You are on page 1of 2

TAKLIMAT MEDIA GANGGUAN

BEKALAN AIR BERJADUAL


EKORAN HENTITUGAS LOJI
RAWATAN AIR SSP1 BAGI
PELAKSANAAN KERJA-KERJA
PENAMBAHBAIKAN
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), telah mengadakan sesi taklimat
media pada hari ini 16 Julai 2019, berhubung pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dijalankan pada jam
9.00 pagi, Selasa 23 Julai 2019.

Bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2018, Air Selangor telah
membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion bagi perbelanjaan kerja-kerja kapital (CAPEX
Works) bagi membaikpulih dan menaiktaraf sistem bekalan air, sejajar dengan
matlamat syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Bagi tempoh enam bulan hingga Jun 2019, sebanyak RM196 juta telah dibelanjakan
bagi tujuan yang sama. Air Selangor juga telah merangka pelan perancangan 30 tahun
dengan perancangan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM30 bilion.

Dengan usaha-usaha yang dilaksanakan, Air Selangor telah berjaya mencapai dan
mengekalkan peratusan parameter kualiti air berdasarkan standard Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melebihi 99%.

Gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan paip pecah telah dapat dikurangkan
dari 20 kes bagi setiap 100 kilometer dari tahun 2016 ke 18 kes pada tahun 2017 dan
seterusnya menurun kepada 13 kes pada tahun 2018. Pencapaian ini merupakan
praktis terbaik (best practice) yang digunapakai oleh industri air di lain-lain negara.

Air Selangor akan sentiasa berusaha meminimakan impak gangguan bagi sebarang
pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan. Walaubagaimanapun, beberapa
kerja-kerja kritikal seperti pelaksanaan penambahbaikan LRA SSP1 yang melibatkan
hentitugas loji adalah tidak dapat dielakkan.
Air Selangor telahpun merangka dan membuat persiapan rapi bagi pelaksanaan
kerja-kerja penambahbaikan hentitugas LRA SSP1 ini dan pengguna boleh
mendapatkan maklumat melalui saluran-saluran interaksi yang dinyatakan.
Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua
hari dan tidak menyimpan bekalan melebihi keperluan serta mengunakan air dengan
berhemat.

Sebanyak 758 kawasan di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala


Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat, merangkumi 758,570 akaun
pelanggan akan terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual antara 36 hingga 84
jam bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis.

Untuk menyemak kawasan terlibat dan tempoh masa gangguan, pelanggan boleh
merujuk saluran-saluran interaksi berikut:
Pautan https://www.syabas.com.my/carianmudahssp1
Aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” muat turun di Google Play atau App Store
Laman web www.syabas.com.my
Facebook “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor

Bantuan lori-lori tangki air akan digerakkan berdasarkan keperluan dengan


keutamaan kepada pengguna dan premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, klinik
kesihatan dan lain-lain. Selain itu, Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan juga diaktifkan
bermula jam 8:00 pagi 25 Julai 2019 selain penempatan tangki-tangki statik di lokasi
strategik dan premis kritikal.

Status terkini perkembangan kerja-kerja penambahbaikan dan juga status pemulihan


bekalan akan dikemaskini melalui hebahan media dan juga melalui laman sesawang
www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “Air Selangor”, Facebook “Air Selangor”
dan Twitter @air_selangor.

Kerjasama pelanggan yang terjejas amatlah dihargai.

You might also like