You are on page 1of 2

Tugas-Tugas Ahli Lembaga Koperasi Sekolah

6.3 Bendahari

Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:


6.3.1 Mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi
mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga.
6.3.2 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan
membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.
6.3.3 Menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua
puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya.
6.3.4 Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan
Lembaga
6.3.5 Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
6.3.6 Menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat
diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
6.3.7 Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga.
6.3.8 Menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas
segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan
dalam mesyuarat agung tahunan.
6.3.9 Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara
dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk
dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat
agung.

6.4 Pengurus Belian


Tugas-tugas Pengurus Belian ialah:
6.4.1 Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
6.4.2 Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
6.4.3 Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
6.4.4 Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga.
6.4.5 Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
6.4.6 Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
6.4.7 Menyimpan buku log belian
6.4.8 Mengemaskini buku log belian
6.4.9 Membuat laporan bulanan untuk belian
6.4.10 Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
6.4.11 Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan
6.5 Pengurus Jualan

Tugas-tugas Pengurus Jualan ialah:


6.5.1 Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari pengurus stok
6.5.2 Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
6.5.3 Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
6.5.4 Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
6.5.5 Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6.5.6 Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
6.5.7 Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
6.5.8 Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
6.5.9 Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan
berlangsung
6.5.10 Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
6.5.11 Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan

6.6 Pengurus Stok

Tugas-tugas Pengurus Stok ialah:


6.6.1 Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
6.6.2 Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
6.6.3 Merekod stok baru
6.6.4 Mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
6.6.5 Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
6.6.6 Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana
alam/sentiasa bersih dan kemas
6.6.7 Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
6.6.8 Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapuskira kepada
lembaga
6.6.9 Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
6.6.10 Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK

You might also like