You are on page 1of 9

PROPOSAL SBW 300 – PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK

SBW 300 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK


DEVELOPMENT LADIES
Waktu Tutorial – Rabu 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Kumpulan : K1T1

PROFAIL AHLI KUMPULAN FOTO TERKINI


Nama: ROSMAHWATI BT KAMARDIN
No Matrik 127252
Email rosmakamardin@yahoo.com
Rasmi
FB Name Rosmawati

Nama: SITI AISHAH BT AZMAN


No Matrik 127861
Email ctaishahazman@gmail.com
Rasmi
FB Name Ct Aishah Azman III

Nama: NURLIN KHAIRINA BT AHMAD ABADI


No Matrik 127840
Email nurlinkhairina@gmail.com
Rasmi
FB Name RinRin Khairina
CADANGAN PROJEK : PENTERNAKAN UDANG KARA DALAM PERNIAGAAN
(PRODUK KESIHATAN, MAKANAN HIPSTER, RESTORAN, PENJUALAN BENIH,
PRODUK KERING (SERUNDING LOBSTER), PENYEDIAAN KURSUS, PAKEJ
LAWATAN KOLAM.

1.0 Pengenalan Syarikat


AQUA LOBSTER ENTERPRISE

Udang kara atau Lobster merupakan jenis haiwan ‘Nephropidae’ iaitu haiwan
yang mempunyai badan yang panjang dengan berekor, berotot dan tinggal di celah-
celah batu. Terdapat udang kara yang habitatnya di dalam laut dan terdapat juga
udang kara air tawar. Terdapat dua jenis udang kara yang yang boleh diternak di
dalam air tawar yang dipanggil ‘cherax quadricarinatus’ iaitu ‘Blue Lobster’ dan ‘Red
Lobster’. Udang Kara Air Tawar mempunyai kandungan kolesterol yang sangat
rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan berat
timbangannya lebih tinggi. Dalam pasaran udang kara, harga bagi yang bersaiz enam
inci ialah RM60 sekilogram. Namun begitu, udang kara banyak dilihat dihidangkan
hanya di restoran-restoran mewah dan terkemuka yang mngakibatkan udang kara ini
dianggap sebagai barang mewah kerana ia dianggap eksotik.
Udang Kara Air Tawar yang berasal daripada Australia ini paling sesuai hidup
di air tawar dalam keadaan pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci
hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan
berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini
sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa
sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang
kara.

`Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana
kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang
sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel)
atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan
untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang
kara ini mempunyai daya tahan yang tinggi yang menjadikannya tetap hidup walaupun
apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang
melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah
lembut selepas kulit asal ditanggalkan).

Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan


udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga
30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu
ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet
amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium.
Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan
pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.

Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula
kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien
gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku
apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan
memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah
perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas
disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak
setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara
dan dikendalikan oleh setiap golongan.
PROFIL PERNIAGAAN

NAMA SYARIKAT : AQUA LOBSTER ENTERPRISE

ALAMAT : PTD 5250, PARIT JAWA, 84150 JOHOR

ALAMAT EMEL : aqualobster@gmail.com

NO TEL / FAKS : 0111-4404396

AKTIVITI PERNIAGAAN : MENTERNAK, MENJUAL, KURSUS,

RESTORAN, PENGELUARAN PRODUK

PEMILIKAN : PERKONGSIAN (4 ORANG)

SYARIKAT : 100% BUMIPUTERA

BANK BERURUSAN : CIMB BANK

2.0 Carta Organisasi

(rujuk lampiran A)
3.0 Kenyataan Masalah

Pada tahun 2008, telah berlakunya krisi makanan hingga mengakibatkan harga
makanan meningkat secara mendadak dan ini telah menjejaskan sekuriti makanan
dunia termasuklah di Malaysia. Sejak itu, pihak kerjaan telah mula memberikan
tumpuan kepada jaminan bekalan makanan pada masa akan datang. Hal ini berikutan
pada masa akan terkehadapan, jaminan bekalan makanan dunia dijangka terus
meruncing kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad dan
kenaikan harga input serta persaingan bahan makanan untuk pengeluaran biotenaga.
Keadaan ini akan bertambah rumit dan mencabar dengan permintaan bahan
makanan yang semakin meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan
pendapatan serta perubahan citarasa pengguna (MOA, 2011).

Menurut MOA, udang kara mempunyai kandungan kolestrol yang sangat


rendah dan tinggi proteinnya. Bagi memenuhi trend pengguna kini yang lebih
cenderung kepada makanan bernutrisi, negara memerlukan bekalan makanan
berkhasiat dan perlu membeikan keutamaan bagi memenuhi keperluan makanan dan
kesihatan. Justeru itu, penternakan udang kara (Lobster) air tawar merupakan satu
jenis penternakan yang dapat dijadikan sebagai salah satu langkah dalam mengani
isu bekalan makanan ini.

Oleh demikian itu, kumpulan kami memilih untuk melaksanakan Projek Udang
Kara Air Tawar ini untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan kebolehpasaran udang
kara negara agar lebih ramai pengguna dapat menikmati khasiatnya.

4.0 Moto Syarikat


●Fresh ●Security ●Nutritious
5.0 Misi Projek
 Kami komited untuk membekalkan Udang Kara Air Tawar yang segar,
produk makanan air tawar yang sihat dan berkhasiat dengan harga yang
berpatutan. Kami juga komited untuk menyumbang kepada peningkatan
kualiti kehidupan masyarakat dan mengamalkan budaya inovasi yang dapat
memberikan nilai tambah kepada perniagaan pelanggan kami.
 Kami komited untuk membekalkan udang kara air tawar yang segar, produk
makanan air tawar yang sihat dan berkhasiat dengan harga yang
berpatutan. Kami komited untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti
kehidupan masyarakat dan mengamalkan budaya inovasi yang dpat
memberikan nilai tambah kepada perniagaan pelanggan kami.

