You are on page 1of 16

FACULTI OF EDUCATION AND LANGUAGE

HBEF3703
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JANUARY 2018

NO. MATRIKULASI : 841002075062001


NO. KAD PENGNEALAN : 841002-07-5062
NO. TELEFON : 010-3747890
E-MEL : maadevi11224@gmail.com
NAMA TUTOR : DR TEH HANG LENG
NAMA E-TUTUR : EN. ALI HAFIZAR BIN MOHAMAD
RAWI

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI MALAYSIA


JALAN LIM BOH SENG, IPOH
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3
 Kepentingan kaunseling
 Matlamat kaunseling
 Proses dalam kaunseling
 Peranan kaunselor
 Kod etika
2.0 Kod etika -

2.1 Kesetiaan (Prinsip Fidelity)

2.2 Autonomi (Prinsip Autonomi)

2.3 Amal Kebajikan (Prinsip Beneficence)

2.4 Bukan Salah Laku (Prinsip Non-Maleficence)

2.5 Keadilan (Prinsip Justice)

2.6 Menghormati Diri Sendiri (Prinsip Self-Respect)

3.0 Kes Kajian

3.1 Kes Kajian 1 (Kesetiaan)

3.2 Kes Kajian 2 (Autonomi)

3.3 Kes Kajian 3 (Amal Kebajikan)

3.4 Kes Kajian 4 (Bukan Salah Laku Prinsip)

3.5 Kes Kajian 5 (Keadilan)

3.6 Kes Kajian 6 (Menghormati Diri Sendiri)

4.0 Kesimpulan

5.0 Bibliografi
Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun, serta menonjolkan kemajuan
dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi dan budaya. Namun
pembangunan yang maju ini telah membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Kini,
bukan sahaja pelajar sekolah menengah mengahadapi masalah malahan pelajar sekolah rendah
turut mengalami pelbagai masalah peribadi serta sosial.

Munculnya kaunseling sebagai suatu badan yang sedia membantu, membimbing seseorang
yang menghadapi sebarang masalah dalam kehidupanya. Kaunselor memainkan peranan utama
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Corey (2013) menyatakan bahawa
“kaunseling merupakan sauatu proses untuk menolong individu supaya lebih sedar tentang
dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Maka kaunselor
memperbetulkan tindakan klien serta membuka minda klien ke arah yang lebih produktif.

Terdapat pelbagai tujuan dan kepentingan amalan kaunseling di dikumpulkan, namun saya
senaraikan beberapa yang sangat penting sahaja. Tujuan utama kaunseling ialah memfokuskan
kepada lima aspek iaitu, pertama perubahan tingkah laku yang positif, membimbing serta
membuatkan klien lebih produktif. Kedua membina hubungan positif, membantu klien
memperbaiki cara berinteraksi dan memudahkan supaya meneruskan hubungan baik.
Seterusnya, membimbing klien mengendalikan masalah yang dikenalpasti. Berikutnya,
keempat iaitu menggalakan klien bijak membuat pilihan atau keputusan. Terakhirnya
meningkatkan perkembangan klien serta mencapai potensi diri.

Dalam proses sesi kaunseling seorang kaunselor seharusnya menguasai beberapa kemahiran
sebelum memulakan sesi kaunseling supaya dapat meneliti dan mengenalpasti masalah murid
dengan mudah dan meransang pemikiran klien supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi
dengan lebih kreatif. Antara kemahiran yang berkaitan adalah, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran mendengar dan kemahiran main peranan. Secara wajarnya kemahiran -kemahiran
yang disenaraikan harus diamalkan serta dipamerkan oleh setiap kaunselor profesional dan juga
guru dalam menangani masalah yang timbul dikalangan pelajar. Kod etika bukan sahaja
bertindak sebagai peraturan malahan menjadi sebagai suatu prosedur kerja bagi kaunselor.
Secara wajarnya kod etika digubal bagi membimbing serta menuju ke tahap professional yang
lebih tinggi.
Tugasan ini merangkumi kepentingan dan matlamat kaunseling. Selain itu, memberi
penerangkan tentang kod etika serta kepetingannya untuk mengetahui. Turut menerangkan 6
prinsip kod etika iaitu, kesetiaan, autonomi, amal kebajikan, bukan salah laku, keadilan serta
menghormati diri sendiri. Seterusnya, mengaitkan satu kes kajian bagi keenam- enam prinsip
yang disenaraikan. Secara ringkasnya, tugasan ini memberi gambaran yang jelas tentang
peranan serta tanggungjawab seorang kaunselor profesional dalam menangani masalah –
masalah klien dengan penuh berhemah.
2.0 Kod Etika

