You are on page 1of 8

DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

PENDAHULUAN

Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.Terdapat berbagai nama yang
diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sebuah negara seperti demokrasi,sosialis,monarki dan
lain-lain.Dalam sistem berkenaan,terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam
mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.Sementara itu,terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi
ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Bagi rakyat,Parlimen merupakan sesuatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara.Rakyat
tersendiri terlibat secara langsung dalam memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya
umum.Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi.

1
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan
adalah ditentukan oleh rakyat.Dalam sistem demokrasi,undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau
melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau
kerajaan yang demokratik.

Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistem pemerintahan di negara
kita.Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbir Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara.Perlembagaan negara telah digubal dengan
mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini.Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan,iaitu Perundangan,Kehakiman dan
Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan.Sehubungan dengan itu,ia bermakna negeri-negeri Perlis,Kedah,Pulau
Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Pahang,Terengganu,Kelantan,Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

2
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

PILIHAN RAYA

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri atau
persekutuan.Selain itu,pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.Pengiraan undi dilakukan secara terbuka dan keputusan direkodkan calon yang mendapat undi terbanyak
dikira pemenang.Sistem ini dikenali sebagai sistem majoriti mudah.

JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

A.Pilihan Raya Umum.

Pilihan Raya Umum ini diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Seterusnya,di Sarawak dan Sabah ,pilihan raya umum Bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

B.Pilihan Raya Kecil

Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri.Kekosongan ini berlaku mungkin diisebabkan oleh hal-hal tertentu seperti
kematian,perletakan jawatan dan pelucutan jawatan.Di samping itu,pilihan raya kecil mesti diadakan dalam
tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Proses pilihan raya bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).Seterusnya penamaan calon dan manifesto oleh parti yang bertanding.Pelancaran pilihan
raya juga bermula dan pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh
SPR.Seterusnya pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada
pengundi di tempat pengundian.Setelah itu, pembuangan undi dan pengiraan pengundian,Akhir
sekali,pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

3
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

TEMPOH PILHAN RAYA

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yang ditetapkan oleh undang-
undang diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal.Pilihan Raya Umum
diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,sama ada disebabkan
kematian,peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang
kelayakan.Dalam hal ini, tarikh keksosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

FUNGSI-FUNGSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Fungsi-fungsi Suruhanja Pilihan Raya (SPR) ialah menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa
tekanan parti pemerintah atau pembangkang dan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.Selain
itu,mereka berperanan menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya
umum atau kecil.Seterusnya,menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan
sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.Akhir sekali,mereka juga menetapkan tarikh penamaan
calon dan pengundian.

4
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

SYARAT-SYARAT MENJADI PENGUNDI DAN CALON PILIHAN RAYA

SYARAT–SYARAT MENJADI CALON

Syarat-syarat untuk menjadi calon pilihan raya ialah berwarganegara Malaysia.Setrusnya berumur 21
tahun dan bermastautin di Malaysia.Selain itu,sempurna akal,bukan muflis dan tidak memegang jawatan dan
perkhidmatan awam.Akhir sekali,calon tidak terlibat dengan jenayah dan boleh bertanding atas nama parti atau
atas nama individu sebagai calon bebas.

SYARAT-SYARAT MENJADI PENGUNDI

Antara syarat-syarat untuk menjadi pengundi pilihan raya ialah nama didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.Seterusnya warganegara Malaysia,berumur 21 tahun dan tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.Selain itu,pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah
kawasan pilihan raya sahaja.Akhir sekali,pengundi anggota pasukan keselamatan,pelajar luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara dibenarkan mengundi melalui pos.

HILANG KELAYAKAN PEMILIH

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika pada tarikh kelayakan, di tahan kerana tidak siuman atau
sedang menjalani hukuman penjara atau sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah dan dihukum mati
atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.Selain
itu,pemilih akan hilang kelayakan apabila telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
atau telah memperoleh kerakyatan asing.

5
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

KESIMPULAN

Dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen seperti yang dipraktikkan oleh Malaysia,mekanisme
pilihan raya telah digunakan untuk menetukan corak pemerintahan negara.Proses pilihan raya akan melibatkan
pengundi,parti-parti politik dan juga kerajaan.Parti-parti politik yang bertanding akan mengisytiharkan calonh
dan manifesto masing-masing.

Selain itu,sepanjang tempoh berkempen diadakan,calon;calon yang terpilih akan menjelajah ke seluruh
pelosok tanah air dengan membawa ucapan manifesto masing-masing untuk meraih sokongan dan seterusnya
mempengaruhi rakyat agar memilih parti mereka semasa hari pengundian diadakan.

Di samping itu,melalui kempen yang diadakan,rakyat berpeluang menilai personaliti dan juga aspirasi
seseorang calon yang bakal mewakili mereka di parlimen kelak.Walau bagaimanapun,setiap calon yang
bertanding perlu memenuhi beberapa syarat seperti hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini.Calon-calon yang didapati melaggar salah satu syarat kelayakan seperti didapati tidak
siuman,bankrap atau muflis,memperoleh kewarganegraan lain dan sebagainya tidak akan dibenarkan
bertanding.

Maka,dapat dilihat proses pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam
pemerintahan negara.Rakyat dapat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan
yang baik.Tanpa rakyat negara tidak akan maju.

6
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga
saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Malaysia ini.Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini,saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan
ini iaitu “pilihan raya di malaysia”.

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sepanjang menjayakan tugasan ini.Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu,Encik Azman Bin Abdullah kerana
beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasa ini.Tunjuk ajar beliau
amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu,saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak
memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.Selain itu,saya turut berterima
kasih kepada raka-rakan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua,tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

7
DEMOKRASI BERPARLIMEN HAKIMIE

LAMPIRAN DAN RUJUKAN

RUJUKAN

 Modul Pengajian Malaysia Tahun 1 Diploma


 pengajianmalaysiadep.blogspot.com/2015/09/pengajian-
malaysia.html?m=1

You might also like