You are on page 1of 16

LAPORAN PEMBENTANGAN

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKAUSURAT

1 Isi kandungan 1

2 Pengenalan 2

3 Rekabentuk audio visual gambar 3

4 Definisi audio visual gambar 4

5 Fungsi dan penggunaan visual 5

6 Ciri-ciri audio visual gambar 6

7 Kelebihan menggunakan audio visual gambar 8

8 Kelemahan menggunkan audio visual gambar 10

9 Isu-isu 11

10 Isu semasa 13

11 kesimpulan 14

12 Rujukan 15

13 Lampiran 16

1
LAPORAN PEMBENTANGAN

PENGENALAN

Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media
yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendIRI
oleh seorang guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara khususnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang
media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah,
suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan
tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio
visual.

Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri dan sesuai digunakan di dalam kelas dalam keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang
tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan
persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang
berbeza.

2
LAPORAN PEMBENTANGAN

REKABENTUK AUDIO VISUAL GAMBAR

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat atau
berdasarkan penglihatan. Kebiasannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran
digunakan dengan media pengajaran yang lain.

Visual adalah media berbentuk paparan interaktrif. Visual membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran di jalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000)
berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan
peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan
bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) telah membuktikan samada pelajar tadika mampu
mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2
kumpulan. Kumpulan pertam telah diberi pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai
haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan kedua terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan satu lebih bergaya daripada kumpulan 2 dari sesi
mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya.

Jenkins, Neale, dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal
stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno
(1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar @ perkataan)
yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format
slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih
berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.

3
LAPORAN PEMBENTANGAN

DEFINISI AUDIO VISUAL GAMBAR

“Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Penyataan ini menggambarkan bahawa


bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan. Kebenaran dan
kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya kreatif pendidik pada bahan
tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphika” bermaksud lukisan grafik ialah
bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar, lambing, simbol,
huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep
dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek praktikal, grafik mampu menghubungkan
fakta dan idea dengan jelas melalui satu kombinasi lukisan, lakaran, lambing, contengan,
perkataan, simbol dan gambar.

Grafik membawa kepada kejelasan terhadap kekuatan sesuatu bahan gambaran dan
persembahan yang berkesan. Oleh yang demikian, wajar bagi seorang guru mempraktikkan
prinsip-prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilakan satu-satu
bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran dan bersisitematik.

4
LAPORAN PEMBENTANGAN

FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah sesuai digunakan
untuk situasi-situai tertentu.

Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan
objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan
sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan
lebih mudah.

Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran
pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang
berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu dengan hanya menggunakan
perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau
gambar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang
sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana,
media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan,


konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan.
Contoh-contoh simbol yang mengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti

Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan hanya


melihat kepada simbol, pelajar dapat meramalkan maksud yang ingin
disampaikan.

Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang susah untuk
diterangkan dengan penulisan.

5
LAPORAN PEMBENTANGAN

CIRI-CIRI AUDIO VISUAL GAMBAR

Alat Bantu Mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan lancer dan berkesan. Gambar visual yang berkualiti dan kreatif juga
turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin
positif kepada mereka. Selain itu, alat bantu mengajar yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat
menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna
daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama alat bantu mengajar
adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dlm proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Namun fungsi ini hanya dapat dimainkan peranannya, jika sesuatu
visual gambar itu mempunyai ciri-ciri berikut:-

 Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping
memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.
 Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu
kehendak soalan atau kefahaman, jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan
meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,
pelajar akan rasa kecewa dan bosan.
 Menolong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang tersirat terdapat dalam
ABM yang digunakan.
 Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam ABM.
 Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya
penegasan dapat ditonjolkan. Ini membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti
perkembangan keseluruhan visual.

6
LAPORAN PEMBENTANGAN

KELEBIHAN MENGGUNAKAN GAMBAR DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang pendidik itu menggunakan alat bantu mengajar
gambar, kerana gambar mampu memberi tindakbalas positif kepada seseorang pelajar jika
menggunakan kaedah pembelajaran dari kaedah gambar. Gambar yang menarik lebih mudah
menarik perhatian pelajar tambahan pula dengan kombinasi warna dan garisan yang menonjolkan
sesuatu objek atau perkara yang guru ingin sampaikan kepada pelajar.

