You are on page 1of 3

SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA, AYER HITAM

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH


(JPMS) KALI KE-3 2018

Tarikh : 17 September 2018


Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTSIP
Masa : 2.15 petang

KEHADIRAN :

1. Pn Azizah Binti Ibrahim


2. Tn. Hj Nordin Bin Abdon
3. En. Che Omar Bin Ramli
4. En. Ahmad Khairuddin Bin Mohd Isa
5. En. Kalai Selvan A/L Arumugham
6. Pn. Norsafina Binti Salleh
7. Cik Siti Aishah Binti Md Lazim
8. Pn. Suzana Binti Sulaiman
9. Pn Mazwin Binti Hamid
10. Cik Zuri Aznida Binti Bahruddin
11. Pn. Norfuziyah Binti Daud
12. Cik Nurol Misbah Binti Ghazali
13. Pn.Suriyani Binti Ali
14. Pn. Nurul Atiqa Binti Ahmad
15. En. Othman Bin Ahmad
16. Pn. Halimah Binti Hat
17. Pn. Marfariza Binti Muhammad Isa
18. En. Badrulhisam Bin Mahmood
19. En. Mat Zin Bin Ayob
20. Pn. Najibah Binti Ismail
21. Pn. Rosnawati Binti Abdul Ghani
22. En. Suhaimi Bin Kadir

TIDAK HADIR BERSEBAB :


1. Pn. Nor Azwa Binti Osman Cuti Bersalin
2. Pn.Romlah Binti Harun Cuti Sakit
I Kata Aluan Pengerusi

1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.


2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali ke-3 tahun 2018.
3 Mesyuarat JPMS ini merupakan mesyuarat kali ke-3 bagi tahun 2018. Mesyuarat
ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memastikan segala maklumat
berkaitan pengurusan data sekolah adalah berdasarkan keperluan semasa.

Tindakan : Makluman

II Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

4 Puan Norsafina Binti Salleh membentangkan minit mesyuarat kali kedua.


5 Cadangan pengesahan minit dibuat oleh Puan Suzana Sulaiman dan disokong
oleh Pn. Mazwin Binti Hamid.
Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

III Perkara Berbangkit

6 Pengerusi mengingatkan semua JPMS agar sentiasa peka tentang pengurusan


data dan mengendalikan semua data dengan teliti dan berdasarkan keperluan
semasa
Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa
IV Laporan Unit

7 Pn. Suzana meminta semua guru melaksanakan SSQS. Beliau memaklumkan


kod setiap guru telah dimaklumkan dalam kumpulan “Whatsapp”.
Tindakan: Semua Guru

8 Cik Siti Aishah memaklumkan pengisian SEGAK dan PAJSK telah dibuka
bermula 1 OGOS 2018 hingga 31 OKTOBER 2018. Semua guru boleh mulakan
pengisian data dalam sistem.
Tindakan: Semua Guru Tingkatan

9 Pn. Ijmal memaklumkan seramai 58 orang pelajar layak menerima bantuan


KWAPM. Duit akan disampaikan kepada pelajar pada satu majlis khas pada 30
Oktober 2018.
Tindakan: Makluman

10 Pn. Marfariza memaklumkan penerima biasiswa terdiri penerima biasiswa


JOHAWAKI seramai seorang, MARA seramai 2 orang dan biasiswa Biasiswa
Kecil Persekutuan seramai 34 orang.
Tindakan: Makluman

11 Cik Zuri mengingatkan semua guru tingkatan 5 melengkapkan markah


peperiksaan Percubaan SPM dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
sebelum atau pada 19 September 2018.
Tindakan: Semua Guru Matapelajaran Tingkatan 5

12 Pn. Siti Sarah meminta semua guru membuat semakan pelaporan mata kredit
dalam splkpm.moe.gov.my. Beliau memaklumkan mata kredit perlu melebihi 42
sekiranya tidak cukup mata kredit guru-guru boleh membaca buku untuk
melengkapkan jam kredit.
Tindakan: Semua Guru

V Hal- hal lain.

13 PK Pentadbiran memaklumkan Pn Rosnawati akan mengambil alih tugas Pn


Zainab menjaga HRMIS berikutan Pn Zainab yang bertukar tempat bertugas.

Tindakan: Makluman

VI Ucapan Penangguhan

14 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………….
(NORSAFINA BINTI SALLEH)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah (JPMS)
SMK Tunku Seri Indera putera

You might also like