Kod etika merupkan suatu manual kerja yang bertindak sebagai peraturan yang digariskan
dalam sesuatu persatuan. “Etika adalah merujuk kepada prinsip – prinsip yang memandu dan
mendorong manusia untuk melakukan sesuatu yang bermoral” (Robert B. Zeuscher, 2001).
Maka kod etika digubal bagi memastikan perhidmatan kaunseling dijalankan dengan lebih
cekap disamping manjaga keselamatan klien serta menjamin kerahsiaan klien. Berikut adalah
beberapa kod etika yang dirujuk dalam menjelaskan keenam- enam prinsip kod etika:

1. Kod Etika Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)

2. Kod Etika Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

3. Kod Etika dan Tatakelakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4. Kod Etika Persatuan psikologi Amerika (APA)

5. Persatuan Psikoterapi Kelompok Amerika

6. Counselling Federation of Australia (PACFA)

7. American Counseling Association (ACA)

8. Kod Etika Counsellors and Psychotherapists Association of NSW(CAPA)

2. 1 Kesetiaan (Prinsip Fidelity)

Kunci utama dalam amalan ini adalah kaunselor dan klien perlu mengamalkan nilai kejujuran
serta keikhlasan. Dalam aspek ini juga kaunselor perlu memainkan peranan penting sebagai
menjadi insan yang boleh dipercayai. Klien perlu menaruh kepercayaan kepada kaunselor,
manakala kaunselor pula harus setia kepada klien, memahami keadaan sebenar klien lalu
membimbing serta membantu klien menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
“Kerahsian” dalam aspek ini perlu dijamin oleh setiap kaunselor supaya mengekalkan
hubungan baik antara mereka.

Berdasarkan Kod Etika Kaunselor (Counselling Federation of Australia) PACFA 2011, muka
surat 9 menyatakan bahawa prinsip kod etika kesetiaan menekankan aspek kerahsiaan kerana
dapat membina kepercayaan klien. “Kerahsiaan merupakan lambang kepada etika profesional
seorang kaunselor” (Freeman, 2000). Di Amerika Syarikat, Code of Ethics and Practice
(American Counselling Association) 2014 dan di Malaysia Lembaga Kaunselor Malaysia
2012, turut menekanankan prinsip kepercayaan dan kerahsiaan dalam bidang kaunseling ini.
Secara positifnya prinsip ini, menekankan kaunselor supaya berpegang kuat kepada nilai
kesetiaan.

2.2 Autonomi (prinsip Autonomy)

Dalam prinsip Autonomi, kaunselor seharusnya menghormati hak klien sebagai perintah diri,
iaitu memberi kebebasan kepada klien supaya mengambil keputusan sendiri. Amalan ini juga
menggalakan kaunselor membenarkan klien berfikir bebas dan wajar dalam menyelesaikan
sesuatu konflik. Berteraskan prinsip ini, kaunselor seharusnya membantu dan membimbing
klien supaya menjangka kesan serta akibat yang akan di hadapi atas pilihan dan tindakan klien.
Walaupun prinsip Autonomi memberi keizinan klien untuk bertindak secara bebas, berfikiran
terbuka untuk memutuskan pilihan sendiri, namun tetap mengariskan tugas seorang kaunselor
supaya membimbing klien mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan.

Kod Etika Persatuan psikologi Amerika (APA), (ACA, 2005) dan Persatuan Psikoterapi
Kelompok Amerika menggariskan prinsip kod etika Autonomi yang sama, iaitu merujuk
kepada kebebasan dimana klien boleh membuat keputusan sendiri atas kebaikannya.
“kaunselor harus mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap klien,
supaya klien merasa diri mereka di hormati” (Sapora Sipon& Hapsah Md. Yusof, 2002).