Penggunaan gambar di dalam kelas tiada had dan sesuai digunakan pada setiap peringkat
pengajaran tidak kira peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat
menara gading. Tambahan pula, visual gambar adalah murah dan mudah untuk diperolehi dimana-
mana, sebagai contoh dari sumber internet atau sumber sumber majalah dan risalah, jika seseorang
guru itu lebih kretif, guru juga mampu melukis dan mewarna sesuatu gambar tersebut untuk
dijadikan alat bantu mengajar. Hal ini kerana, alat bantu mengajar ini mampu mengurangkan
tekanan kepada seorang guru untuk mengkaji buku teks semata-mata, malah menambahkan lagi
kemahiran seseorang guru itu.

Antara kelebihan lain alat bantu mengajar visual gambar ini adalah perincian visual gambar
memudahkan pemahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahamkan oleh
sesetengah para pelajar. Selain itu, gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan
serta berupa untuk seseorang guru itu membetulkannya. Sebagai contoh, pelajar lebih cepat untuk
berinteraksi dengan guru jika proses pembelajaran tersebut menggunakan gambar berbanding
perkataan. Tambahan pula, interaksi dua hala antara guru dan pelajar dapat dijalankan untuk
menerangkan sesuatu maklumat berdasarkan visual gambar.

Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa yang melajutkan kajian, bacaan


tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat yang amat berkesan
dalam hal ini. Sebagai contoh, pelajar telah belajar mengenai simbol gambar jalan raya dan mereka
mengaplikasi simbol-simbol tersebut di jalan raya yang sebenar dengan mengigat kembali
maksud-maksud simbot tersebut. Pelajar lebih mudah memahami dan mudah untuk inagt sesuatu
bahan yang diajar oleh guru.

7
LAPORAN PEMBENTANGAN

Kelebihan seterusnya ialah gambar dapat menfokuskan tumpuan pelajar dan


memperkembangkan penghakiman kritis terhadap sesuatu maklumat tersebut. Sebagai seorang
pelajar, mereka lebih mudah memahami terhadap sesuatu perkara hanya berdasarkan gambar.
Gambar dapat merangsang pemikiran mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif.

8
LAPORAN PEMBENTANGAN

KELEMAHAN MENGGUNKAN VISUAL GAMBAR DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Alat Bantu Mengajar ( ABM ) bergambar merupakan suatu alat yang digunakan oleh para
guru untuk memudahkan lagi pelajar memahami dengan lebih mendalam sesuatu topik dengan
cara yang lebih ringkas dan padat .Walaupun terdapat banyak kelebihan yang boleh digunakan
melalui Alat Bantu Mengajar ( ABM ) , terdapat juga beberapa kelemahan dalam penggunaan
teknologi pendidikan ini .

Kelemahan yang diperoleh melalui bahan pembelajaran menggunakan gambar antaranya


ialah saiz dan jarak gambar mungkin mengubah rupa dan bentuknya. Masalah ini berlaku kerana
faktor ruang dalam sesuatu bilik belajar seperti bilik darjah atau dewan yang besar. Jika pelajar
berada pada kedudukan yang jauh dari gambar yang ditunjukkan, pelajar akan menjadi kurang
jelas untuk mengenal pasti sesuatu gambar. Misalnya untuk menyatakan konsep “kecil”, guru
bolehlah menunjukkan objek atau gambar yang bersaiz lebih kecil daripada gambar atau objek
lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “kecil” yang dimaksudkan.

Selain itu, kelemahan yang kedua adalah tidak dapat menunjukkan sifat sebenar sesuatu
benda kerana gambar berbentuk dua dimensi. Pelajar hanya dapat melihat gambar yang
ditunjukkan tetapi tidak dapat mengenal pasti sifat sebenar .Contohnya jika guru mengajar kepada
murid mengenali jenis haiwan dan guru juga menunjukkan gambar binatang seekor ular sebagai
contoh. Pelajar mungkin mengetahui gambar yang ditunjukkan adalah ular tetapi pelajar mungkin
tidak mengetahui sifat ular itu bagaimana tentang habitat nya dan sebagainya. Jadi, guru harus
menjelaskan dengan terperinci sifat sebenar binatang tersebut. Jika tidak, murid hanya mampu
mentafsir gambar tanpa mengetahui sifat sebenar binatang tersebut.

