You are on page 1of 4

TAMADUN INDUS

- Tamadun Indus merupakan tamadun yang sangat berpengaruhkerana undang-


undang yang telah dicipta.
- Tamadun Indus merupakan tamadun yang telah menyebarkan agama Buddha
dengan sangat meleluas.

Peta Tamadun Indus


LOKASI TAMADUN INDUS
- Tamadun Indus merupakan tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah
Indus (barat laut India). Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya
mengalir menuju ke laut Arab . Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun
Harappa . Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan
Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .

Harappa

KERANGKA INDUS
- Muncul pada sekitar tahun2500 S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
- Antara faktor kehancuran yang dikemukakan ialah tamadun Indus diserang
orang Aryan serta bancana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN INDUS


- Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India, iaitu
hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul
makanan.
- Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai
Indus yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber air.
- Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah
meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan
penduduk.
- Faktor-faktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
- Dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan
Harappa.
- Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.

Sungai Indus

Mohenjo-Daro

Harappa

CIRI-CIRI TAMADUN INDUS


a) Petempatan Kekal
- Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagian
dan dikelilingi oleh tembok.
- Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang
menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan
untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil
pertanian.
- Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
- Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik.
Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan,
serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan
setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan
bersambung antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai sistem
kumbahan yang terancang.
- Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.

b) Organisasi Sosial
- Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
- Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian
kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
- Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti
masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan. Golongan
bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar
keagamaan ini. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka sejarawan
berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
- Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada
hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
- Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan
bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.

c) Pengkhususan Pekerjaan
- Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan,
pertukangan, dan pembuatan.
- Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar
termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua
tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat
Lembah Indus di Mesopotamia.
- Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya)
dijalankan.
- Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

d) Agama
- Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang
mempunyai unsur keagamaan.
- Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga dan
terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu,
dan Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting terutama dari sudut
perkaitannya dengan agama Hindu Kemudiannya.
- Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah diwarisi
daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu
turut berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria
dan Palestin.
Proto Siva

e) Sistem Tulisan
- Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus
masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

SUMBANGAN TAMADUN INDUS


1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan
serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi atau mengerjakan
kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga
akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun.

2. Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa


- Gabungan kepakaran tentang ilmu geometri, kesenian, matematik sangat
diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan
bandar disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya
bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat,
tetapi juga melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah


membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk
pertukaran teknologi dan sebagainya.

4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjang


kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan
kecemerlangan.

You might also like