2.3 Amal Kebajikan (Prinsip Beneficence)

Bermaksud melakukan sesuatu amalan atau adab yang berkesan dan membawa kesejahteraan
kepada klien. Prinsip ini mempamerkan tindakan kaunselor yang akan berbuat baik atau
perkara yang mendatangkan faedah kepada Klien. Amalan prinsip kebajikan, menonjolkan
tanggungjawab kaunselor yang sentiasa menyumbang kepada kebajikan klien. Selain berfikir
untuk kebaikan klien, kaunselor perlu peka terhadap keburukan atau bahaya yang mungkin
ditimba oleh klien, demi membantu mengelakkan sebarang masalah tersebut. Dalam proses
sesi kaunseling, kaunselor mencerminkan sikap ambil berat terhadap diri klien. Kaunselor juga
berperanan mengeluarkan kebolehan klien serta meningkatkan potensinya bagi menyelesaikan
sesuatu konfik dan berjaya dalam kehidupan.

Berdasarkan prinsip kebaikan klien, Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia)
2011serta kod etika APA, (2002) menyatakan bahawa “ahli psikologi perlu memberikan
kebaikan kepada klien dan sentiasa menjaga kebajikan serta tidak melakukan bahaya kepada
klien”. Menurut freeman (2000), “etika memberi ruang kepada kaunselor untuk berfikir
tindakan yang perlu dilakukan dan tindakan yang tidak perlu di lakukannya disamping menjaga
kebajikan klien”. Secara positifnya prinsip amal kebajikan menghulurkan sumbangan yang
bermakna kepada klien.

2.4 Bukan Salah Laku Prinsip (Non-maleficence)

Dalam amalan ini, kaunselor bertanggungjawab memastikan tiada sebarang tingkahlaku


mahupun sesuatu yang buruk berlaku kepada klien. Bermaksud, kaunselor tidak sama sekali
bertindak mencedera atau memudaratkan klien. Dalam prinsip ini, kaunselor memastikan
bahawa tiada sebarang aktiviti yang berisiko yang akan membahayakan klien. Selain itu
kaunselor juga tidak seharusnya menghulurkan perhidmatan jika klien berasa kurang sihat.
Perkara ini akan menggangu emosi klien lalu menyebabkan tekanan.

Berdasarkan Kod Etika Counsellors and Psychotherapists Association of NSW(CAPA) Code


of Ethics & Good Practice, 2002, muka surat 7 dan Psychotherapy and Counselling Federation
of Australia (PACFA) Code of Ethics, 2011, muka surat 10, menyatakan bahawa prinsip kod
etika Non- maleficence adalah kaunselor mengutamakan keselamatan klien. Kewajipan
kaunselor untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan klien amat dititik beratkan dalam
amalan ini. Berdasarkan Corey (2014), “kerahsiaann adalah tanggungjawab etika, perundangan
dan tugas professional dalam melindungi klien dari pihak tertentu”. Maka berdasarkan prinsip
amalan ini, kaunselor secara wajarnya memberi penumpuan kepada keselesaan klien serta
mengelakkan sesuatu yang berbahaya kepada klien.

2.5 Keadilan (Prinsip Justice)

Keadilan bermaksud memberi layanan yang sama kepada semua orang disamping
menghormati hak asasi setiap insan. Prinsip ini sangat menekankan kebenaran serta kejujuran
dalam menyempurnakan tugasnya. Kaunselor perlu mengamalkan nilai kebaikan bersama
kepada semua pihak iaitu memberi perkhidmatan secara saksama tanpa mengira umur, status
dan bangsa. Berkelakuan memihak kepada mana – mana pihak yang di sukainya mahupun
diingini merupakan tindakan kaunselor yang tidak beretika. Secara baiknya melaksanakan
tugas dengan berpegang teguh kepada kebenaran dan keadilan merupakan kunci utama dalam
aspek ini. Kaunselor tidak patut memutuskan keputusan sewenang – wenangnya, malahan
seharusnya berfikir logik, berwaspada semasa menentukan keputusan ataupun pemberian
sesuatu tugas secara separa. Secara positifnya pemerataan ganjaran, tugasan serta perhidmatan
perlu diberi mengikut kebolehan serta tahap pengusaan seseorang.

Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia)2011 dan Code of Ethics and Practice
(American Counselling Association) 2014 kedua -dua kod etika ini, mengariskan prinsip yang
sama iaitu memberi perhidmatan yang saksama kepada semua insan dengan menghormati hak
- hak klien. Mizan & Halimatun (2006) turut mengatakan bahawa, “kaunselor perlu melayan
dengan baik serta menghormati klien walaupun apa saja latarbelakang mereka”. Dengan ini
dapat simpulkan, bahawa prinsip keadilan menekanan layanan yang sama rata yang harus
diberikan oleh kaunselor kepada klien tanpa mengira kesalahan dan kecuaian kliennya. Ini
kerana masing- masing mempunyai hak dan kebebasan untuk mendapatkan hidmat nasihat dan
memperbaiki kesalahan mahupun kelemahan dirinya.

2.6 Menghormati Diri Sendiri (Prinsip self-respect)

Bermaksud menyayangi serta menghargai diri sendiri. Dalam aspek ini, kaunselor melakukan
aktiviti -aktiviti yang akan bermanfaat kepada dirinya bagi mengembangkan kualiti hidup.
Disamping memahami kebolehan diri sendiri, kaunselor sentiasa berfikir positif, meningkatkan
potensi dirinya dan membangunkan professional bagi memberikan perkhidmatan yang
sewajarnya kepada para klien. Dalam amalan ini, kaunselor akan menghargai serta
menghormati orang lain seperti mana menghargai diri sendiri. Bagi meningkatkan tahap
pengetahuan, kaunselor menyertai latihan dan kursus tertentu supaya dapat membagunkan
peribadinya.

“Sebagai seorang kaunselor yang beretika sepatutnya mempertahankan etika, standard dan
kualiti profesion yang dipegangnya” (Fishher, Gunz & McCutcheon, 2001). Berdasarkan Kod
Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia)2011, Code of Ethics and Practice (American
Counselling Association) 2014 dan Code of Ethic and practice (Australian Counselling
Association)2012 menunjukkan persamaan iaitu kaunselor yakin dalam membuat keputusan
serta bertindak demi kesejahteraan kaunselor dan klien. Secara positifnya kaunselor, akan
memiliki nilai harga diri yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang mencabar
dirinya serta melindungi diri serta klien daripada menghadapi sebarang masalah.
3.1 Kajian Kes 1 (kesetiaan)

Klien “A” telah mengalami suatu masalah yang menyebabkan rasa tidak menyedarkan hati
klien, maka klien berjumpa dengan kaunselor, menyatakan masalah yang dihadapinya. Klien
menyatakan bahawa dia telah mengambil buku cerita kawannya tanpa pengetahuan kawan.
Klien juga memberitahu kaunselor bahawa, dia sangat suka akan buku itu dan apabila klien
minta pinjamkan buku tersebut, kawanya tidak mengizinkan maka terpaksalah dia ambil buku
tersebut. Klien berasa bersalah atas perbuatannya.

Kaunselor menyatakan perbuatan klien sebagai “mencuri”. Namun kaunselor membimbing


klien memikirkan punca serta akibat berkelakuan demikian. Memberi penerangan bahawa
perbuatan sebegitu tidak sama sekali digalakkan, akan menjatuhkan maruah diri. Kaunselor
meminta klien memulangkan buku cerita tersebut kepada kawanya. Klien membuat suatu
perjanjian dengan kaunselor, iaitu klien akan memulangkan buku yang diambilnya jika guru
berjanji tidak memberitahu perkara berkenaan kepada sesiapa. Kaunselor mengenalpastikan
kepulangan buku cerita kepada kawan tanpa membuka rahsia yang diikati antara kaunselor
dengan klien. Kaunselor dengan besar hati menghadiahkan buku cerita yang sama kepada klien
sebagai ganjaran atas perbuatan yang positifnya. Adahkah kaunselor telah bertindak untuk
menjaga kesetiaan klien?

