You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMAH (F)

73400 GEMAS NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SUNGAI KELAMAH (F)

BIL 4/ 2018

Tarikh : 5.Nov 2018

Hari : Isnin

Masa : 1.45 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Sungai Kelamah (F)

KEHADIRAN

1. Puan Rokiah Binti Sadri


(Guru Besar/ Pengerusi)
2. Puan Hajah Hazizah Bt Hj Alias
(Penolong Kanan Pentadbiran/ Naib Pengerusi)
3. Puan Norzehan binti Hj Mohd Nordin
(Penolong Kanan Ko-kurikulum)
4. Cik Intan Suraya Bt Safiyuddin
(Ketua Panitia/ Urus Setia)
5. En. Muhamad ‘Arif Bin Idris
(Setiausaha)
6. Puan Norrizah binti Hj Samat
7. Puan Zuriyati Binti Yunfisar
8. Puan Norfaradilla Bt Abdullah
9. Puan Intan Syafinaz Bt Mohd Kamal
10. Puan Che Maznah Bt Kasim
11. Cik Intan Suraya Bt Safiyuddin
TIDAK HADIR BERSEBAB:

---TIADA---

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar/ GPK 1
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua
4. Perkara Berbangkit
5. Peperiksaan Akhir Tahun
6. Laporan Aktiviti Minggu Bahasa
7. Hal-Hal Lain
8. Ucapan Penangguhan

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Kata Alu- Aluan

1.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kepada


hadirin serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang
hadir.

Tindakan: Maklum
2. UCAPAN GPK 1

2.1 Puan GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa
Melayu kali ke-4 2018.
2.2 Beliau memaklumkan bahawa berdasarkan analisa peperiksaan pertengahan tahun
secara keseluruhannya belum mencapai target. Oleh sebab itu, beliau berharap
agar peperiksaan akhir tahun nanti GPS murid dapat ditingkatkan khususnya dalam
subjek Bahasa Melayu.
2.3 Beliau turut mengingatkan supaya perancangan tahunan dapat dilaksanakan seperti
biasa.
.
Tindakan: Guru Bahasa Melayu

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2018

Cadangan : Pn Zuriyati Yunfisar


Sokongan : Encik Muhamad ‘Arif Bin Idris
4. PERKARA BERBANGKIT
----TIADA----

5. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

5.1 Peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran Bahasa Melayu


mengikut kelas ialah pada 22 oktober 2018 bersamaan hari Selasa.
5.2 Soalan bagi murid tahun 1 dan tahun 2 perlu disediakan sendiri oleh guru subjek
yang mengajar.
5.3 Bagi murid tahun 3 pula soalan juga masih disediakan oleh guru subjek tetapi mesti
menggunakan format UPSR.
5.4 Murid tahun 4 dan tahun 5 pula soalan peperiksaan akhir tahun subjek Bahasa
Melayu akan disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Tampin (MGB).
5.5 Murid tahun 6 tidak akan menjalani ujian akhir tahun bagi subjek teras kerana
markah akan mengikut ujian percubaan UPSR 2018.

Tindakan: Guru Bahasa Melayu

6. LAPORAN AKTIVITI MINGGU BAHASA MELAYU

6.1 Semua aktiviti berjalan seperti yang dirancang dan terdapat aktiviti yang belum
dapat dilaksanakan di atas sebab-sebab tertentu.
6.2 Aktiviti bahasa melayu bagi murid pasca UPSR akan dijalankan mengikut tugasan
yang telah ditetapkan.
6.3 Minggu Bahasa Melayu untuk pasca ujian akhir tahun telah dirancang pada 13 dan
14 November 2018.
6.4 Antara aktiviti yang dirancang ialah tulisan cantik, tulisan berangkai, kad ucapan ,
bengkel puisi melayu dan buku skrap.

Tindakan: Guru Bahasa Melayu

7. HAL-HAL LAIN

-----Tiada----
8. UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Kelamah yang seterusnya akan diadakan pada
satu masa yang akan ditetapkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: :

…………………………….. ………
(ZURIYATI BINTI YUNFISAR)
Setiausaha
Panitia Bahasa Melayu
SK Sungai Kelamah
73400 Gemas
Negeri Sembilan. .

You might also like