Kelemahan yang ketiga mengenai bahan pembelajaran menggunakan gambar adalah


gambar yang digunakan kaku dan tiada pergerakan. Ini menjadi masalah kepada pelajar kerana
pelajar hanya mengetahui gambar yang ditunjukkan tetapi tidak mengetahui dengan lebih
mendalam tentang sesuatu gambar itu. Tamsilnya apabila guru menunjukkan gambar seekor ketam
.Pelajar boleh mengetahui dan memberi tindak balas kepada guru mengenai fizikal binatang itu
kerana dapat dilihat dengan jelas tetapi pelajar tidak mengetahui pergerakan ketam tersebut kerana
gambar yang ditunjukkan adalah kaku. Oleh itu, guru harus memainkan peranan untuk
memberitahu kepada pelajar mengenai pergerakan haiwan tersebut.

9
LAPORAN PEMBENTANGAN

Kelemahan keempat adalah faktor warna. Kurangnya warna boleh mengehad ketepatan
tafsiran sesuatu gambar maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan. Ini bermakna,
penggunaan warna yang kurang menyebabkan pelajar tidak dapat meneka dengan tepat terhadap
sesuatu gambar yang ditunjukkan. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan pembelajaran yang
lengkap supaya pelajar lebih memahami apa yang diajarkan. Kelemahan bahan pembelajaran
menggunakan gambar yang terakhir adalah penggunaan yang kurang berkesan jika gambar tidak
diberikan kepada setiap pelajar. Pelajar akan menjadi kurang memahami jika gambar hanya
ditunjukkan di dalam slide yang berada di hadapan bilik darjah. Oleh itu, guru perlu menggunakan
inisiatif lain iaitu dengan cara memberi setiap seorang pelajar gambar yang mahu diajarkan supaya
pelajar mudah faham dan seterusnya meningkatkan lagi minat pelajar untuk mempelajari sesuatu
topik.

10
LAPORAN PEMBENTANGAN

ISU-ISU MENGENAI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) TERHADAP BIDANG


PENDIDIKAN DAN VISUAL GAMBAR

Alat Bantuan Mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti mengenai bahan pembelajaran
menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan. Kurangnya kemahiran di kalangan guru
menjadikan alat Bantu mengajar tidak digunakan sewaktu proses pembelajaran. Guru yang sudah
lama berkhidmat di dalam pendidikan lebih selesa menggunakan kaedah tradisional seperti
menggunakan kapur dan bercakap sahaja. Jika guna perkataan semata, sesuatu proses pengajaran
tersebut akan lebih bersifat abstrak. Ini akan menjadikan pelajar mudah bosan dan semangat
pelajar akan menurun.

Selain itu, penggunaan kaedah konvensional seperti buku teks dan papan hitam antara isu
yang dapat dikenal pasti .Proses pembelajaran menggunakan buku teks menjadikan proses
menerima maklumat sedikit perlahan jika dibandingkan dengan penggunaan bahan pembelajaran
menggunakan teknologi.

Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait dengan
teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan teknologi
instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan menggunakan
bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 % bagi yang
menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan guru dapat
meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Hasil mendapati kekuatan penggunaan GIS
(sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan
guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.

11
LAPORAN PEMBENTANGAN

ISU SEMASA PELANCARAN BUKU TEKS DIGITAL

Dalam usaha membawa sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi, kini
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan buku teks digital yang mana boleh diakses
secara online, sekaligus menjadikannya sebagai alternatif untuk buku teks bercetak yang boleh
dikatakan agak tebal dan sukar dibawa kemana-mana.

Pengenalan buku teks digital ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Ia akan diperkenalkan dalam
tiga fasa, dimana untuk fasa permulaan ini, buku teks versi bercetak akan kekal digunakan
seperti biasa.

Ia turut dikatakan sebanyak 313 judul buku teks telah dimuat-naik ke portal 1BestariNet
dan boleh diakses menggunakan ID yang telah diberikan kepada guru dan murid.