Ya, suasana ini mengambarkan kaunselor telah mainkan peranan dengan menjaga kesetiaan
kepada murid, beliau tidak menyatakan kesalahan klien kepada guru kelas mahupun ibu-
bapanya, walaupun ia merupakan suatu aktiviti yang tidak sopan. Namun beliau tetap
menjalankan tugasnya dengan sempurna seperti membimbing klien memperbaiki peribadinya
ke arah yang lebih maju.

3.2 Kajian Kes2 (Autonomi)

Seorang pelajar (Klien B) dari tingkatan empat, mencerminkan kesungguhan dalam aktiviti
sukan. Namun dia tidak menunjukkan sebarang peningkatan terhadap kualiti pendidikanya.
Ibu -bapa klien sangat merisaukan tentang masa depan klien. Dalam perbincangan kanunselor
mendapat tahu bahawa, klien hanya memfokuskan kebanyakan masa untuk berlatih aktiviti
sukan seperti, berjoking dan bermain badminton.

Kaunselor menunjukkan keperihatinan terhadap pelajar. Beliau membuka minda klien, dengan
menyatakan kepentingan pendidikan kepada seseorang disamping meneruskan aktiviti
kegemaranya. Beliau turut menasihatkan klien dengan mengatakan “Demi mencapai
kesejahteraan diri, seorang pelajar perlu seimbang dari segi rohani, intelek, jasmani dan
emosi”.

Kaunselor dalam sesi kaunselingnya membimbing klien untuk mereka jadual bagi
mengaturkan masa yang sesuai untuk aktiviti belajar dan sukan. Walaupun cadangan dan plan
alternatif diberikan oleh kaunselor kepada klien namun kaunselor tidak memaksa klien
mengikutinya, malahan menghormati hak klien supaya klien boleh menolak atau menerima
dengan sukarela. Akhirnya kaunselor memberi kebebasan kepada klien membuat keputusan
dengan mengimbang baik buruk perkara yang dibincangkan. Adahkah kaunselor telah
bertindak mengikut prinsip Autonomi?

Ya, walaupun kaunselor memberi beberapa cadangan dan informasi untuk pengetahun klien,
namun beliau memberikan kuasa membuat keputusan di atas tangan klien. Jelas
mengambarkan kaunselor bertindak mengikut prinsip autonomi iaitu memberi keutamaan
kepada keputusan klien.

3.3 Kajian Kes 3 (Kebajikan)

Guru kelasnya mengahantar Klien “C” kepada kaunselor, katanya klien C lemah dalam mata
pelajaran Matematik serta kerap mendapat markah rendah dalam matepelajaran tersebut.
Setelah berbincang dalam sesi kaunseling, kaunselor mengambiltahu bahawa klien tidak
berminat terhadap Matematik kerana sukar untuk membuat serta tiada orang yang dapat
membimbing di rumahnya.

Setelah berbincang dalam sesi kaunseling, kaunselor memahami masalah klien, membantu
mengambil tindakan yang dapat memberi manfaat kepada kliennya. Beliau memutuskan
keputusan berbincang dengan guru besar sekolah untuk mengadakan kelas tambahan bagi
murid yang belum menguasai kemahiran asas Matematik. Selain itu mengadakan Program
“Mahir Matematik” oleh Panitia Matematik. Turut berbincang dengan guru Matematik Klien
supaya mengubah strategi pembelajaran dan pengajaran dan mencadangan pengunaan pelbagai
bahan bantu belajar, supaya murid aktif dan seronok belajar. Dengan ini, semua murid dapat
belajar dengan berkesan dan dapat menguasai kemahiran asas dengan mudah. Kaunselor
percaya bahawa, pemberian peneguhan positif dengan mengatakan “anda boleh membuat,
memberi bimbingan dan sokongan moral kepadanya juga dapat menggalakan semangat untuk
belajar Matematik. Adahkah kaunselor telah menjalankan peranan menjaga kebajikan klien?

ya, kaunselor mempamerkan sikap mengambil berat terhadap klien. Keikhlasan dalam
berbincang dengan guru besar serta guru Matematik menunjukkan beliau, begitu mengambil
insentif dalam menangani masalah klien. Beliau telah mengambil beberapa langkah seperti
adakan kelas tambahan, Program Mahir Matematik, latihan pemuliahan dan sebagainya bagi
menjamin kebajikan klien. Senario ini mengambarkan prinsip kebajikan klien.

