You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK

36000 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI


KALI PERTAMA SESI 2018

Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis)


Masa : 1. 15 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak ( Ketua Panitia )
Kehadiran : 4 orang

Nama kehadiran :
01. En Mohd Mawardi b Ahmad Talmizi

02. En. Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak

03. En. Mohd Zahir Bin Mulkan

04. Pn. Iza Mahani Binti Mutadza

Tidak Hadir

01.

1. UCAPAN PENGERUSI ( En. Mohd Junaidi Bin Mohd Sujak )

1.1 Mengucapkan salam, memulakan mesyuarat dengan bacaan ulmu kitab Al-Fatihah dan mengalu-
alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk menjayakan mesyuarat panatia kali pertama ini.

1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi mandat kepada
beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun 2018.

1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru untuk mengajar
subjek Reka Bentuk dan Teknologi pada tahun ini serta mengharapkan guru-guru dapat berkongsi
pengalaman dan idea untuk memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT


2. UCAPAN PENASIHAT ( YM Raja Shahrilshah b Raja Husin )
2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua guru AJK Panatia RBT pada hari itu
dan mengharapkan agar semua guru dapat berbincang serta memberikan idea untuk
menaiktarafkan peningkatan subjek RBT ini.

2.2 Mengharapkan semua guru mengikut dasar kurikulum yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
supaya memudahkan guru melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap
pelajaran.

2.3 Mengharapkan supaya guru-guru perlu membuat post mortem setiap kelas yang diajar selepas
setiap peperiksaan untuk fokus pada kelemahan dan kekuatan murid dalam subjek berkenaan.

2.4. Memandangkan sekolah ini merupakan Sekolah Transformasi , justeru susunan kelas secara
berkumpulan diteruskan sejajar dengan kelas abad 21 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Panitia juga diminta membuat perancangan strategik untuk program peningkatan panitia.

.
Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT

3. AGENDA

3.1 DASAR KURIKULUM


3.1.1 SEKOLAH TRANSFORMASI

Makluman semua guru agar memastikan kelas dalam keadaan lengkap dengan keperluan
yang sepatutnya seperti jadual waktu, jadual tugasan, pelan kebakaran, peraturan kelas &
peraturan kerja kumpulan , kerusi meja dalam keadaan baik & susunan berkumpulan. (ada
pelbagai jenis susunan meja kumpulan, ikut kesesuaian) , learning standard & successful
criteria , parking lot diisi, penggunaan reward chart dan sudut hasil kerja murid.
3.1.2 Adalah dicadangan penggunaan parking lot, mengedarkan kertas dan meminta murid
menulis apa aktiviti yg mereka ingin buat berkaitan mana-mana subjek. Sudut hasil kerja
adalah kerjasama semua guru yang mengajar di kelas tersebut. Memandangkan minggu
ini genap 4 minggu persekolahan, maka minggu depan LEARNING WALK akan
dijalankan dan kriteria di atas akan di ambil kira.
KSSR
3.1.3 Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2018 (KSSR) yang dilaksanakan mulai
tahun 2017 diteruskan untuk Tahun 2 2018 . Pembaharuan dalam KSSR (Semakan) –
Aspek, Prinsip & Strategi Semakan meliputi aspek Kandungan, Pedagogi dan
Pentaksiran. Prinsip Kandungan termasuklah penambahbaikan kandungan mengikut
trend global dan tanda aras antarabangsa dan memperkukuhkan penerapan KBAT.
Prinsip Pedagogi melibatkan pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan
berkesan dan prinsip Pentaksiran mengikut perkembangan pembelajaran murid yang
ditaksir secara berterusan. Strategi Kandungan melibatkan penjajaran semula kandungan
kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan. Di samping mengeksplisitkan
KBAT dalam penyataan standard DSKP. Strategi Pedagogi melibatkan peruntukan waktu
mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan. Seterusnya, strategi
pentaksiran melibatkan perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan
Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP.

4.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD)


4.1 Pelaksanaan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru membuat penilaian
PBD melalui rekod transit. Adalah diharapkan penilaian dijalankan dengan telus semasa
menilai murid-murid.Penilaian akhir akan dimasukkan ke dalam rekod offline sebelum
diserahkan kepada setiausaha PBS sekolah Puan Wan Salina bt Wan Hussin pada akhir
tahun.

5.0 DSKP , REKOD TRANSIT DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


5.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Reka bentuk dan teknologi beserta Rekod
Transit untuk menilai murid semasa sesi Pdpc di dalam kelas. Penggunaan rekod transit
adalah selaras untuk Tahap 2.
5.2 Guru-guru digalakkan menggunakan komputer untuk menulis buku rancangan mengajar
selaras dengan sistem pendidikan yang menggalakkan penggunaan ICT disamping
memudahkan guru-guru yang mengajar menulis format RPH yang panjang.
6.0 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
6.1 Mesyuarat memaklumkan contoh RPH Pembelajaran Abad 21 yang perlu digunakan oleh
semua guru panitia RBT
6.2 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan penulisan RPH perlulah dilengkapkan
sebelum sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
( Tindakan:Semua guru RBT )

7.0 PROSEDUR PEMBELIAN PANITIA DAN PENGURUSAN STOK


7.1 Mesyuarat menerima maklum supaya guru-guru yang ingin membuat pembelian
bahan atau projek untuk Pdpc perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini
pengurusan stok dari semasa ke semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.
( Tindakan : Semua guru RBT )

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Projek RBT yang masih berbaki dari tahun sebelum dan masih boleh digunakan, perlu
dikira dan direkodkan.

(Tindakan Semua Guru RBT)

15. UCAPAN PENANGGUHAN


15.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.Berharap
semua guru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid
terutama untuk mata pelajaran RBT.
15.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Surah Wal Asr
dan tasbih kifarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .............................................................
( MOHD ZAHIR BIN MULKAN ) ( MOHD JUNAIDI BIN MOHD SUJAK)
SETIAUSAHA, KETUA PANITIA,
PANITIA PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI
REKA BENTUK & TEKNOLOGI SK SEBERANG PERAK
SK SEBERANG PERAK
Disahkan oleh,

....................................................
( EN. NORAINI BIN SAMAD)
GURU BESAR,
SK SEBERANG PERAK
36000 TELUK INTAN, PERAK

You might also like