You are on page 1of 11

Sejarah Kertas 3 SPM : Contoh Soalan Dan Skema Markah

Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua (Tingkatan 5 Bab 2)

Soalan : Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat


nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.Pada pendapat anda mengapakah
semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara?

Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Format Aspek Perincian Markah Penuh


Pengenalan Memahami latar 1 Pengenalan 5 markah
belakang gerakan
Jelaskan latar
nasionalisme di Tanah
belakang
Melayu sehimgga Perang
nasionalisme di
Dunia Kedua
Tanah Melayu
sehingga Perang
Dunia Kedua.
Isi dan Huraian Memahami sebab-sebab 2 Sebab-sebab 30 markah
penentangan pemimpin penentangan
tempatan terhadap
Bincangkan sebab-
British
sebab penentangan
masyarakat terhadap
British di tanah
Melayu.

Menganalisis peristiwa
3 Peristiwa
penentangan pemimpin
penentangan 15 markah
tempatan
pemimpin tempatan
Terangkan peristiwa
penentangan
pemimpin tempatan
terhadap British di
(a) Naning
(b) Kelantan

4 Semangat
Mengaplikasi
patriotisme mampu
kepentingan semangat
mengekalkan 15 markah
patriotisme dalam
kedaulatan negara
mengekalkan kedaulatan
negara. Bagaimanakah
generasi muda hari
ini dapat menjadi
warganegara
Malaysia yang
mampu mengekalkan
kedaulatan negara?

Menilai kejayaan 5 Kemakmuran


Malaysia dalam pelbagai negara hasil daripada
aspek. semangat perpaduan
dalam kalangan
10 markah
masyarakat
Pada pendapat
anda,apakah
kejayaan yang dicapai
oleh Malaysia hasil
daripada semangat
perpaduan dalam
kalangan masyarakat
pelbagai kaum.

6 Cabaran dan
langkah mengekalkan
keamanan dan
kemakmuran negara.
Mencipta/menjana idea
dalam usaha (a) Jelaskan cabaran
mengekalkan keamanan yang dihadapi oleh
dan kemakmuran negara untuk
Malaysia. mengekalkan
10 markah
keamanan dan
kemakmuran
negara[5 markah]
(b) Nyatakan
langkah-langkah
untuk mengatasi
cabaran di atas.[5
markah]

7 Nilai-nilai murni
/iktibar/patriotisme
daripada usaha
mengekalkan
kedaulatan negara
Nyatakan nilai-nilai
Menghayati nilai-nilai murni yang perlu ada
murni/iktibar/patriotisme pada setiap
dalam usaha warganegara
mengekalkan kedaulatan Malaysia dalam
negara. usaha mengekalkan
kedulatan negara.

10 markah
Kesimpulan Merumus secara 8 Rumusan 5 markah
keseluruhan isi yang telah
· Pengetahuan
dibincangkan
yang diperoleh
· Iktibar kepada
diri,bangsa dan
negara
· Harapan untuk
masa depan Malaysia
yang lebih
cemerlang,gemilang
dan terbilang.

Cadangan Skema Pemarkahan Kertas 3 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia


Kedua

1. Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang


Dunia Kedua.
…Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
…Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
…Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19.
…Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
…Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
…Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan
mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
…Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat
Salleh.
[7x1m] [Maksimum:5 markah]

2. Sebab-sebab penentangan
Dasar penaklukan British
…Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar
penaklukan Britishdi daerah mereka.
…Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
…Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya.
…Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturannya.
…Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa
menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
…Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.

Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan


…Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingannya.
…Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan
pemimpin tempatan.
…Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah.
…Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
…British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah
untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
…Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah
yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah
dikenakan cukai.
…Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
…iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.

Campurtangan British dalam adat resam tempatan


…Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan
tempatan.
…British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan
dengan budaya tempatan .
…Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu
amalan menggunakan orang suruhan.
…Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh


…Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan
anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
…Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun
masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
….Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal
daerahnya.
…Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
…Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan
kehilangan kuasa.
…Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang
mendorong mereka menentang British.

Kesulitan penduduk tempatan


…Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
…yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan
pemimpin tempatan.
…Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
[29x1m] [Maksimum:30 markah]

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


a) Naning
· Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan
penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.
· Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British
meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.
· Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada
Melaka sebagai ufti.
· Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.
· Dol Said menentang pasukan british.
· Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada
Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/Dato’Kelana Sungai Ujong/Penghulu
Gemencheh.
· Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di
bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.
· Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.
· Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
· Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.
· Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.
b (b) Kelantan
· Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.
· Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910
apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.
· British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalkan.
· Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar
cukai.
· Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah
mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.
· Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che
Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.
· Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari
· Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut
sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.
· Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan
tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
· Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.
· Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya
melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
· Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh
pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke
atas.
· Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani
menentang British.
[23x1 m] [Maksimum:15 markah]

4. Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang
mampu mengekalkan kedaulatan negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
…Sanggup berkorban untuk bangsa
…Mempunyai sifat kerjasama.
…Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
…Menguasai pelbagai kemahiran.
…Mengekalkan perpaduan kaum.
…Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
…Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
…Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
…Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
…Menjaga keamanan negara.
…Patuh pada ajaran agama.
…Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m] [Maksimum:15 markah]

5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum
…Membina Menara Berkembar Petronas
…Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
…Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
…Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
…program Angkasawan Negara.
…Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
…Pelaksanaan K-ekonomi.
…Sistem perbankan elektronik
…Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
…Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
…Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
…Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m] [Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan
kemakmuran negara .
…Mengukuhkan perpaduan kaum
…Pelbagai bahasa
…Pelbagai budaya
…Pelbagai kepercayaan/agama
…Pelbagai fahaman politik
…Pendudukan yang berbeza
…Polarisasi kaum
…Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
…Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
…Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
…Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m] [Maksimum:5 markah]

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah


…Menjayakan konsep 1 Malaysia.
…Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
…Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
…Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
…Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
…Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
…Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
…Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
…Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7. Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan
negara.
…Cinta akan negara.
…Kerjasama antara pelbagai kaum.
…Bertolak ansur.
…Kebijaksanaan pemerintah.
…Keadilan.
…Berani mempertahankan negara.
…Berakhlak mulia.
…Menghormati hak asasi manusia.
…Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
…Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m] [Maksimum:10 markah]

8. Rumusan
…Pengetahuan yang diperoleh
…Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
…Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sumber

You might also like