You are on page 1of 1

SJK HUA KWONG BAKONG MIRI

PERATURAN KELAB OLAHRAGA 2019

Sebelum aktiviti dijalankan:

1. Memberitahu guru jika tidak dapat hadir dengan sebab yang munasabah.
2. Murid dikehendaki menunggu di dewan sekolah.
3. Jangan berlari dan bermain semasa menunggu.
4. Menepati masa setiap perjumpaan.
5. Murid mestilah mendengar arahan atau nasihat guru mengenai keselamatan
diri dan orang lain.
6. Sebarang masalah kesihatan seperti penyakit kronik, semput, lelah(asthma)
hendak dilaporkan kepada guru berkenaan dengan segera.
7. Pakaian sukan mestilah dipakai sepanjang masa aktiviti kokurikulum
dijalankan.

Semasa aktiviti dijalankan:

1. Setiap peralatan mestilah diambil oleh murid yang ditugaskan sahaja dan
membuat pengiraan/ merekod sebelum digunakan.
2. Murid mestilah mematuhi tunjuk ajar guru dengan sepenuhnya.
3. Murid tidak boleh meninggal dewan tanpa kebenaran guru.
4. Murid yang tidak dapat mengikut gerakerja kokurikulum hendaklah bersama
guru di dewan.
5. Sentiasa menjaga keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

Selepas aktiviti dijalankan:

1. Aktiviti kelab akan diakhiri 5 minit sebelum bersurai.


2. Murid dikehendaki beratur dan membuat pengiraan semula.
3. Semua peralatan dikehendaki merekod semula sebelum dikembalikan.

You might also like