You are on page 1of 1

LAPORAN

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2013


SK TANAH PUTIH BARU, KUANTAN

Tarikh : 17 Februari 2013

Tempat : Makmal Komputer, SK Tanah Putih Baru, Kuantan

Masa : 12.30 tengah hari – 2.30 petang.

Tetamu Jemputan : Cik Nor Asyikin binti Bakar


Guru SK Pelindung, Kuantan
Jurulatih Negeri Tunas Kadet Remaja Sekolah

Bilangan Peserta : lelaki = 24 orang


Perempuan = 31 orang

Jumlah = 55 orang

Pada 17 Februari 2013 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Tanah Putih baru telah mengadakan
Kursus Kepimpinan Kokurikulum kepada semua murid-murid pemimpin unit kokurikulum
yang memegang jawatankuasa tertinggi dalam unit masing masing. Jawatankuasa tertinggi
tersebut terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari
dan naib bendahari. Pada tahun ini kursus kepimpinan unit kokurikulum telah diadakan
bersama Badan Pengawas SK Tanah Putih Baru. Ini kerana kandungan kursus adalah sama.

Seramai 55 orang murid telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh
Cik Nor Asyikin binti Bakar iaitu Guru dari SK Pelindung, Kuantan dan merupakan jurulatih
negeri bagi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah negeri Pahang.

Kursus yang disampaikan secara keseluruhannya berkaitan dengan tanggungjawab


dan tugas pemimpin kepada organisasi dan cara-cara menyediakan laporan pada setiap kali
perjumpaan. Bagi memantapkan lagi pemahaman peserta tentang penyediaan laporan
perjumpaan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) diadakan dan peserta dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang dalam setiap kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu laporan perjumpaan minggu yang lengkap.
Setiap kumpulan kemudian diminta membentangkan laporan tersebut dihadapan peserta
yang lain.

Secara keseluruhannya Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011 SK Tanah Putih Baru,


Kuantan berjalan dengan lancar. Semua peserta yang terlibat diberikan sijil penyertaan.

You might also like