You are on page 1of 9

990311-13-6171

1.0 ABSTRAK

KESAN PELANCONGAN TERHADAP SOSIAL BUDAYA SETEMPAT DI GUA PARI-


PARI, BAU, SARAWAK.

Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini saya telah memilih tema 2 iaitu pelancongan. Tajuk
kajian saya ialah kesan pelancongan terhadap sosial budaya masyarakat. Kajian ini bertujuan
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Gua Pari-Pari, Krokong Bau, Sarawak menjadi
yang menjadi tarikan pelancongan. Mengkaji impak pelancongan di Gua Pari-Pari, Krokong Bau,
Sarawak terhadap sosial budaya masyarakat rakyat setempat di Gua Pari-Pari di Bau Krokong,
Sarawak. Gua Pari-Pari terletak di kawasan Krokong Bau, yang terletak di Bau yang terletak kira-
kira 54 kilometer dari Pusat Bandaraya Kuching. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
pemerhatian, soal selidik dan rujukan. Dapatan utama kajian ini ialah melalui soal selidik iaitu
dengan mengedarkan borang selidik secara rawak kepada orang responden. Hasil kajian mendapati
pelancongan di Krokong Bau hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Sektor pelancongan merupakan
salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita.
990311-13-6171

Pengenalan

Pelancongan ialah pergerakan sementara manusia ke destinasi-destinasi selain daripada tempat kerja
dan tempat tinggal mereka yang biasa. Kini, pelancongan menjadi suatu aktiviti yang menarik dan
banyak negara yang mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pelancongan sebagai suatu
industri. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini dan telah beberapa kali mengadakan promosi
Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia.

Tajuk yang dikaji ialah kesan pelancongan terhadap sosial budaya masyarakat setempat di Gua Pari-
Pari yang menjadi tarikan pelancongan di kawasan Bau. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal
pasti sebagai Gua Pari-Pari adalah mendatangkan manfaat dan menawarkan aktiviti yang menarik
kepada pelancong.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Pelancongan didefinisikan sebagai perjalanan untuk
bersenang-senang atau melihat-lihat. Wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara
mendalam mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan pelancongan
sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang
luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri
pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara
bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari’. Sosiobudaya
merupakan hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain).

Kesimpulannya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketelitian dari pihak penjaga Gua
Pari-Pari dan penduduk Kampung Krokong. Tujuan soal selidik diberikan kepada penduduk
tempatan dan penjaga Gua Pari-Pari adalah untuk mengetahui kebaikan pelancongan terhadap sektor
ekonomi Malaysia.
990311-13-6171

Tajuk: Kesan pelancongan terhadap sosial budaya masyarakat setempat di Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak.
Objektif :
1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak menjadi yang
menjadi tarikan pelancongan
2. Mengkaji impak pelancongan di Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak terhadap sosial budaya masyarakat
rakyat setempat di Gua Pari-Pari di Bau, Sarawak.
990311-13-6171
3.0 Lokasi Kajian
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah
berfokus di kawasan Krokong Bau yang terletak di Bau.

Peta 1: Peta Negeri Sarawak

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak bebas
dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Negeri ini
merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 km2 dan terletak di Pulau
Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya dan Sungai Rajang yang merupakan sungai
yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah
yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia pada 16
September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat Sarawak.
Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia
Timur.
990311-13-6171

Peta 2: Peta Kuching, Sarawak

SUMBER: GOOGLE MAP

Peta di atas menunjukkan peta ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Bandaraya Kuching dibahagi kepada 2 kawasan:
Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - Pensuruhjaya Kuching Utara dan Datuk Bandar untuk
Kuching Selatan.

Bandaraya Kuching Selatan merangkumi sebahagian besar kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal
Council (KMC). Oleh sebab ianya masih di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan, bidang kuasa serta fungsi
di bawah Ordinan KMC masih dikekalkan dengan sedikit perubahan.

Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Kuching Rural District Council
(KRDC) dahulu. Ia juga termasuk kawasan KMC. Oleh kerana ianya bulan Kerajaan Tempatan, Bandaraya
Kuching Utara adalah di bawah kawal selia Suruhanjaya yang dibantu oleh Lembaga Penasihat. Suruhanjaya
tersebut merupakan badan korporat bertanggungjawab terus kepada Ketua Menteri. Bidang kuasa dan fungsi
Suruhanjaya adalah termaktub dibawah Ordinan Bandaraya Kuching Utara, yang mana berasaskan model
Bandaraya Kuching Selatan.

Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efisien untuk membolehkan pembangunan seimbang
dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Ini akan memastikan Bandaraya Kuching Selatan tidak akan dibebani
oleh tanggungjawab membangunkan Bandaraya Kuching Utara, yang mana dibawah kawal selia KRDC.
990311-13-6171

Peta 3: Peta Daerah Bau, Sarawak

SUMBER: GOOGLE MAP


Daerah Bandar Bau merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching bagi negeri Sarawak,
Malaysia. Daripada segi ekonomi, bandar Bau terkenal dengan perlombongan emas yang berkualiti di Malaysia.
Jarak antara daerah Bau ialah 47 kilometer dari Pusat Bandaraya Kuching.
990311-13-6171

Peta 4 : Peta Lokasi Kajian

SUMBER: GOOGLE MAP

Peta 4 menunjukkan kawasan kajian ini dijalankan iaitu di kawasan Krokong. Jarak antara kawasan kajian
dengan bandaraya Kuching ialah 54 kilometer . Kawasan kajian ditakbir oleh Majlis Daerah Bau. Masa yang
diambil untuk sampai ke lokasi tersebut dari bandaraya Kuching ialah sejam dengan menggunakan kenderaan
bermotor.
990311-13-6171
4.0 Metodologi
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,2006, perkataan ‘Metodologi’ didefinisikan sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, displin, dan sebagainya. Pelbagai
kaedah kajian dan memanfaatkan teori penyelidikan yang telah dilakukan dengan secara gigih untuk
menghasilkan sebuah kajian yang terbaik.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Penyelidikan deskriptif merujuk kepada sejenis pengajian yang
bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini, penyelidikan dekripitf
dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang menarik dia Gua Pari-Pari di kawasan Krokong, Bau,
Sarawak dan mengkaji impak pelancongan terhadap sosial budaya setempatan di Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak.
990311-13-6171

You might also like