You are on page 1of 3

Catatan Perjalanan Riza Atiq

16. Aksaray, Turki


Aksaray adalah sebuah bandar penting semenjak zaman Rom lagi kerana kedudukannya yang strategic
di laluan Sutra. Ia juga merupakan penempatan yang selamat bagi orang-orang yang awal menerima
ajaran Nabi Isa. Ia telah jatuh ke tangan orang Turki Saljuk pada tahun 1070 dan kepada Kerajaan
Usmaniah pada tahun 1470. Kedudukan bandar ini ditunjukkan dalam peta di bawah.

Betapa pentingnya kedudukan Aksaray di laluan Sutra, dapat dilihat daripada usaha kerajaan pada masa
itu, Kerajaan Turki Saljuk yang telah membina tiga caravanserai di sekitar bandar ini. Caravanserai ialah
tempat persinggahan kafilah perniagaan. Yang paling besar dan indah ialah Caravanserai Sultan Hani
yang dibina pada tahun 1229 dengan mengambil khidmat arkitek Mohammad bin Mawlan al-Dimaski.

Semasa zaman kerajaan Usmaniah, banyak lagi caravanserai dibina di sepanjang laluan Sutra bagi
memudahkan kafilah perniagaan. Kafilah perniagaan ini diberikan tempat tinggal percuma selama 3
hari. Walaupun diberikan tempat tinggal percuma, bangunan caravanserai adalah indah dan megah.
Pada masa ini caravanserai tidak digunakan lagi melainkan untuk tarikan pelancung.

Hari ini Aksaray juga terkenal dengan kemudahan kilang dan Pusat Penyelidikan Mercedes untuk
kenderaan berat. Kilang ini kini mengeksport lori ke seluruh Eropah dan Asia. Bahkan kemudahan ini
mengeksport hasil penyelidikan dan pembangunan (R & D) ke seluruh dunia.

1
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Bergambar di depan pintu masuk Caravanserai Sultan Hani

2
Catatan Perjalanan Riza Atiq

Bahagian dalam Caravanserai Sultan Hani

You might also like