3.4 Kajian Kes 4 (Bukan salah laku)

Klien “D” merupakan seorang budak tahun enam dan pandai belajar, namun mempunyai ramai
kawan yang berkelakuan negatif seperti merokok, minum alkohol di luar kawasan sekolah.
dalam sesi kaunselingnya, kaunselor mendapat tahu bahawa klien juga pernah menghisap
rokok. Apabila kaunselor bersoal jawab dengan klien, klien mengatakan ibu bapanya
mementingkan kejayaan sahaja, mereka selalu tidak meluangkan masa untuk klien. Maka dia
mencari kawan luar menghiburkan dirinya bersama mereka.

Kaunselor melaksanakan tugasnya dengan membantu merealisasikan sebab serta kesan


daripada kelakuan atau perbuatan klien yang tidak mendatangkan faedah kepadanya dan
mungkin menyebabkan bahaya kepadnya. Kaunselor melaksanakan tugasnya sempurna
dengan menghindari daripada melaporkan kes Klien kepada guru disiplin ataupun ibu -bapanya
kerana mungkin perbuatan tersebut mendatangkan mudarat mahupun membahayakan klien.
Menggalakan murid menyertai aktiviti -aktiviti kokurikulum yang berfaedah seperti kelab,
permainan catur, pengakap dan sebagainya. Kegiatan seperti ini dapat memberi manfaat kepada
klien disamping meluangkan masa dengan berkesan. Kaunselor juga berjumpa dengan ibu-
bapa klien dan meminta mereka supaya meluangkan sedikit masa untuk anaknya, kerana klien
sangat memerlukan kasih sayang. Adahkah kaunselor telah bertindak mengikut prinsip bukan
salah laku pada klien?

Ya, Kaunselor tidak memberi peneguhan negatif, malahan melindungi klien dengan memberi
peneguhan positif supaya klien berasa selamat dan tidak terhina. Beliau turut membimbing
klien merealisasikan kesan tindakan yang akan membahayakan diri klien. Tindakan Kaunselor
menyimpan rahsia kes klien mungkin menunjukkan beliau tidak bertanggunjawab. Namun
mengikut prinsip yang dipegang oleh kaunselor, beliau tetap mempertahankan klien kerana
tidak mahu klien didenda atau sesuatu perkara berbahaya berlaku kepadanya.

3.5 Kajian Kes 5 (Keadilan)

Seorang ibu bapa berjumpa dengan kaunselor, katanya anak mereka mengahadapi masalah
pembelajaran, maka guru kelasnya meminta memindahkan murid tersebut ke Sekolah
Pendidikan Khas supaya memudahkan guru menjalankan aktitivi pembelajaran dan pengajaran
dengan lancar. Tetapi ibu bapa klien tidak bersetuju untuk menghantar anaknya ke sekolah
Khas.

Kaunselor memikul tanggungjawab untuk berfikir serta bertindak adil supaya tidak
mementingkan atau menguntungkan mana - mana pihak. Kaunselor menitikberatkan kebenaran
serta kesamaan hak dalam perkara ini. Kaunselor membenarkan kliennya menuntut ilmu di
sekolah yang masih belajar. Kerana kaunselor berpegang kepada prinsip keadilan mengikut
Falsafah Pendidikan Malaysia setiap murid mempunyai hak untuk belajar dan dapatkan
Pendidikan. Kaunselor berbincang dengan Guru Besar dan guru kelas supaya mengadakan
kelas pemulihan khas, mengadakan program mento mentee bagi membantu dan membimbing
klien. Selain itu memberikan latihan pemulihan untuk menguasai literasi serta numerasi.
Adahkah kaunselor telah bertindak mengikut prinsip keadilan?

