You are on page 1of 9

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2

MATEMATIK
TAHUN 5 / 2019

Kertas soalan ini mengandungi 15 soalan. Jawab semua soalan. Tunjukkan langkah-langkah penting.
Ini boleh membantu kamu untuk mendapatkan markah.

NAMA : ___________________________________ KELAS : ______________________

1. Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.

RM 8 146. 50

i. Tulis nilai wang dalam perkataan.

[1 markah]
ii. Bundarkan RM 8 146.50 kepada ringgit yang terdekat.

[1 markah]

2. Jadual menunjukkan panjang sekeping papan.

i. Nyatakan panjang, dalam m, bagi papan itu.

[1markah]
ii. Kumar memotong papan itu kepada 15 bahagian yang sama panjang. Berapakah
panjang, dalam cm, setiap bahagian papan itu?

[2markah]
3.
43 920 x 4 -79 392 =

i. Hitungkan hasil nombor di atas.

[2markah]
ii. Tambahkan hasil nombor di atas dengan 3 912.

[2markah]

4. Rajah menunjukkan sebuah segi empat tepat yang dibahagikan kepada beberpa bahagian yang
sama besar.

i. Tuliskan pecahan yang mewakili pecahan berlorek daripada keseluruhan rajah dalam
pecahan termudah.

[1markah]

ii. Tukarkan nilai pecahan di atas kepada nombor perpuluhan.

[1markah]
iii. Nyatakan nilai pecahan kepada bentuk peratus.

[1markah]
5. Rajah menunjukkan dua keping kad nombor, P dan Q.

32 569 4 832
P Q
i. Cari hasil beza antara dua nombor pada kad-kad di atas.

[1markah]
ii. Tolakkan jawapan di 5( i ) daripada 100 000.

[2markah]

6. Dalam suatu ujian Matematik, 80% daripada jumlah murid telah lulus dalam ujian itu dan
selebihnya telah gagal dalam ujian itu. Jumlah murid yang menduduki ujian itu ialah 240 orang.

.i. Hitung bilangan murid yang lulus dalam ujian itu..

[2 markah]
ii. Berapakah bilangan murid yang gagal dalam ujian itu?

[2 markah]
7. 28 340 buah beg hadiah telah disediakan untuk pesta yang berlangsung selama 3 hari. 4 562
buah beg hadiah telah diedarkan pada hari pertama. Pada hari kedua, 7 006 buah beg hadiah
telah diedarkan dan selebihnya diedarkan pada hari ketiga.

i. Hitung bilangan beg hadiah yang tinggal selepas dua hari itu.

[2 markah]
ii. Hitung beza antara bilanga beg hadiah yang diedar pada hari pertama dengan hari ketiga.

[2 markah]

8. Jadual di bawah menunjukkan simpanan Aiman, Ken dan Selvam.

Aiman RM14 530


Ken 3 kali simpanan Aiman
Selvam Sama dengan jumlah simpanan Aiman dan Ken

i. Berapakah simpanan Ken?

[2 markah]

ii. Hitung jumlah wang simpanan mereka bertiga.

[2 markah]
9. Rajah menunjukkan jisim tiga buah tembikai yang dibeli oleh Sharma.

A B C
3.36 kg 2.875 kg 1.75 kg
i. Cari jumlah jisim, dalam kg, bagi semua tembikai yang dibeli oleh Sharma.

[2 markah]
ii. Sharma memotong tembikai itu dan diberikan kepada dua orang jirannya masing-masing
sebanyak 2.09 kg dan 1.45 kg. Hitung baki jisim tembikai dalam kg, yang ada pada Sharma.

[2 markah]
10 Dalam satu ujian Matematik, Hazwan menjawab 7
daripada semua soalan dengan betul. Ujian itu
8
mengandungi 40 soalan.

i. Nyatakan bilangan soalan yang dijawab salah oleh Hazwan.

[2 markah]
3
ii. Jika Kamarul menjawab 4 daripada semua soalan dengan betul, siapakah antara Hazwan dan
Kamarul dapat menjawab soalan dengan betul yang paling banyak? Buktikan.

[2 markah]
11. Rajah terdiri daripada beberapa segi empat sama..

i. Hitung peratus kawasan berlorek daripada seluruh rajah..

[2 markah]
ii. Lorekkan lagi tiga kotak pada rajah. Nyatakan peratus bagi bahagian yang berlorek daripada
seluruh rajah.

[3 markah]

12. Jadual menunjukkan wang kepunyaan Fatin.


Wang RM 5 RM 10 RM 50
Kuantiti 5 2 6

i. Berapakah jumlah wang Fatin?

[2 markah]
1
ii. Fatin menggunakan 10% daripada wangnya itu untuk membeli sepasang kasut dan 2 daripada
bakinya digunakan untuk membeli sebuah beg. Hitung baki wang Fatin yang masih ada.

[3 markah]
13. Jadual menunjukkan peratus jualan kereta keluaran Perodua pada bulan Mac.

Kereta Peratus (%)


Viva 18
Myvi 40
Axia
Alza 32

Jumlah jualan kesemua kereta itu ialah 2 000 buah.

i. Hitung peratus keluaran kereta Axia.

[1 markah]
ii. Nyatakan bilangan keluaran kereta Myvi.

[1 markah]
iii. Berdasarkan maklumat pada jadual, carikan beza bilangan keluaran kereta terbanyak dengan
bilangan keluaran kereta paling sedikit.

[3 markah]
14. Jadual menunjukkan bilangan penduduk di empat buah bandar. Bilangan penduduk di Bandar S
tidak ditunjukkan.

Bandar P Q R S
Bilangan 23 890 4 kali bilangan P 6 kali ganda
Penduduk daripada Q

i. Hitung bilangan penduduk di Bandar Q.

[1 markah]

ii. Berapakah bilangan penduduk di Bandar R?

[1 markah]

iii. Bilangan penduduk di Bandar R adalah 5 kali bilangan penduduk di Bandar S.


Hitung bilangan penduduk di Bandar S.

[3 markah]
15. Jadual menunjukkan pelbagai warna kain yang dibeli oleh ibu untuk membuat pakaian sekolah..

Warna
Biru Hijau Putih
kain
1
panjang 6 m 6.5 m 7.5 m
2

i. Nyatakan warna kain yang mempunyai ukuran yang sama.

[1 markah]
ii. Hitung jumlah kain yang dibeli oleh ibu dalam cm.

[2 markah]
iii. Berdasarkan soalan (ii), jika semeter kain dijual dengan harga RM4.20. Hitung harga kain
yang dibeli oleh ibu.

[2 markah]

You might also like