You are on page 1of 8

Bab 1.

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

HIV adalah singkatan bagi human immunodeficiency virus. Virus ini membunuh atau
merosakkan sel-sel sistem pertahanan badan. "Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit"
ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai
HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh
ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit (Haliza Mohd Riji, 2002).
Ia adalah peringkat yang paling tinggi dengan jangkitan HIV. Kes yang pertama yang
dikenalpasti sebagai AIDS ialah di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980an apabila
kebanyakkan lelaki homoseksual di Newyork dan California menunjukkan penyakit yang
luar biasa dan barah yang sukar dirawat. Pada masa itu penyakit tersebut tidak
mempunyai nama tetapi menunjukkan gejala sindrom yang sama.

Virus HIV telah membunuh lebih daripada 30 juta orang di dunia sejak tahun
1981 sehinggalah tahun 2011. Menurut yang telah dilaporkan oleh United Nations &
AIDS (UNAIDS) dan World Health Organisation (WHO) menunjukkan bahawa terdapat
seramai 34 juta orang yang menghidap HIV/AIDS di seluruh dunia iaitu dewasa seramai
30.7 juta orang, wanita seramai 16.7 juta orang dan kanak-kanak umur bawah 15 tahun
seramai 3.3 juta orang. WHO melaporkan juga bahawa seramai 2.5 juta orang yang baru
dijangkiti HIV iaitu golongan dewasa seramai 2.2 juta orang dan kanak-kanak umur
bawah 15 tahun pula seramai 330 ribu orang. Manakala jumlah kematian akibat AIDS
pula seramai 1.7 juta orang iaitu dewasa seramai 1.5 juta orang dan kanak-kanak umur
bawah 15 tahun seramai 230 ribu orang. Kesemua jumlah yang telah disebutkan
menunjukkan satu populasi yang tinggi dan sangat membimbangkan penduduk dunia
(World Health Organization).

Manakala bagi kes pertama jangkitan HIV di Malaysia dikesan pada tahun
1986. Sehingga tahun 2010, sebanyak 91,362 kes jangkitan HIV telah dilaporkan,
manakala 16,352 kes AIDS dengan 12,943 kematian akibat AIDS. Malaysia merupakan
antara negara di dunia yang mana wabak HIV/AIDS dikaitkan dengan penyalahgunaan
dadah. Penagih dadah jenis suntikan (IDU) merupakan majoriti kes HIV dan AIDS di
negara ini, iaitu melebihi 75% (Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan ).

1|Page
HIV/AIDS selalunya merebak melalui hubungan seks tanpa perlindungan
dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak melalui perkongsian jarum dadah
atau melalui sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti. Manakala wanita memberikan
risiko jangkitan HIV/AIDS yang tinggi kepada bayi mereka semasa mengandung atau
bersalin. Tanda-tanda awal jangkitan HIV/AIDS boleh dilihat melalui pembengkakkan
kelenjar dan simptom seperti selesema. Simptom ini mungkin datang dan pergi sebulan
atau dua bulan selepas jangkitan. Gejala yang teruk mungkin tidak muncul sehingga
beberapa bulan atau mungkin setahun kemudian.

1.2 Pernyataan Masalah


Berdasarkan pengenalan yang telah dijelaskan diatas, penyelidik menyedari bahawa
terdapat segelintir masyarakat yang tidak berapa mengendahkan masalah HIV/AIDS yang
berlaku disekeliling mereka. Oleh yang demikian, menerusi kajian yang akan dijalankan
ini penyelidik ingin mengkaji mengenai pengetahuan dan penerimaan masyarakat
terhadap penghidap HIV dan AIDS.
Namun demikian terdapat beberapa pernyataan masalah yang diwujudkan bagi membantu
penyelidik membuat kajian:
a. Adakah masyarakat setempat mempunyai pengetahuan tentang HIV dan AIDS?
b. Adakah masyarakat setempat memahami tentang bagaimana HIV dan AIDS
disebarkan dan dijangkiti?
c. Adakah masyarakat setempat dapat menerima kehadiran penghidap HIV dan AIDS
dalam hidup mereka?

1.3 Matlamat
Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji pengetahuan dan penerimaan
masyarakat terhadap penghidap HIV dan AIDS.

1.4 Objektif Kajian


1) Mengenalpasti pengetahuan dan kefahaman masyarakat setempat tentang penyakit
HIV.
2) Mengenalpasti penerimaan masyarakat setempat terhadap penghidap HIV dan AIDS.

