You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9

Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20,


40100 Shah Alam.
Tel : 03-55129942 Fax: 03-55132413
Laman web: www.smks9.net Email: smkss9@gmail.com

Rujukan Kami: SMKS9/700-11/5/1(33)


Tarikh: Jun 2019

Encik
xxxxx

Tuan,

TAWARAN SEBAGAI KELUARGA ANGKAT UNTUK PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA


ANTARA SMKS9 DAN SHINJANG HIGH SCHOOL, KOREA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan program tersebut pada ketetapan seperti
berikut:
Tarikh: 29 - 30 Ogos 2019
Jumlah murid: 13 orang pelajar

3. Salah satu matlamat program ini adalah untuk mewujudkan hubungan ‘Sekolah Angkat’
antara sekolah di Korea dan Malaysia yang boleh dilawati antara satu sama lain dengan interaksi
dua hala antara murid-murid dan bekerjasama dalam pendidikan pada masa akan datang.
Sehubungan itu penglibatan pihak ibu bapa komuniti, sektor swasta dan antarabangsa secara
meluas bagi membantu pembelajaran muriid-murid ini amatlah diperlukan.

4. Bersama-sama ini juga disertakan tentatif dan senarai nama murid untuk rujukan pihak tuan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Rosilawati bt Salihan di talian 012-2138543.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(ROSLINA BINTI AHMAD)


Pengetua
SMK Seksyen 9

Pengetua
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9,
Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

BORANG MAKLUMBALAS:

TAWARAN SEBAGAI KELUARGA ANGKAT UNTUK PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA


ANTARA SMKS9 DAN SHINJANG HIGH SCHOOL, KOREA

Saya ________________________________________ ibu bapa / penjaga kepada


__________________________________dari tingkatan _______________ bersetuju/ tidak
bersetuju* untuk menjadi keluarga angkat untuk Program Pertukaran Budaya antara SMKS9
dan Shinjang High School, Korea yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

*sila potong mana yang tidak berkenaan

You might also like