You are on page 1of 2

SK SRI DHANDAYUTHAPANI

JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 KUALA LUMPUR


NO. TEL: 03-40415434 NO. FAKS: 03-40425434
EMEL: sksridhandayuthapanikl@gmail.com

MINIT MESYUARAT VLE – Frog BIL 1/2015

Tarikh : 2 Julai 2015

Masa : 1.35 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Sri Dhandayuthapani

Pengerusi : Pn. Che Siti Wan Kemala Bt. Wan Ismail

Kehadiran : Sila rujukan lampiran kehadiran

Turut Hadir : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat VLE – Frog kali
pertama bagi tahun 2015. Beliau mengharapkan semua ahli jawatan kuasa VLE-
Frog dapat memberi komitmen maksimum dalam menjayakan segala aktiviti yang
dianjurkan. Beliau juga mengharapkan semua guru dapat meningkatkan
pengetahuan dalam penggunaan VLE-Frog ini khususnya di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran kerana pihak JPN telah menghantar surat agar sekolah menyelaraskan
penggunaan VLE-Frog ini di peringkat sekolah.

Tindakan: Makluman
2 DASAR KERAJAAN
Sasaran KPI Kementerian Pendidikan Malaysia mahukan penggunaan VLE-Frog ini
mencapai 1 juta murid pada hujung 2015. Sehubungan itu, sekolah SK Sri
dhandayuthapani perlu sama-sama memberi sokongan dan menggalakkan murid
menggunakan medium ini di dalam proses Pembelajaran mereka.

Tindakan: Makluman

3 PEMANTAUAN BERKALA
3.1 pentadbir sekolah akan memantau penggunaan VLE-Frog ini oleh guru-guru dari
semasa ke semasa. Justeru itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu
penggunaan medium pengajaran ini.

3.2 guru perlu menggunakan VLE-Frog ini sekurang-kurangnya 1 minggu sekali.

Tindakan: guru dan pentadbir

4 AKTIVITI TAHUNAN
4.1. semasa aktiviti kokurikulum, sedikit masa akan diambil bagi mengajar murid-
murid menggunakan VLE-Frog ini bagi membudayakan penggunaan teknologi
maklumat dalam kehidupan seharian mereka.

Tindakan: semua guru


5 HAL-HAL LAIN
5.1. satu LADAP mengenai pelaksanaan dan pengunaan VLE-Frog akan dianjurkan
pada hari Isnin 6 Julai 2015 pada pukul 1.30 petang di bilik Gerakan SKSD.

Tindakan: semua guru

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

(MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD ASHHAR) (MARIZA BINTI KARAMAZAMAN)


Setiausaha VLE-Frog, Ketua VLE-Frog,
SK Sri Dhandayuthapani, SK Sri Dhandayuthapani,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

You might also like