2|Page
1.5 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian yang akan dibuat ialah untuk menguji tahap pengetahuan masyarakat
setempat mengenai HIV dan AIDS. Hal ini kerana adalah sangat penting bagi masyarakat
setempat untuk memiliki pengetahuan tentang HIV dan AIDS supaya dapat memahami
dan menghindarinya.
Penyakit yang disebabkan oleh HIV dan AIDS ini terdengar tidak begitu
penting untuk difahami, kerana tak banyak orang di sekitar kita yang dijangkiti. Namun,
jika salah seorang daripada kita dijangkiti penyakit tersebut maka secara tidak langsung
ia akan terlihat sangat penting.
Disamping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan
masyarakat setempat samada mereka dapat menerima atau menolak kehadiran penghidap
HIV dan AIDS dalam kalangan mereka.
Jika jangkitan HIV ini dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan merasa lemah
dan sakit-sakitan. Kerana sistem kekebalan tubuh menjadi semakin lemah. Jika dibiarkan
tanpa pemberian ARV (Anti retroviral) maka pesakit HIV akan dijangkiti AIDS, akan
diserang berbagai macam jangkitan oportunis (Kathy S. Stolley, 2009).
Dengan kajian yang dijalankan ini, dapatlah dilihat tahap pengetahuan dan
pemahaman masyarakat setempat yang seterusnya menguji tahap penerimaan mereka
terhadap individu yang dijangkiti HIV dan AIDS.

3|Page
Bab 2.0

Ulasan Literatur

2.1 Pengenalan
Virus HIV dan AIDS ialah virus lemah ketahanan diri atau Sindrom kekurangan daya
tahan diri yang berterusan membunuh sejak tahun 1981 di seluruh dunia. Menurut Dr.
Peter Piot di dalam buku “ Pendidikan dan HIV/AIDS: Suatu Jendela Harapan “ (2003)
mendefinisikan bahawa “HIV/AIDS sebenarnya merupakan wabak yang paling
merbahaya yang kita pernah temui, dan ia kian bertambah buruk sebelum ia kian
bertambah baik ” (Bank, 2003).

2.2 Pengetahuan dan Pemahaman Mengenai HIV dan AIDS


Menurut Dr. E.G. Brahmaputra Marjadi (2004), “ Infeksi HIV merupakan penyakit
menular seksual (PMS) yang khusus karena menimbulkan lebih banyak masalah daripada
PMS yang lain. Pembahasan tentang infeksi HIV dalam bab ini memiliki dua tujuan
penting: pertama, untuk memberikan informasi yang cukup agar peserta dapat menjaga
diri; dan kedua, mereka perlu dididik untuk tidak mendiskriminasikan ODHA (Orang
Dengan HIV/AIDS). Ada garis yang sangat tipis antara kewaspadaan terhadap infeksi
HIV dan Ketakutan terhadap ODHA, dan fasilitator perlu mengarahkan peserta agar
dapat membedakan kedua hal ini ” (Dr. E.G. Brahmaputra Marjadi, 2004).
Daripada penerangan diatas dapat dilihat dua tujuan penting yang di tekankan
iaitu yang pertama ialah pemberian informasi yang cukup supaya berwaspada terhadap
HIV/AIDS. Maksud daripada tujuan yang pertama ialah pengetahuan yang mencukupi
tentang HIV/AIDS adalah sangat perlu bagi setiap individu supaya mereka tahu apa dan
bagaimana cara penularan HIV/AIDS dan kewaspadaan diri terhadap penularannya.
Manakala yang kedua ialah didikan untuk tidak mendiskriminasikan penghidap
HIV dan AIDS. Iaitu melalui didikan yang diterima mengenai HIV/AIDS akan wujud
pemahaman terhadap masalah yang dihadapi penghidap HIV dan AIDS. Daripada
pemahaman yang diperolehi oleh individu, kumpulan atau komuniti, mereka akan berfikir
dengan lebih mendalam untuk mengatasi masalah kebimbangan kerana takut dijangkiti
HIV/AIDS. Disamping itu, secara tidak langsung mereka akan menerima kehadiran
penghidap HIV dan AIDS dan tidak mendiskriminasikan mereka.

4|Page
Petikan oleh Dr. E.G. Brahmaputra Marjadi (2004) di atas menyokong objektif
penyelidik tentang pengetahuan dan pemahaman mengenai penghidap HIV dan AIDS
dalam kajian yang akan dijalankan.

2.3 Penerimaan Responden Terhadap Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA)


Menurut Dr. Nursalam (2007), daripada “ penelitian yang dilakukan oleh Kristina (2005)
di Kalimantan Selatan dan Cipto (2006) di Jember Jawa Timur tentang pengaruh
pendidikan kesehatan terhadap pengetahuan dan sikap siswa mengenai stigma pada orang
dengan HIV/AIDS menunjukkan bahwa 72% orang yang berpendidikan cukup (SMU)
kurang menerima ODHA dan hanya 5% yang cukup menerima ” (Qr. Nursalam, 2007).
Berdasarkan petikan diatas, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan yang
dimiliki akan mempengaruhi penerimaan respondan terhadap ODHA dalam hidup
mereka. Samada menerima atau menolak kehadiran ODHA semuanya terpulang kepada
respondan tersebut. Oleh itu, petikan daripada buku Dr. Nursalam menyokong objektif
penyelidik tentang penerimaan terhadap orang dengan HIV/AIDS (ODHA) dalam kajian
yang akan dijalankan.

