You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA SKLUTONG 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN LUTONG

TAJUK PROJEK:
KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA
2018

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK


SK Lutong, Jalan Dato, Miri, Sarawak merupakan satu- satunya Sekolah Kebangsaan di kawasan
bandar di DUN Senadin. SK Lutong menerima murid- murid disekitar Kampung Api-api,
Kampung Pasir, Kampung Marikan, Kampung Pengkalan Lutong, Kampung Tudan, Kawasan
Perumahan Bandar Baru Permyjaya,Kawasan Perumahan Senadin,Kampung Batu Satu dan
anak-anak Peryatim. Sejak dibuka pada tahun 1958 hinggalah jumlah pelajar yang mendaftar
masuk ke SK Lutong sentiasa meningkat dengan pesat dan bertambah dari setahun ke setahun
dengan enrolmen pelajar pada tahun 2018 iaitu lebih 1623 orang. Pembangunan dan kemajuan
pesat di Pekan Lutong menyaksikan pertambahan jumlah penduduk dan aktiviti kemasyarakatan
serta aktiviti menyeluruh para pelajar.

PROFIL SEKOLAH

Nama : Sekolah Kebangsaan Lutong


Alamat : Jalan Dato, 98100 Miri
Tarikh ditubuhkan : 1958
Kod : YBE4105
Kategori :A
JPN : Bandar
Kawasan Parlimen : Miri
Kawasan DUN : Piasau
Majlis Bandaran : Perbandaran Miri
No. Telefon : 085-655033
No. Fax : 085-655968
E-mail : sk_lutong@ymail.com.
Luas kawasan : 1.5 Ekar
Peringkat : Sekolah Kebangsaan Rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Sesi : Pagi dan Petang

1
KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA SKLUTONG 2018

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di
mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian,
Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah
Wawasan 2020.

Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan
riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan
Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk
tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan
berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari
berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan
amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa
yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Lutong akan melaksanakan hari sukan negara seperti yang diwawarkan
oleh kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Kita menggalakkan murid menyertai segala
aktiviti yang dirancangkan tahun demi tahun.

Bagi tahun 2018, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Dan Guru telah
mencadangkan supaya dijalankan aktiviti senamrobik dan jalanthon diperingkat sekolah. Aktiviti
seumpama ini adalah bagi memupuk semangat murid dan memberi kesedaran kepada murid
tentang kepentingan bersukan dan amalan gaya hidup sihat.

2.0 PELAKSANAAN
I. Unit Kokurikulum SK Lutong

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif bagi cadangan permohonn ini adalah seperti berikut:

I. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.


II. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
III. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
IV. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
V. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di
peringkat akar umbi

2
KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA SKLUTONG 2018

4.0 KOMPONEN PROJEK


a) Senamrobik
 Dikelolakan oleh guru pelatih
b) Aktiviti jalanthon
 Dikelolakan oleh setiausaha sukan
 Diawasi oleh guru kelas dan penolong guru kelas masing-masing.
 Dibantun oleh beberapa orang guru kawalan trafik.

5.0 PENGAGIHAN TUGAS GURU


A. AJK SENAMROBIK
I. Semua guru pelatih
B. AJK DOKUMENTASI
I. Cikgu George
II. Cikgu Fadzly
C. AJK KAWALAN KELAS

I. Guru kelas dan pembantu guru kelas memastikan kawalan murid dalam keadaan
teratur dan bergerak mengikut perancangan yang telah ditetapkan

3
KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA SKLUTONG 2018

D. AJK KAWALAN TRAFIK


I. Cikgu Kamarul
II. Cikgu Zulkarnain
III. Cikgu Christopher Nizam

E. AJK

7.0 PENUTUP
Pelaksanaan projek diharap berjalan lancar dan melahirkan atlet SK Lutong yang berkualiti dan
membangunkan sukan negara di mata dunia.

You might also like