Fatwa Waqaf Tunai

You might also like

You are on page 1of 1

Fatwa Waqaf Tunai

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 yang
bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam
bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam
Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadith, telah memfatwakan bahawa berwakaf
dalam bentuk dinar dan dirham adalah diharuskan bagi tujuan berdakwah, kebajikan ummah dan
pendidikan umat islam.

Tujuan waqaf tunai

1. Memudahkan orang berwakaf (dalam bentuk tunai)


2. Menggalakkan orang ramai untuk berwakaf dan memperoleh ganjaran pahala yang
berkekalan.
3. Memartabatkan agama Islam menerusi pendidikan bermula di surau serta aktiviti
berteraskan Islam untuk mencapai dakwah yang berkesan.
4. Melahirkan ummah yang sihat mental, spiritual, jasmani dan intelek melalui prasarana yang
disediakan menerusi dana wakaf.
5. Menunjukkan kesatuan ummah.

Dalil Syariat Berwakaf

Allah SWT telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda
untuk mendampingkan diri kepada-Nya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa
yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Al-Baqarah: 261)

You might also like