Ya, kaunselor melaksanakan tugasnya dengan saksama. Tindakan beliau membenarkan klien
menuntut ilmu di sekolah yang sama menunjukkan beliau bertindak sangat adil. Ini kerana tiada
seorang pun yang mempunyai kuasa untuk memaksa seseorang untuk belajar atau keluar dari
sekolah tersebut. Beliau turut mencadangkan beberapa altenatif bagi mengatasai masalah klien.
Gambaran ini jelas mencerminkan kaunselor berpengang kepada prinsip keadilan.

3.6 Menghormati diri kaunselor (Self respect)

Seorang pelajar(B) tahun 6 yang bersifat agresif, suka menggangu dan membuli klien. Klien
mengatakan bahawa, pelajar tersebut menggangu klien dengan mengusik, mengutuk dan
mengejek tentang saiz badan klien. Ini menyebabkan, klien berasa tertekan dan tidak suka hadir
ke sekolahnya.
Dalam sesi kaunselingnya kaunselor mendapat tahu bahawa klien merupakan seorang yang
lemah lembut, berbadan gembal dan kurang bermesra dengan orang lain. Dalam konteks ini,
kaunselor bertindak bijak mendekati klien dengan memahami situasi serta emosi sebenar klien.
Menasihatkan pelajar B supaya menghormati setiap insan yang lahir di dunia ini. Memberi
amaran kepada pelajar B supaya dikenakan tindakan disiplin jika mengulangi perbuatan tidak
bermoral. Mempamerkan rakaman vedio yang menunjukkan nilai harga diri, supaya pelajar B
memahami dan menghormati diri sendiri dan orang lain. Kaunselor menangani situasi dengan
memberi keyakinan dan sokongan moral kepada klien. Walaupun kaunselor tidak pakar dalam
membimbing masalah obesiti, namun beliau turut merujuk pakar psiokologi serta mendapatkan
bahan yang sesuai bagi klien. Kaunselor menggunakan kepakaranya membimbing klien
dengan cara menunjukkan penghormtan serta keyakinan pada klien. Adahkah kaunselor telah
menghormati diri kaunselor dalam melaksanakan tugasnya?

Ya, kaunselor telah menunjukkan sikap penghormatan pada diri dan klien. Beliau menyediakan
dirinya sebagai tempat mendapatkan informasi serta motivasi. Kaunselor merujuk pakar
psiokologi serta mendapatkan bahan yang sesuai bagi klien mengatasi masalah obeseti,
menunjukkan kaunselor seorang yang menghargai dan menghormati diri sendiri serta kliennya.
Sikap yang ingin tahu, mengembangkan ilmu serta idea mempamerkan beliau tetap berpegang
kepada prinsip menghormati diri.
4.0 Kesimpulan

Bimbingan dan kaunseling merupakan suatu proses sistematik yang dilaksanakan oleh
kaunselor profesional bertujuan membimbing, membantu serta meransangkan pemikiran klien
dalam menangani masalah peribadi. Kaunselor bukan membantu menyelesaikan masalah klien,
malahan membimbing klien menggenali dirinya, membantu klien mencari punca serta cara
penyelesaian sendirinya. Pendidikan Kaunseling juga amat membantu guru biasa seperti saya
menguasai kemahiran – kemahiran asas kaunseling seperti cara memfokus setiap kemahiran
dan mengaplikasikan dengan cara yang betul. Kemahiran asas kaunseling sangat membantu
guru biasa mengenal pasti masalah serta tingkah laku murid. Kaunselor yang professional
sentiasa mencerminkan kecekapannya dengan menguasai kemahiran – kemahiran asas
kaunseling.

Tugasan ini sangat membantu saya mengenal dan memahami peranan kaunselor profesional
dalam membimbing serta membantu klien kearah yang lebih maju. Mengikut Prinsip kod etika,
walaupun terdapat sedikit perbezaan namun tanggungjawab seorang kaunselor tetap
menunjukkan persamaan iaitu membantu klien tingkatkan perkembangan secara menyeluruh,
menyelesaikan serta menyesuaikan diri klien dengan alam sekelilinya. Kod etika yang
ditetapkan dalam sesuatu persatuan dapat memudahkan kaunselor bertindak mengikut etika
prinsip yang digariskan di samping membantu klien mendapatkan menyelesaiannya yang
berpatutan. Secara kesimpulannya kod etika memodelkan kaunselor, supaya memberikan
perhidmatan kaunseling dengan lebih cekap, amanah dan telus disamping menjaga kebajikan
klien.

