You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA PAPAN,21010 SETIU TERENGGANU

KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI KOKURIKULUM
2015

TAJUK:
BEKAS FIRST AID KOMPAK

DIHASILKAN OLEH:
KELAB DOKTOR MUDA
SK TELAGA PAPAN 2015

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI KOKURIKULUM

1
KELAB DOKTOR MUDA

SK TELAGA PAPAN

TAJUK : BEKAS FIRST AID KOMPAK

PENGENALAN

Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan Telaga Papan bertajuk “Bekas First
Aid Kompak”. Bekas First Aid Kompak ini adalah hasil inovasi dalam rekabentuk kotak first aid yang
biasa. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan ahli kelab Doktor Muda bersama-
sama dengan guru penasihat dan kumpulan guru inovasi sekolah.
Kotak first aid yang biasa digunakan adalah berbentuk segi empat dengan ruang simpanan yang
terhad. Dengan menggunakan inovasi ini,rupa bentuk kotak first aid ini adalah lebih kompak untuk
menjimatkan ruang penyimpanan,label yang mudah dibaca dan mempunyai ruang simpan yang
mencukupi.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;


1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar

RASIONAL

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam dan di luar
kelas. Murid-murid dapat didedahkan dengan kemahiran yang perlu ada bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Dengan ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari semasa
pembelajaran dalam bilik darjah untuk digunakan semasa akitiviti kelab doktor muda.

2
PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :
1. Kotak first aid yang lama memerlukan ruang yang agak besar.
2. Terlepas pandang bahan dan alatan yang sepatutnya ada dalam kotak first aid disebabkan kotak
yang tidak lutsinar dan tiada label.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop projek bekas first aid kompak ini ialah untuk kegunaan ahli kelab doktor muda,dan untuk kegunaan
guru rawatan ataupun guru bertugas mingguan sebagai persediaan rawatan awal semasa sesuatu program
sekolah diadakan.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek bekas first aid kompak ini iaitu semasa
penyediaan ruang simpanan bahagian di dalam bekas first aid ini kerana kami perlukan ukuran saiz tepat
supaya alatan dan bahan rawatan boleh disimpan dengan sempurna.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Membuka ruang kepada murid untuk mengembangkan idea bagi menyelesaikan masalah yang
bersangkut paut dengan kelab
2. Menyelesaikan masalah yang dihadapi berkenaan dengan penyimpanan bahan dan alatan rawatan
awal dengan sempurna
3. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran RBT
dan KH

ANGGARAN KOS PROJEK

BARANG HARGA
Prospek lutsinar RM150
Engsel RM100
Prospek Cutter RM40
Gam RM10
Alatan RM100
Jumlah RM400
TINJAUAN DAN KAJIAN

Kajian daripada ketua projek, Muhammad Afif Farhan b Sanusi mendapati penggunaan kotak rawatan
awal dalam bentuk kotak sudah lama digunakan tanpa ada sebarang perubahan. Rekabentuk kotak ini

3
adalah sama iaitu berbentuk kotak samada besar atau kecil,berwarna putih,tidak lut sinar dan mempunyai
perkataan FIRST AID sebagai label kotak rawatan awal ini. Kumpulan kami bersetuju untuk membuat
inovasi kepada rekabentuk kotak first aid ini supaya lebih kompak dan ada label alatan dan bahan.
Projek ini dimulakan dengan membuat langkaran rekabentuk bekas first aid. Hasil daripada langkaran
tersebut,kami memilih untuk mengambil rekabentuk segi enam sama. Ini kerana bentuk ini membolehkan
kami mereka bekas first aid yang mempunyai ruang simpanan bertingkat dan memudahkan untuk melabel
alatan dan bahan yang sepatutnya ada dalam kotak rawatan awal.
Saiz alatan dan bahan yang sepatutnya ada dalam kotak first aid diukur supaya bekas first aid kompak
yang kami hasilkan mempunyai ruang yang mencukupi dan bersaiz betul dengan saiz alatan. Selepas
ukuran diambil,saiz bekas first aid kompak kami ditentukan,kami dapat membuat anggaran saiz prospek
yang kami perlukan dan saiz engsel yang kami boleh guna dalam projek ini. Perlaksanaan fizikal
dimulakan dengan membuat ukuran pada prospek,memotong prospek,mencantum prospek bagi
mendapatkan bentuk segi enam sama dan menguji bekas first aid kompak yang kami hasilkan.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang dan buku rekacipta.

PERANCANGAN PROJEK

Proses perlaksanaan projek:

1. Januari : Mesyuarat Agung Kelab Rukun Negara= Program Inovasi akan dimasukkan dalam
agenda mesyuarat
2. Mac : Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi
3. April : Memulakan penghasilan produk
4. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

Carta alir perancangan projek:

Mula
4
Penubuhan Kumpulan

Pemilihan Projek

Cadangan/Penyelidikan

Penambahbaikan Ujikaji
Tidak
berjaya
Berjaya

Pelaksanaan

Penilaian

Penyeragaman

Tamat

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek inovasi “Bekas First Aid Kompak” ini memerlukan kerjasama
berpasukan dalam kalangan murid. Murid-murid dapat berbincang dan mengemukakan idea-idea yang
kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat memantapkan lagi
pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini dapat

5
mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu
memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.
Diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi
melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari
semasa pembelajaran dalam bilik darjah. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada
murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

You might also like