You are on page 1of 3

Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan. 21 orang murid berjaya mencapai objektif pembelajaran
manakala empat orang murid diberi bimbingan oleh guru semasa di dalam kelas. Murid
berupaya untuk menyenaraikan aktiviti harian sesuai dengan waktu yang ditetapkan.

Kekuatan 1. Murid seronok semasa melakukan aktiviti berkumpulan


2. Murid berjaya membina jadual aktiviti harian mereka
Kelemahan 1. Bahan bantu mengajar yang digunakan tidak pelbagai
2. Terdapat murid pasif semasa aktiviti berkumpulan
Cadangan 1. Saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang
penambahbaikan pelbagai seperti lcd, model 3d dan bahan maujud yang
menarik.
2. Setiap murid perlulah diberikan peranan masing- masing
semasa aktiviti berkumpulan.
Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan
lancar. Murid telah mencapai objektif pembelajaran pada hari ini. Berdasarkan lembaran kerja
yang diberikan, murid telah dapat mendefinisi secara operasi bagi asid, alkali dan neutral.
Murid juga berjaya menghasilkan peta I think secara berkumpulan dengan betul dan tepat.
Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah aktiviti berkumpulan telah mengambil masa
yang lama dan melebihi masa yang diperuntukkan. Hal menyebabkan masa bagi aktiviti yang
seterusnya terpaksa disingkatkan. Oleh itu, saya perlu mengingatkan murid-murid untuk
menghabiskan tugasan berkumpulan mengikut masa yang ditetapkan supaya pengajaran
dapat berjalan dengan lebih berkesan.
Refleksi pengajaran

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan
lancar. Proses pdp pada hari ini telah dijalankan di bilik sains kerana eksperimen menguji sifat
kimia asid, alkali dan neutral telah dijalankan. Eksperimen berjalan dengan lancar kerana
murid memberikan kerjasama yang baik. Murid telah mencapai objektif pembelajaran pada
hari ini. Seramai 23 daripada 24 orang murid kelas 5 Profesor hadir pada hari ini.

Kekuatan 1) Persediaan sebelum eksperimen dilakukan dengan baik


2) Setiap radas dilabelkan bagi mengelakkan murid keliru
3) Eksperimen dapat dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan
4) Kertas pemerhatian diedarkan kepada setiap murid bagi
merekodkan pemerhatian mereka
5) Murid berjaya merekodkan pemerhatian ke atas lebih
daripada 10 bahan yang diuji.
Kelemahan 1) Teka teki yang dijalankan adalah mudah dan tidak
merangsang minat murid.
Cadangan 1) Aktiviti set induksi yang dijalankan perlulah menarik dan
penambahbaikan merangsang minat murid.

You might also like