You are on page 1of 6

FAKTOR-FAKTOR PERJANJIAN PANGKOR DIMETERAI DAN SYARAT2

Pendahuluan

 Peluasan British di tanah melayu yang bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan
kepentingan ekonomi dan perdagangan, kebimbangan pengaruh kuasa asing lain yang boleh
menggugat ekonomi dan keperluan bahan mentah, dan pasaran akibat Revolusi
perindustrian di Britain.
 Di Sarawak dan sabah, kepentingan perdagangan merupakan factor utama peluasan kuasa
british. Peluasan kuasa asing oleh british boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Kuasa
british telah menduduki singapura ( 1819 ), Melaka ( 1824 ), dan siam mencerobohi
kedaulatan Negeri-negeri Melayu utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Isi-isi penting
1. Perang Larut

 Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut. Pada tahun 1848,
beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah
di larut. Orang Hakka Chen Sang merupakan pelombong paling awal tiba di larut pada tahun
1840-an. Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh. Kebanyakan daripada
mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San. Orang Hakka Fui Chew tiba pada tahun 1850-
an dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru. Kebanyakan daripada mereka ialah ahli kongsi
gelap Ghee Hin.
 Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut
diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina
bekerja di lombong-lombong bijih timah. Akan tetapi, Ngah Ibrahimtidak mempunyai kuasa
terhadap Ghee Hind an Hai San. Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua kongsi gelap
itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga kepentingannya.

2. Perebutan takhta kerajaan perak

 Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan
sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda. Oleh
itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi sultan secara automatik.
Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah manakala Raja Bendahara
dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.
 Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang
memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan
calon yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan
pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun 1873 di
mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.
 Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah
dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf yang
merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya diberikan jawatan Raja Bendahara tetapi
beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap tidak layak. Raja
Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara. Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada sultan
Jaafar, iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan.

3. Perang saudara di perak

 Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi sultan perak. Keadaan di larut
tidak tenteram kerana perang saudara antara Hai San dengan ghee hin. Hai san mendapat
sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail. Raja Abdullah pula menyokong ghee hin. Pada
tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini dengan penyertaan
ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah. Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah
menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.
 Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu
perdagangan mereka. Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta
perlindungan.

4. Cara peluasan kuasa british di perak

 Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera. Beliau memanggil semua pihak yang terlibat
menghadiri satu mesyuarat di pulau pangkor.
 Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor pada
20 januari 1874. Raja Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesar-
pembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin telah hadir. Sultan ismail dan raja
yusuf tidak hadir.

5. Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874

 Perjanjian pangkor dibahagikan kepada dua, iaitu persetiaan kongsi-kongsi gelap cina dan
persetiaan pangkor. Syarat-syarat persetiaan kongsi-kongsi gelap cina iaitu ghee hin dan hai
san bersetuju menamatkan pertelingkahan antara mereka dan mengekalkan keamanan di
larut. Sesiapa yang menimbulkan kekacauan akan didenda sebanyak $50 000. Kedua-dua
pihak bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada pihak bnerkuasa dan memusnahkan
semua kubu yang dibina.
 Syarat-syarat persetiaan pangkor iaitu British mengiktiraf raja Abdullah sebagai sultan
perak. Bekas sultan perak. Raja ismail akan diberi gelaran raja muda dan menerima pencen
bulanan sebanyak $ 1 000. Sultan perak akan menerima seorang pegawai yang digelar
residen untuk menasihati baginda dalam semua hal- ehwal pentadbiran kerajaan kecuali
hal-hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Sultan juga dikehendaki membina
tempat kediaman untuk residen dan membayar gajinya. Orang kaya memteri larut , ngah
Ibrahim akan mengekalkan gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya. Beliau akan
menerima seorang penolong residen.
Penutup
 Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah
dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera
raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja
Bendahara, dan Raja Muda.
 Pada tahun 1875, Long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut
diambil alih oleh anaknya.

FAKTOR2 PENENTANGAN TERHADAP BRITISH DI PAHANG


Pendahuluan
 Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Negeri-negeri Melayu. Di
Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan British pada 1891-1895.
 Penentangannya yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap
penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam dan
adat istiadat tempatan.
Isi-isi Penting

Penentangan di Pahang terhadap British


 Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang ialah J.P. Rodger yang dilantik
pada oktober 1888.
 J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan pembesar-pembesar melayu.
Sebab-sebab penentangan di Pahang
1. Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad

 Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri tidak bermakna apabila
segala keputusan dibuat oleh residen.
 Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah menghapuskan amalan
perhambaan.

2. Ketidakpuasan hati pembesar

 Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin dalam gerakan menentang British tidak puas hati dengan peraturan
baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.
 Pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah Dato’ Bahaman (Orang Kaya
Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar Berempat).

3. Perasaan tidak puas hati rakyat

 Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British telah memperkenalkan sistem
cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
 Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga dikerah menjadi buruh paksa.
Penutup
 Kebangkitan Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut Dato’ Bahaman. Pejuang-pejuang
Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.
 Kebangkitan Pahang tamat pada tahun 1895.
FAKTOR2 MENDORONG TOK JANGGUT MENENTANG BRITISH DI KELANTAN

Pengenalan

Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada
Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan
pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri
Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk
melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti
mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama
dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah
mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.

Sebab-sebab penentangan di Kelantan

1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram

Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengan campur tangan
British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerah Jeram. British campur
tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina
sebuah pondok polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik
seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di
bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram
kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya
kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai
Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum
perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah
kehilangan hak memungut cukai’ sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang
menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan
sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassan
supaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih
lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat
Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.

2. Pengenalan sistem cukai baru

Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru,
cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil
adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan
tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada
cukai.
Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-
buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirih dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau
dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak
ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.

Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil
tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya
mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun.
Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki
melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan
demikian, rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan
melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakan
suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak British
adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat
demikian, mereka akan didenda.

Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya
diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat
dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang
ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat
beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk
membayar cukai tetapi gagal membayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas
kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan
undnag-undang baru membebankan mereka berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku
Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan
seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat
bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.

3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih

Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatan dengan Encik
Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah
melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah
kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam
tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang
baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap
penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan
didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-
pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Perasaan
tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip
telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang
sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

4. Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga
mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga
apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita
bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya,
kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah
sebagaimana sebelumnya.

You might also like