You are on page 1of 9

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk
mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai
pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas
mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja,
mengurus murid- murid supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti
kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Bagi mencapai peranan sebagai pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim persekitaran bilik
darjah yang kondusif bagi mencapai pengajaran dan pembelajaran yang optiumum. Oleh itu
terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti dapat membantu mencapai persekitaran
pembelajaran kondusif tersebut. Antaranya ialah keadaan fizikal

1. 5.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Untuk melaksanakan peranan
pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-
faktor yang boleh membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah
susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam
bilik darjah. 5.2.1 Faktor fizikal  Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah
adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran.
Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan,
pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik
darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan
yang sesuai akan memudahkan interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan
murid.  Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar
dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-
murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu
yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta

2. 3. 93  keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. 5.2.2 Faktor psikososial Psikososial
merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 
Suasana selesa dan mesra.  Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal  Perasaan diterima
 Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.  Suasana yang merangsang pembelajaran 
Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.  Menggalakkan
pembelajaran koperatif.  Peluang yang sama untuk semua pelajar. Faktor yang memberikan
kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya
kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik
darjah. (a) Pendekatan pengajaran Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira
keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
Antara keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif
pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan
antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka, menikmati
kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
(b) Gaya Kepimpinan guru Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada
suasana pembelajaran pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran
dan hukuman dan menekan murid yang membuat kesilapan. Ingatkah anda, guru yang
sentiasa memarahi anda, setiap kali anda membuat kesilapan seperti tidak boleh
menyelesaikan masalah matematik yang mudah? Guru jenis ini mewujudkan

3. 4. 94 suasana pembelajaran yang tertekan dan mewujudkan suasana kelas yang tidak
kondusif. Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah bersifat
demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya. Terdapat
saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Pernahkah anda mempunyai guru
sedemikian semasa anda bersekolah? Saya rasa anda mungkin suka pada guru jenis ini
kerana dia selalu memberi galakan dan tidak memberi desakan. Guru anda ini baik,
mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas. Dengan berkongsi tanggungjawab, guru
anda menolong anda membina penghargaan kendiri anda. Anda berkeyakinan untuk cuba
menyelesaikan soalan atau masalah yang anda tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan
bahawa produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan kepimpinan
demokratik. Pendekatan gaya kepimpinan yang seterusnya adalah bersifat laissez-faire. Guru
akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Murid-murid diberi
kebebasan untuk membuat kerja mereka masing-masing. Kepimpinan jenis ini menyebabkan
kelas menjadi kucar kacir. Guru bersifat laissez-faire menyebabkan bilik darjah yang tidak
terancang, murid-murid yang ingin belajar berasa kecewa. (c) Komunikasi dan corak interaksi
Komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Kemahiran
berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati
interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan
disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan odjektif pengajarannya
dengan jelas. Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran
menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar
maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai.
Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru harus memandang
ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila
menegur murid, teguran harus berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid.
Misalnya, apabila guru hendak menegur murid yang bercakap semasa guru sedang
mengajar,dia boleh berkata ‘Perbualan kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid’ dan
bukan ‘Hamid, kamu ini bising sangat’. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas
dan spesifik. Misalnya,

4. 5. 95 apabila Hamid bercakap semasa cikgu sedang mengajar, dia mengalihkan perhatian
cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata, ‘Kamu ni kurang ajar’,
kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang sebenarnya dan bersifat
menghina. Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik untuk
tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang murid bertambah
baik, guru boleh berkata ‘Usaha kamu telah membawa kepada kejayaan ini,tahniah!’
dibanding dengan ‘Tahniah kamu dapat markah tinggi!’. Kemahiran menerima maklumat
atau kemahiran mendengar penting dalam menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang
murid akan berasa dirinya dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian
kepada pandangannya. Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan
oleh murid dan memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-
mata supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang
perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid. Maka guru mesti sabar dan
memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab ‘Aha’ atau
‘Oh’, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, ‘Maksud kamu..’ atau
‘Jadi kamu sebenarnya..’. Apabila guru memberikan respon, murid akan terdorong untuk
meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat dengan perkara yang hendak
dikatakannya. Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid.
Pada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam
kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, kadang kala sesetengah murid
akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam kelas. Ada murid yang bersikap
introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh rakan. Manakala murid yang ekstrovert
yang ingin didampingi oleh ramai murid di dalam kelas. Guru dapat mengetahui tahap
interaksi sosial melalui pemerhatian dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan
tahap sosial murid membantu guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama.
Rumusannya, guru tidak harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala.
Komunikasi yang diamalkan oleh guru ialah komunikasi yang terbuka dan bersifat dua hala.
Dengan cara komunikasi begini, anda akan menggalakkan murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. 6. 96 Berhenti dan buat refleksi. Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang
manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda
dalam mengurus bilik darjah yang berkesan? 5.3 Rutin bilik darjah 5.3.1 Konsep Rutin Rutin
bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga adalah satu
prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin
pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah
yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan
semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid. Tambahan
pula, ia menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid, dan memupuk sikap yang baik dalam
diri murid seperti bersifat koperatif dan bertanggungjawab. Guru perlu menerangkan
kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun. Semua murid perlu faham dan
jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah supaya mereka boleh menjalankan
tanggungjaawab mereka secara ikhlas dan sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah
mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja serta
menyiapkan jadual bertugas. 5.3.2 Jenis-jenis Rutin (a) Rutin Kelas (bukan akademik)
Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat
beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan
kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan
memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif.

