You are on page 1of 1

4.

0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam
aktiviti memanaskan badan dengan menggunakan rangsangan muzik.

4.2 Objektif Khusus

Mengetahui keberkesanan penggunaan rangsangan muzik bagi meningkatkan


penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti memanaskan badan.

4.3 Persoalan Kajian

Kajian tindakan ini adalah berarah kepada persoalan kajian di bawah.


Persoalan kajian ini adalah penting untuk menjawab persoalan mengapa
kajian ini dilaksanakan. Persoalan kajian adalah seperti yang berikut :

Adakah penggunaan rangsangan muzik dapat meningkatkan penglibatan


murid secara aktif semasa menjalankan aktiviti memanaskan badan?

5.0 PESERTA KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memilih kesemua murid dari kelas
2 Maju sebagai peserta kajian. Murid-murid kelas 2 Maju seramai 36 orang yang terdiri
daripada 13 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Dari segi tahap akademik, murid-murid
kelas 2 Maju boleh dikatakan dalam kategori sederhana kerana mengikut giliran kelas, 2
Maju merupakan kelas ketiga daripada lima kelas yang ada. Selain itu, dari segi taraf
sosioekomi, rata-rata murid dalam kelas 2 Maju dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.

11

You might also like