6.0 Visi Projek


Menjadi Pembekal Dan Pemaju Industri Penternakan Udang Kara Air Tawar
Dengan Menginovasikan Pasaran Agar Kelestarian Dalam Sekuriti Makanan
Terjamin

Kearah pengeluaran berterusan dan mewujudkan kepelbagaian produk bernilai


tambah berteraskan udang kara

7.0 Objektif Projek

Dalam memasarkan Udang Kara Air Tawar, objektif projek adalah seperti berikut:

1) Menjadi pengeluar Udang Kara Air Tawar yang unggul


2) Berusaha meningkatkan pengeluaran dan kualiti pengeluaran
3) Mementingkan kemampanan alam sekitar dalam proses pengeluaran
4) Meningkatkan produktiviti dan efisyen untuk manfaat pihak berkepentingan
5) Menyediakan perancangan jangka panjang untuk manfaat pengguna, pihak
berkepentingan dan warga kerja melalui pelan perniagaan dan matlamat
jangka panjang
6) Mengahadapi cabaran dan permintaan domestic dan global
7) Mengamalkan ketelusan didalam struktur, operasi dan pengeluaran syarikat.
8.0 Lokasi Projek

9.0 Sumber Kewangan/Dana

1. Amanah Ikhtiar
2. Tekun [Menawarkan skim-skim pembiayaan perniagaan yang merangkumi
skop yang agak luas dari RM 10,000 sehingga RM 100,000. Mempunyai
skim khas untuk wanita, komuniti kaum India dan lain-lain.]

3. SUPERB [Skim Usahawan Permulaan Bumiputera yang di bawah Unit


Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menawarkan geran (tanpa
bayaran balik) bernilai RM 500,000. Khusus untuk golongan muda
Bumiputera sahaja.]

4. Skim Pembiayaan MARA [Skim pinjaman yang disediakan oleh MARA ini
merangkumi pinjaman untuk pelbagai golongan. Ia juga memberi beberapa
kelonggaran seperti pengecualian daripada cagaran dan lain-lain.]

5. Geran Khas Pelajar IPT (SSM) [Melalui geran ini, mana-mana pelajar IPT
yang ingin mendaftar perniagaan samada milikan tunggal atau perkongsian,
dikecualikan daripada membayar fi serta caj pendaftaran.]

6. Dana Pembangunan Halal [Dana Pembangunan Halal ini disasarkan


kepada pengusaha industri halal dan usahawan Bumiputera yang
mempunyai potensi besar untuk menembusi dan mengembangkan eskport
mereka ke pasaran halal global. Ia merupakan sebuah inisiatif pembiayaan
yang disediakan oleh TERAJU.]

7. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) [Sebuah skim pembiayaan untuk golongan


berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,855. Mempunyai cawangan
di seluruh Malaysia.]
Bantuan Pembangunan Keusahawanan (Bukan Dana)

1. eUsahawan [Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif oleh


kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan
golongan belia dan usahawan mikro. Anda berpeluang mempelajari kaedah
dan teknik penjualan online secara percuma.]

2. 1AZAM [Sebuah program peningkatan pendapatan kepada isi rumah


berpendapatan rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.]

3. DANA SAINS [Skim Sciencefund adalah merupakan dana penyelidikan dan


pembangunan di bawah program Dana R&D Pertanian, Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani yang bertujuan untuk membiayai penyelidikan
terutamanya dalam bidang pertanian serta memastikan penyelidikan dalam
bidang pertanian dilaksanakan secara holistik, menyeluruh dan sepanjang
rantaian nilai bagi mencapai matlamat pertanian negara.]

10.0 Siapa dapat Faedah

1. Masyarakat atau rakyat Malaysia dalam menggunakan produk dan


makanan berasaskan udang kara
2. Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat dan mengubah gaya
hidup masyarakat daripada makanan berkategori mewah kepada
sederhana.
3. Membuka peluang kepada masyarakat dalam mencari produk kesihatan
alternatif dalam pengekstrakan nutrient dan khasiat daripada udang kara.

11.0 Rancangan Masa Hadapan

1. RESTORAN
 Kepelbagaian menu baru seperti serunding lobster, burger lobster,
semua jenis masakan hipster, menu masakan tradisional
2. PENYEDIAAN KURSUS
 Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menceburi bidang
penternakan dalam menyediakan kursus dan pakej-pakej tertentu.
 Membuka peluang kepada graduan yang mengambil kursus pertanian
untuk memasuki bidang perniagaan ini
 Memberi harga yang mampu milik dan ilmu yang berkualiti kepada
pelajar
3. PRODUK KESIHATAN
 Mengeluarkan produk kesihatan beromega tinggi menggunakan ekstrak
udang kara
 Mencipta produk-produk baru bagi meluaskan pasaran dan permintaan
pengguna
4. RESORT
 Membina resort berdekatan kolam penternakan udang kara
 Menyediakan pakej dari segi penginapan, lawatan, makanan, serta
penangkapan udang kara
 Memberi peluang kepada masyarakat bandar untuk mendalami
penternakan udang kara ini kerana keadaannya yang boleh beradaptasi
dan mudah dibela.
5. PERNIAGAAN PEMBELAAN UDANG KARA
 Penjualan benih udang kara ke seluruh Malaysia terutamanya dan
mengeksport lebihan ke negara jiran
 Menyediakan pakej kolam, saluran perpaipan, kaedah penjagaan yang
lengkap kepada masyarakat yang ingin menceburi bidang ini

You might also like