6. 7. 97 Contoh rutin bilik darjah: mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai,
menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan
jadual bertugas murid. (b) Rutin Pentadbiran Guru juga memainkan peranan sebagai seorang
pentadbir. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara
berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan
tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi
manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin.
Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti yuran
peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan
murid. (c) Rutin Pergerakan Murid Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti
atau bilik darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk
beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains
Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke
makmal atau mengikuti aktiviti luar. Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari i.
aktiviti dalam ke aktiviti luar, ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan, iii. kelas ke makmal
komputer. (d) Rutin Pengurusan Tugasan Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru
terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti.
Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan,
apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran
mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.

7. 8. 98 (e) Rutin Pembelajaran Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu
menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana
perlu. Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan
sumber dan buku. (f) Rutin Interaksi Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan
guru-murid adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara
yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan
dan aktiviti bilik darjah yang lain. Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan
kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek. 5.4
Disiplin Bilik Darjah 5.4.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah Konsep disiplin mempunyai berbagai-
bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari
luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang
sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Latihan 1. Apakah faedah-
faedah rutin bilik darjah? 2. Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin yang telah anda bina
dalam bilik darjah anda, bincangkan keberkesanannya.

8. 9. 99 Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa


maksud seperti :  Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-
undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. 
Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.  Kesanggupan
seseorang menghormati hak individu lain.  Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah
laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.  Kesanggupan hormat-
menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. 
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina. 
Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat. Di peringkat sekolah, disiplin merupakan
peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal
tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah
merupakan peraturan- peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka
berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran
dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik
darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara
sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. 5.4.2 Jenis-jenis Disiplin Mengikut
Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin
arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri. (a)
Disiplin Arahan Guru Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid
merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik
akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar
dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan
bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid- murid dalam bilik darjah. Kerja
guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya
mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid yang melanggar disiplin merupakan
jenis disiplin arahan guru.

9. 10. 100 Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang
mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan- peraturan
yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin kewujudan
disiplin yang baik di dalam bilik darjah. Oleh sebab guru mempunyai kuasa mendenda murid
yang melanggar peraturan, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Kedua-dua ciri
disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru
dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru,
murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat
murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang
difikirkan sesuai. (b) Disiplin Arahan Kerja Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu
tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab
serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan
mengikut jadual. Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin
jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan
sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi
arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin
jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Secara
amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah
menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai
dengan umur dan keupayaan murid itu. (c) Disiplin Arahan Kumpulan Disiplin arahan
kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam
pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan
kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid
dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses

10. 11. 101 penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan
kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu
akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam
dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam
pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk
mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan
yang sesuai harus diberikan kepada ketua- ketua kumpulan mereka supaya norma dan
kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa
sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek.
Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya diserahkan lepada ketua
kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan
aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan
dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka. (d) Disiplin
Arahan Diri Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.
Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-
peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin arahan diri
diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. Disiplin arahan
diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid- murid telah mencapai
tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. Walau bagaimanapun, nilai disiplin
jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan
kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid,
menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, hormat- menghormati hak orang lain,
timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam aktiviti pengajaran pembelajaran serta aktiviti
kokurikulum.

11. 12. 102 Antara empat jenis disiplin yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan jenis
disiplin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid- murid
mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah, masalah disiplin di
sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum 5.4.4 Punca Masalah Disiplin Di
Dalam Bilik Darjah Antara punca masalah disiplin termasuk:  kebosanan, guru telah gagal
menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar 
pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang
jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah
terlalu lama  pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi
dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran  keliru dengan
ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang
diinginkan daripada pelajar.  Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak
diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah  Harga kendiri
akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri. Berhenti dan buat refleksi.
Berdasarkan pengalaman anda, huraikan punca-punca lain, masalah tingkah laku yang tidak
disebutkan di atas. Bagaimanakah anda mengatasinya? 5.4.6 Jenis-jenis Masalah Disiplin
Kategori Masalah Disiplin Jenis-jenis Masalah Disiplin Jenayah Merosakkan harta benda
sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, Memeras ugut,menyertai kongsi gelap,
menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.
Kelakuan negatif Berambut panjang, memakai sepatu dan stoking berwarna, baju T, berkuku
panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati
guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli murid yang lemah, tidak
membawa buku, tidak membuat tugasan,

