, “Respons Pelajar IPTA
terhadap Pluraliti Agama di Malaysia,” Afkar Vol. 19 Issue 1(2017):1-40
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5428/3207

Muka surat 4 drp 5


AMRM5104
RESEARCH METHODOLOGY

SEMESTER JANUARI 2019


SKEMA PEMARKAHAN TUGASAN 1 (30%)

Skema Pemarkahan ‘review’ artikel

Bil. Aspek Markah


Mengenal pasti artikel dari segi: Tajuk artikel, tajuk jurnal yang
1. menerbitkannya, tarikh penerbitan, tempat penerbitan, nombor isu 3
dan volume, nama penulis dan nombor-nombor halaman.

Satu ringkasan artikel, dalam 800 hingga 1000 perkataan yang


2. mengandungi pernyataan tujuan artikel, bagaimana penyelidikan itu 10
ditadbirkan, dapatannya dan maklumat lain yang penting.

Satu perbincangan kritikal tentang 2 atau 3 isu yang dibangkitkan


dalam artikel. Kritikan dan penilaian dibuat selepas mengambil kira
pendapat penulis. Perbincangan makna atau implikasi dapatan kajian
3. 10
berkenaan, dalam satu atau dua perenggan. Memberi pendapat
tentang artikel daripada segi kelemahan dan unsur-unsur
penambahbaikan.

Satu perenggan yang membincangkan bagaimana penulis boleh


mengembangkan dapatannya, apakah mungkin fokus kajian akan
4. 5
datang, dan hala tuju kajian akan datang, bagaimana ilmu berkenaan
boleh dikembangkan lagi.

Satu penilaian muktamad tentang sumbangan artikel terhadap


5. pemahaman tajuk berkenaan oleh pembaca (mungkin 2
kepentingannya kepada pengembangan ilmu bidang berkenaan).

JUMLAH MARKAH 30

Muka surat 5 drp 5

You might also like