You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Koperasi Sek Men Vivekananda Berhad BIL 2/2018

Tarikh : 27 Februari 2018


Masa : 12.30 t/hari – 2.30 petang
Tempat : Bilik Tayangan SMK Vivekananda

Kehadiran :
1. Pn Hjh Noor Melati Bt Ismail - Naib Pengerusi
2. Pn Nurul Farhana Binti Jamaluddin - Setiausaha
3. Pn Norasmaria Bt Ghazali - Bendahari
4. Cik Wafrah Bt Ishak - AJK Belian Dan Stok
5. Pn Noor Azwani Bt Rusli - AJK Belian Dan Stok
6. Pn Athirah Afifah Bt Firdaus - AJK Jualan
7. Pn Nurul Aina Bt Talib - AJK Jualan

Tidak Hadir : -
1. En. Thangaperumal A/L Andimuthu Amw - Pengerusi

Urus Setia/ Setiausaha : Pn Nurul Farhana Binti Jamaluddin

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pn Hjh Noor Melati Bt Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana
meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat ALK Koperasi 2/2018.
Tindakan: Makluman

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


2.1 Minit mesyuarat BIL 1/2018 disahkan oleh Cik Wafrah binti Ishak, AJK Belian dan Stok dan
disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Jualan buku nilam ditugaskan kepada setiap guru kelas untuk pembelian buku nilam pelajar-pelajar
dari peralihan, tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
- Stok buku nilam lama adalah sebanyak 2980 buah. Buku nilam ini akan dijual kepada pelajar-
pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 6 dan guru kelas diminta untuk mengutip bayaran bagi
setiap pelajar. (Perkara 4.3.1.1)
Tindakan: Makluman
3.2 Pengetua mencadangkan untuk mewajibkan pelajar Program JUARA membeli Divider PBS.
– Stok Divider PBS mempunyai 250 buah dan akan dijual kepada pelajar-pelajar program
JUARA sebanyak RM10.00 beserta fail. (Perkara 4.3.1.2)
Tindakan: Makluman
3.3 Pengetua mencadangkan untuk mewajibkan pelajar tingkatan 6 membeli fail peperiksaan dan
disimpan di bilik PK tingkatan 6.
- Stok Fail peperiksaan mempunyai 634 buah lagi. PK Kokurikulum menganggarkan koperasi
memerlukan masa 2 tahun lagi untuk dihabiskan dengan cara menjualnya kepada pelajar-
pelajar. (Perkara 4.3.1.3)
Tindakan: Makluman

1
3.4 Pengetua mencadangkan untuk menukar t-shirt cotton kepada mikrofiber tetapi perlu habiskan stok
yang lama terlebih dahulu
- Stok T-shirt PJK bagi saiz S dan M sudah habis dijual tetapi untuk saiz L dan ke atas
jumlahnya adalah sebanyak 129 helai. JK Belian/Stok akan ‘survey’ terlebih dahulu harga
untuk t-shirt jenis mikrofiber. (Perkara 4.3.1.4)
Tindakan: JK Belian/Stok
3.5 Setiap pelajar akan diedarkan borang pendaftaran pelajar melalui guru tingkatan masing-masing.
- Borang pendaftaran telah diedarkan kepada setiap guru tingkatan peralihan dan tingkatan 1.
(perkara 4.4.2)
Tindakan: Makluman
3.6 Senarai nama keahlian pelajar-pelajar perlu dikemaskini pada setiap tahun.
- Senarai nama keahlian pelajar untuk tahun 2017 masih belum diterima daripada setiausaha
tahun lepas. (perkara 4.4.3)
Tindakan: Makluman
3.7 Pengetua mencadangkan agar guru-guru diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli koperasi dengan
bayaran RM10.00 setiap seorang.
- Senarai nama keahlian guru untuk tahun 2017 masih belum diterima daripada setiausaha tahun
lepas. (perkara 4.4.4)
Tindakan: Makluman
3.8 JK diminta mengemaskini data papan notis depan kedai koperasi dan menampal MOTO
KOPERASI iaitu ‘UNTUNG SELALU’ di bilik koperasi.
- Papan notis telah dikemaskini. (perkara 4.5.1)
Tindakan: Makluman

4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Laporan


4.1 Laporan kewangan
4.1.1 Laporan kewangan sehingga 27 Februari 2018 telah dibentangkan (Lampiran 1). Baki
di bank ada RM22 665.71. Koperasi mengalami kerugian selama 3 tahun berturut-turut.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Punca kerugian adalah disebabkan oleh lebihan stok dan juga bayaran yang tidak
diterima daripada kerani sekolah.
Tindakan: Makluman
4.1.3 Bendahari diingatkan supaya mengingatkan kerani sekolah untuk membayar setiap
pembelian yang dibuat melalui koperasi sekolah.
Tindakan: Bendahari
4.2 Aktiviti Tahunan
4.2.1 PK Kokurikulum mencadangkan mesyuarat agung tahunan ahli lembaga koperasi akan
diadakan pada 28 JUN 2018
Tindakan: Makluman
4.2.2 Program Kursus Modal Insan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 akan diadakan pada
Minggu Teknik & Vokasional iaitu pada 16 APRIL 2018 hingga 20 APRIL 2018
Tindakan: Makluman

5.0 Hal-hal lain.


Tiada.

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

2
Disediakan oleh ,

.........................................................................
(NURUL FARHANA BINTI JAMALUDDIN)
Setiausaha
Koperasi Sek Men Vivekananda Berhad

Tarikh:

You might also like