12. 13. 103 menentang arahan guru Membolos Ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti
kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke
perhimpunan, berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah Menipu Meniru dalam ujian atau
peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa,
menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan
menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap
bohong, berpura-pura sakit. 5.4.7 Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik
Darjah Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu amaran
konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku. (a) Amaran Konstruktif Apa yang anda
faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran ini digunakan apabila
tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan
cara bagaimana ia disampaikan. Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.  Dapatkan
perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran  Jelaskan tingkah laku yang
diingini secara eksplisit  Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi
kerjasama  Amaran perlu ringkas  Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada
pelajar yang memberi kerjasama  Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia
menunjukkan perubahan tingkah laku  Beri pelajar hanya satu amaran sahaja Amat penting
untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada masalah tingkah laku dan
bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran digunakan, anda harus memupuk
nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan yang positif untuk mencapai kesan yang
diingini. Mampukah anda berbuat demikian?

13. 14. 104 (b) Hukuman Sudah pasti anda biasa mendengar istilah ‘hukuman’. Berapa kerap
anda menggunakan hukuman dalam bilik darjah anda? Tahukah anda bahawa respon yang
seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman? Mengejutkan
tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran
lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti
menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari
jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya.
Anda perlu sedar bahawa hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada
pelajar. Cuba beri contoh-contoh kesan negatif. Hukuman mungkin menghalang
pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara mempelbagaikan tingkah
laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan perubahan pada tingkah laku. (Emmer &
Aussiker, 1987). (c) Pencegahan Salah Laku Adakah anda menyedari bahawa salah satu
daripada faktor yang penting dalam pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah
salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius. Mari kita
pertimbangkan beberapa langkah bagi mencegah salah laku pelajar seperti berikut. 
Memahami Dinamika Bilik Darjah Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya
dapat difahami dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah
tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan
perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu anda
mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan
sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini. Setujukah anda? Adalah penting
untuk anda mengetahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung
tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika
bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk menangani
masalah pelajar. Apakah pandangan anda?

14. 15. 105  Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah ‘Di tengah-
tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan
pendidikan oleh sekolah’ (Maurice Balson:1992) Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik
darjah timbul adalah berpunca daripada pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang
tidak berkesan. Strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang tidak berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada
tingkah laku bermasalah. Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian
dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan
mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.  Susun Atur
Tempat Duduk Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat
duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan anda
memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat kontak mata
dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau
pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan anda?  Prihatin terhadap pelajar Adalah
penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk
memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau
memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka
akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan
terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa
sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding dengan memanggil nama pelajar.

15. 16. 106  Mengurus disiplin. Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan
implimentasi pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku
mengganggu murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu
himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah: i. Urus rutin bilik
darjah dengan berkesan ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti
kolaboratif dalam dan luar bilik darjah iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh
memberi sokongan dan pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku. v. Wujudkan perhatian dan
motivasi dalam bilik darjah vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran vii. Amalkan
pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
cekap dan berkesan. 5.4.8 Mempraktik strategi Disiplin yang sesuai Ramai guru mendapati
isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai untuk mengurus tingkah laku bermasalah
mengambil masa yang lama dan adakalanyamengecewakan. Mari kita lihat beberapa
kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan cepat:  Mesra,
peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid.  Uruskan tingkah laku spesifik yang
terkini.  Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.  Buat
perancangan untuk perubahan tingkah laku.  Dapatkan komitmen murid untuk
menjalankan rancangan tersebut.  Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan
perancangan tersebut.  Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan
terima alasan- alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan. Latihan 1. Pada
pendapat anda, apakah penyebab masalah disiplin dalam bilik darjah yang paling ketara?
Berikan alasan anda. 2. Nyatakan manfaat amalan rutin bilik darjah. Bentangkan jawapan
anda dalam bentuk peta minda. 3. Bincangkan faktor-faktor penyebab salah laku murid
dalam bilik

16. 17. 107 darjah anda. Cadangkan cara untuk mengatasi setiap faktor yang anda berikan.
Rujukan Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Bahagian
Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn
Bacon. Emmer, E. T., and Aussiker, A. (1989).School and classroom discipline programs: How
Well Do They Work?" In Oliver C. Moles(ed). Strategies to Reduce Student Misbehavior.
Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement. Gredler, M.E. (2001).
Learning and instruction. Theory into practice. (4th Ed.) New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

You might also like