Setelah mencari, membaca pelbagai kes kajian serta berbincang dengan guru kaunseling
sekolah, tutur dan e-tutur, saya memperoleh banyak informasi yang berguna dan idea. Secara
positifnya membantu saya mengenalpasti masalah pelajar sebenar, dan cara membimbing,
membantu mereka menggerakkan serta merialisasikan masalah yang dihadapi oleh setiap
pelajar. Tugasan ini telah memberi pengalaman serta pembelajaran yang baik kepada saya
dalam cara menanggani masalah pelajar mengikut prisip kod etika.

(3002 patah perkataan)


5.0 Bibliografi

Corey, G (2013), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy (9th.ed.), India:
Brooks/Cole.

Gerald Corey, Marianne Schneider Corey, Cindy Corey & Patrick Callanan (2014), Issues And
Ethics In The Helping Professions (9th edition). USA: Cengage Learning

James Fisher, Sally Gunz & John McCutcheon (2001), Private/Public Interest and the
Enforcement of a Code of Professional Conduct, Journal of Business Ethics 31:191207

Kenneth S. Pope & Melba J.T. Vasquez (2007), Ethics In Psychotherapy And Counseling: A
Practical Guide, USA: Jossey-Bass

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (2006), Kaunseling Individu:
Apa dan Bagaimana (Edisi Kedua), Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Robert B. Zeuscher (2001), Counseling: A Comprehensive Profesion (6th. ed). New Jersey:
Prentice Hall, Inc.

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu.
Petaling Jaya: Prentice Hall.

Stephen J. Freeman (2000), Ethics: An Introduction To Philosophy and Practice, Canada:


Wadsworth Thomson Learning

Halaman Web

American Counseling Association (ACA). (2005). ACA Code of Ethics. Diakses pada —
Oktober 2015, daripada- http://www.counseling.org.pdf

Isu Etika Kaunseling dicapai daripada- https://prezi.com/9a5_svfxyxqq/isu-etika-kaunseling

Kod etika Kaunselor, Lembaga kaunselor (Malaysia) dicapai daripada-

www.lkm.gov.my/653908f8-7eb2-4f0e-866b-1fa9

Peranan kaunselor dalam kes Kaunseling dicapai daripada-

http://bimbingandankaunseling.blogspot.my/2014/09/peranan-kaunseling-dalam-kes-
kes_11.html
Counsellors and Psychotherapists Association of NSW (2002). Code of ethics and good
practice. Retrieved from Counsellors and Psychotherapists Association of NSW
website: http://www.capa.asn.au/files/CAPAGoodPractice.pdf

Psychotherapy & Counselling Federation of Australia (2011). Code of ethics: The ethical
framework for best practice in counselling and psychotherapy. Retrieved from PACFA
website:

http://www.pacfa.org.au/sitebuilder/aboutus/knowledge/asset/files/4/2012pacf acodeofethics.
pdf

http://www.mkm.edu.my/mengenai-mkm/organisasi/kod-etika-mkm.html

http://www.sprm.gov.my/index.php/korporat/mengenai-sprm/maklumat-organisasi/kod-etika

http://prinsip-prinsipetikaprofesi.blogspot.co.id/
http://www.academia.edu/6619797/Ethical_Principles_in_Counselling_Practice

https://www.slideshare.net/alleiz/kod-etika-kaunselor-lembaga-kaunselor-1

JURNAL

Abu, Z., Mahmud, Z., & Amat, S. (2008). Pendekatan Kaunseling Menangani Masalah
Kebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Dua Kajian Kes. JURNAL
PENDIDIKAN MALAYSIA (Malaysian Journal of Education), 33, 107-123.

Hamjah, S. H. (2011). KAEDAH MENGATASI KEBIMBANGAN DALAM


KAUNSELING: ANALISIS DARI PERSPEKTIF AL-GHAZALI (Methods to Overcome
Anxiety in Counseling: An Analysis from al-Ghazali Perspectives). Jurnal Hadhari: An
International Journal, 3(1), 41-57.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like