You are on page 1of 2

Setiap orang mempunyai seorang idola di dalam

kehidupan mereka.Saya juga tidak terkecuali.Idola yang


telah memberi semangat untuk saya supaya sentiasa
bangun apabila jatuh ialah Datuk Lee Chong
Wei,seorang pemain badminton yang handal.

Beliau adalah seseorang yang telah banyak berjasa


pada negara kita.Disebalik kejayaan yang
membangganya itu,terdapat banyak kesusahan yang
telah dihadapinya untuk mencapai kejayaan ini.

Walaupun Datuk Lee Chong handal bermain


badminton, dia ialah seorang yang lemah dalam
pelajaran.Namun,dia tidak berputus asa dengan
hidupnya dan mencari sesuatu bidang yang dia mahir.

Beliau bermula bermain badminton pada usia sebelas


tahun, apabila bapanya membawanya ke gelanggang
badminton.Beliau telah menarik perhatian seorang
jurulatih iaitu Misbun Sidek dan telah diatih olehnya.
Beliau Berjaya memasuki pasukan negara pada usia
tujuh belas tahun.

Sifat tidak mudah putus asa Datuk Lee Chong Wei amat
saya kagumi.Beliau tidak pernah berputus asa sehigga
menjadi jaguh dunia.

Saya akan menjadikan beliau sebagai idola hidup saya


supaya menjadi seorang yang berjaya seperti beliau.

You might also like