You are on page 1of 2

UNIT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG PAMOL


JALAN MERSING,
86000 KLUANG
JOHOR. Telefon: 07-7879753
Faks: 07-7879753
_____________________________________________________________________
Ruj. Kami : JBA2028/700-5/6/9(1)
Tarikh : 3 Oktober 2017
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol
Kluang, Johor.

Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN WANG SUMBANGAN PIBK

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan


Kursus Kepimpinan Unit Beruniform 2017 yang melibatkan semua murid Tahap 2
Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol.

2. Sehubungan itu, Unit Kokurikulum ingin membuat permohonan untuk


menggunakan wang sumbangan daripada PIBK bagi menampung kos perbelanjaan
bagi program tersebut yang akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8-9 Oktober 2017


Hari : Ahad & Isnin
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Kluang, Kem Ulu Dengar

3. Kos perbelanjaan untuk program adalah seperti berikut:

(MURID) RM 18 x 53 = RM 954
(GURU) RM 13 x 7 = RM 91
KENDERAAN 20 x 8 = RM 160
LORI = RM 80
JUMLAH = RM 1285

4. Kerjasama daripada pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian. Terima Kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


’SEHATI SEJIWA’

Saya yang menjalankan tugas,

..................................................
(Dzulkefli Bin Haji Ahmad)
GPK Kokurikulum
SK Ladang Pamol
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG PAMOL
JALAN MERSING,
86000 KLUANG
JOHOR.
Telefon: 07-7879753
Faks: 07-7879753
_____________________________________________________________________
Tarikh : 3 Oktober 2017

Ibu Bapa,
Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol
Kluang, Johor.

Tuan/Puan,

KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFORM 2017

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan


Kursus Kepimpinan Unit Beruniform 2017 yang melibatkan semu murid Tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6) SK Ladang Pamol.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan


untuk memberi kebenaran melepaskan anak tuan/puan bagi menyertai kursus
kepimpinan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8-9 Oktober 2017


Hari : Ahad & Isnin
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Kluang, Kem Ulu Dengar

3. Borang Surat Akuan Kebenaran sila (SUJUK LAMPIRAN).

4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian. Terima Kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


’SEHATI SEJIWA’

Saya yang menjalankan tugas,

..................................................
(Pn. Hjh Noriah Binti Mohd Yusof)
Guru Besar
SK Ladang Pamol

You might also like