2.4 Hipotesis
Pengetahuan dan pemahaman pelajar mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap orang
dengan HIV/AIDS (ODHA).

5|Page
Bab 3.0

Metodologi

3.1 Pengertian Metodologi


Menurut pendapat “ Pasaribu dan simanjutak (1982), mengatakan bahwa metode adalah
cara sistematik yang digunakan untuk mencapai tujuan. Metode berarti suatu jalan yang
dilalui untuk mencapai tujuan. "Logos" artinya ilmu. Metodologi adalah ilmu-ilmu/cara
yang digunakan untuk memperoleh kebenaran menggunakan penelusuran dengan tata
cara tertentu dalam menemukan kebenaran, tergantung dari realitas yang sedang dikaji ”
(Pengertian metode dan metodologi Penelitian dan perbedaannya, 2012).
Menurut pemahaman penyelidik, metadologi diperlukan untuk menyediakan
alat bagi mengukur pemboleh ubah yang dinyatakan dalam objektif dan menunjukkan
bagaimana kajian ini dijalankan. Metadologi juga merupakan salah satu cara bagi
mengenalpasti sesuatu kajian itu samada benar atau palsu. Ia juga merupakan satu
pendekatan yang digunakan untuk menjelaskan kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang
akan digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan ini.

3.2 Lokasi Kajian


Lokasi kajian yang penyelidik akan jalankan ialah di Universiti Malaysia Sarawak, 94300
Kota Samarahan, Sarawak.

3.3 Populasi Kajian


Populasi kajian penyelidik terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia
Sarawak.

3.4 Sample Kajian


Sampel merujuk sejumlah responden yang digunakan dalam penyelidikan yang dilakukan
mewakili satu populasi yang besar. Sample kajian adalah seramai 35 orang responden
iaitu 5 orang responden bagi setiap fakulti yang akan dipilih secara rawak untuk mengisi
borang soal selidik.

6|Page
3.5 Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kuantitatif. Hal ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pengumpulan data dari responden yang
ramai. Kuantitatif digunakan menerusi tinjauan yang akan dilakukan terhadap latar
belakang, pengetahuan, pemahaman dan penerimaan responden yang terlibat bagi
mendapatkan maklumat mengenai kajian.

3.6 Analisis Kajian


Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian “Statistic Package For
Social Science (SPSS)”. SPSS digunakan bagi memudahkan penyelidik menganalisis
data-data mentah, setelah data diproses penggunaan graf dan jadual adalah lebih baik
kerana dapat membantu untuk lebih memahami data-data kajian yang diperolehi.

3.7 Limitasi Kajian


Bagi menjalankan penyelidikan atau kajian ini, limitasi atau batasan kajian merupakan
perkara yang sering timbul. Sesetengah kajian mempunyai batasan kajian sama ada dari
segi masa, kerjasama responden dan kesahihan sesuatu maklumat.
Limitasi kajian yang penyelidik hadapi ialah dari segi masa iaitu pertembungan
masa antara waktu kuliah dan waktu rehat yang berbeza setiap fakulti. Perkara ini akan
menyebabkan kesukaran untuk bertemu responden kerana keterbatasan masa yang di
alami.
Selain itu, penyelidik juga mendapat kesukaran untuk mendapatkan kerjasama
daripada responden kerana ramai akan yang mengelak daripada di soal selidik. Dalam
masa yang sama, kesahihan maklumat juga menjadi masalah kerana responden tidak
membaca soalan-soalan soal selidik dengan betul dan hanya menandakan petak-petak
jawapan ikut suka hati mereka. Hal ini, menyebabkan data yang akan diperolehi tidak
begitu memuaskan.

7|Page
Rujukan:

Bank, T. W. (2003). Pendidikan dan HIV/AIDS : A window Of Hope. Kuala Lumpur: MDC
Publishers SDN BHD.

Dr. E.G. Brahmaputra Marjadi, M. (2004). Menyusun Batu Penjuru: Pendidikan Seksualitas
Dasar Dengan Metode Permainan Interaktif dan Inovatif. Yogyakarta: Penerbit
Kanisus.

Haliza Mohd Riji, K. J.-S. (2002). HIV?AIDS The Realities, The Challenges. Kuala Lumpur:
Ministry of Health Malaysia.

Kathy S. Stolley, J. E. (2009). HIV/AIDS. California: Greenword Publishing Group.

Qr. Nursalam, M. N. (2007). Asuhan Keperawatan pd Pasien Terinfeksi HIV/AIDS. Jakarta:


Penerbit Salemba Medika.

World Health Organization. (t.t). Diakses pada 05 09, 2013, daripada http://www.who.int/en/

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan . (t.t). Diakses pada 05 10, 2013, daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/

Pengertian metode dan metodologi Penelitian dan perbedaannya. (2012). Diakses pada 05 6,
2013, daripada Skripsi dan Panduan: http://contohskripsi-
makalah.blogspot.com/2012/06/apa-yang-dimaksud-metode-dan-metodologi-
penelitian-dan-perbedaannya.html

8|Page

You might also like