Bergerak ke hadapan, buku teks bercorak interaktif (yang diintegrasikan dengan elemen
teks, grafik, audio, video dan animasi) akan diperkenalkan dalam memudahkan pemahaman.
Selain itu, pada fasa ketiga (tahun 2021-2025), semua mata pelajaran dijangka akan ditawarkan
dalam bentuk buku teks digital.

12
LAPORAN PEMBENTANGAN

Kelak, pelajar juga akan dibenarkan membawa tablet ke sekolah untuk mengakses buku
teks digital.

Isu ini kami kaitkan dengan alat bantu mengajar (ABM) gambar kerana di dalam buku teks
digital ini menggunkan simbol-simbol gambar yang berwarna untuk menarikkan perhatian pelajar
untuk lebih belajar. Hal ini kerana, gambar merupakan perincian visual yang paling mudah untuk
seseorang pelajar itu belajar dan memahami pembelajaran tersebut. Selain itu, gabungan elemen-
elemen visual yang menarik seperti gambar, audio, video dan animasi mampu menarik minat
pelajar dan menfokuskan seseorang pelajar tersebut di dalam kelas mahupun di rumah.

13
LAPORAN PEMBENTANGAN

KESIMPULAN

Alat bantu mengajar(ABM) adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran
dan untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini telah banyak berubah dan mengalami
evolusinya sendiri. Melalui perubahan tersebut, tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai
kemajuan bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan di dalam negara. Terdapat pelbagai cara serta
strategi yang diwujudkan di dalam pendidikan supaya setiap pendidik dan pelajar dapat
memperoleh sesuatu kejayaan.

Setiap orang juga mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri. Ada pelajar
yang boleh menerima maklumat dengan cepat dan ada juga pelajar yang perlu melalui beberapa
proses untuk memahami sesuatu perkara. Alat Bantuan Mengajar (ABM) bukanlah suatu perkara
yang baru dalam bidang pendidikan.

Alat pembelajaran yang menggunakan teknologi ini diwujudkan adalah untuk


memudahkan lagi proses pembelajaran dan pemindahan maklumat antara guru dan pelajar. ABM
merupakan suatu elemen yang penting dan perlu digunakan dengan cara dan kaedah yang betul.
Guru merupakan orang yang amat penting dalam menentukan kaedah penggunaan ABM. Guru
perlu fahami konsep dan prosedur pembelajaran yang betul sebelum menggunakan alat
pembelajaran teknologi ini.

Penggunaan bahan pembelajaran berdasarkan gambar adalah antara salah satu alat bantuan
mengajar yang dapat membantu dalam proses pembelajaran dengan lebih cepat dan ringkas.
Pelajar lebih mudah dan cepat memahami sesuatu konsep menggunakan gambar berbanding alat
bantuan mengajar yang lain. Ini kerana setiap orang akan menggunakan daya melihat untuk
mengetahui sesuatu perkara sebelum mendengar dan seterusnya memahami apa yang telah
disampaikan oleh guru.

Secara keseluruhannya, setiap alat bantu mengajar mempunyai kelebihan tersendiri . Guru
yang perlu bijak memilih kaedah yang paling sesuai digunakan bagi meningkatkan lagi
pemahaman murid dan memperkembangkan lagi bakat serta potensi setiap pelajar dalam sesuatu
topik pembelajaran.

14
LAPORAN PEMBENTANGAN

RUJUKAN

Sumber Internet

http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar

Fazurepolaris.blogspot.com

Feprints.utm.my

www.google.com/image/alat-bantu-mengajar-gambar

Sumber Rujukan Buku

Dr Razali Bin Hassan, Dr Lee ming Fong, Dr Yusmarwati Binti Yusof, En Tan King Hiyang, En
Md Azani Bin Sham. Buku Teknologi Pendidikan FPTV UTHM.

Glosari Teknologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Putaka, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia 1995, 22 september 20019

15
LAPORAN PEMBENTANGAN

LAMPIRAN

Gambar 1: Contoh alat bantu mengajar visual gambar

Gambar 2: contoh alat bantu mengajar visual gambar

16

You might also like