You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN

71800 NILAI
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
2018

UNIT KOKURIKULUM
SK JIJAN
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH KEBANGSAAN
JIJAN TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas
desa ini merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan
yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia juga memberikan peluang
kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku
persekolahan.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 24 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jijan.
Penganjur : Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.
antaranya adalah untuk :

1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai


acara tahunan.

2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas.

3. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Jijan


dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak
untuk menjayakannya.

4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang


dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-
rumah sukan .

5. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tahun 3 sehingga
murid tahun 6 kecuali bagi murid- murid yang mendapat kebenaran pengecualian
daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak
boleh menyertai pertandingan ini daripada Doktor.

2. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah


mestilah memastikan kesihatan peserta rumahmasing-masing semasa sesi latihan
dan semasa kejohanan diadakan.
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG

LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)


1 TAHUN 3
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)

LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)


2 TAHUN 4
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)

LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)


3 TAHUN 5
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)

LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)


4 TAHUN 6
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)

6.0 MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.


Murid-murid yang menamatkan lariannya secara sah dan mendapat nombor
antara nombor 1 hingga 10 akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA

1 10

2 9

3 8

4 7

5 6

6 5

7 4

8 3

9 2

10 1
Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata
yang terbanyak. Piala Pusingan akan di anugerahkan kepada rumah yang
mendapat Johan. Markah bagi setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti
sukan yang lain. Markah yang tertinggi akan dianugerahkan sebagai Juara
Keseluruhan Sukan.

7.0 TREK LARIAN


Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut
trek yangsalah akan dikira batal.

8.0 JURI RAYUAN


Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui
Ketua Guru rumah kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran
pertaruhan sebanyak RM 50.00 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan
sekiranya pihak berkenaan gagal dalam aduannya. Segala Keputusan Pertandingan
akan disahkan muktamad oleh Juri Rayuan.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


1. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.
2. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain
dengan tujuan melengahkan kelajuan lawan mereka
3. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan
4. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta
10.0 ATURCARA PERTANDINGAN:

MASA TENTATIF TINDAKAN

7.00 pagi Pendaftaran kehadiran oleh guru-guru kelas Guru Kelas, Guru
di Tapak Perhimpunan Rumah Sukan.

7.30 pagi Senaman/ warm up/ Stretching En/Pn…..

8.00 pagi Taklimat Kejohanan kepada Pegawai- Pengerusi Teknik,


pegawai Kejohanan oleh Penolong Penolong Pengerusi
Pengerusi Teknik. teknik, Pegawai Check
Point, Pencatat Masa,
Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Hakim Penamat.
Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan

8.10 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,


Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Pegawai Keselamatan
Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check dan Lalulintas
point masing-masing.

8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 2 Pelepas, Peronda Mula,
minit mengikut Kategori; Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
PEREMPUAN Akhir, Pertolongan
cemas
 Perempuan Tahun 3,4,5 dan 6.

LELAKI

 Lelaki Tahun 3,4,5 dan 6.

9.15 pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa, Pencatat
Pemenang.

10.00 pagi Rehat Tahap 1 GuruBertugas Mingguan

10.30 pagi Rehat Tahap 2 GuruBertugas Mingguan

11.00 pagi Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Juruacara Majlis


Hadiah

12.00 pagi Murid masuk ke kelas masing-masing Guru Mata Pelajaran


PENGURUS PASUKAN
1. Menyediakan peserta-peserta rumah masing
2. Menyedia dan menentukan nombor peserta
3. Mengawasi disiplin peserta rumah masing-masing

PERSIAPAN TEMPAT
1. Menyediakan dan mengemaskan semula tempat penamat pertandingan iaitu
lorong penamat, kerusi dan meja pencatat mengikut kelas dan kategori peserta.

SETIAUSAHA DAN PEN.SETIAUSAHA


1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, Kad pemenang dan kad Check
Point.
2. Membuat laporan pertandingan dan menyerahkan kepada PK Kokurikulum
dalam masa seminggu selepas pertandingan

HADIAH
1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap acara.
2. Membuat persiapan dan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

PELEPAS
1. Melepaskan peserta untuk permulaan

REFERI PELEPAS
1. Membawa peserta ke tempat mula mengikut Kelas dan kategori yang telah
ditetapkan pada masa yang ditentukan.
2. Memberi isyarat kepada pelepas untuk memulakan pertandingan

PENGACARA MAJLIS
1. Mengacarakan majlis penyampaian hadiah setelah kejohanan tamat.

KECEMASAN
1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.
2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM
1. Memberikan nombor kedudukan kepada pemenang bagi setiap kategori.

KETUA HAKIM
1. Memberi taklimat kepada hakim dan penjaga masa (Pencatat)
2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi dan menyerahkannya
kepada pengacara majlis untuk penyampaian hadiah.

PENCATAT DAN PENJAGA MASA


1. Mencatat nama dan rumah pemenang mengikut nombor kad keputusan hakim,
2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan oleh hakim
3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan mengikut kelas dan kategori
yang diarahkan untuk mencatat( berada di tempat permulaan untuk mengambil
masa permulaan).
PENGURUS TREK
1. Mempastikan trek selamat digunakan dan semua guru yang bertugas di check
point telah bersedia.
2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.
3. Menentukan dan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.

JURUTUNJUK ARAH
1. Bersedia dengan motosikal dan membawa bendera amaran kepada orang awam
(Bendera Merah)
2. Menjadi penunjuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/ CHECK POINT.


1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan sekurang-kurangnya 10
minit lebih awal sebelum masa kejohanan bermula
2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi mempastikan keselamatan
murid
3. Mengawal dan mempastikan lalulintas di kawasan tersebut selamat untuk laluan
murid.
4.Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari secara yang
membahayakan

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SK JIJAN, NILAI.

Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Seremban


Pengerusi : En. Helmi Bin Abd Hamid
Guru Besar SK Jijan
Timbalan Pengerusi : Pn. Aida Bt Hassan
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohd Fairuz Nizam Bin Sallehuddin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh Jamaliah Bt Azit
Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha Sukan : En. Azhar Bin Punandir
Timbalan Setiausaha : En. Mohd Rusydan Bin Osman
8. JAWATANKUASA KERJA
Bil Nama AJK Tugas / Catatan
1 Persiapan Trek • Mencari trek yang bersesuaian dan selamat
1.En Azhar b Punandir (K) untuk kejohanan.
2.En Rusydan b Osman • Menyediakan pelan trek/laluan Kejohanan
3.En Amran b Abdul Wahab Merentas Desa
5.En Shamsul Kamar • Memasang Check Point di trek.

2 Hadiah dan Cenderamata -Tempah / Beli hadiah ikut acara


1.Pn Shakinah bt Tahir (K) -Hadiah disediakan dan disusun ikut acara
2.Pn Saadatul Jannah -Pengurusan hadiah semasa majlis
penyampaian hadiah

3 Buku Program / Dokumentasi -Penyediaan buku program


1.Pn Wan Sureyani -Penyediaan borang-borang pertandingan /
2.Cik Nadiah Mohammad borang markah.

4 Jamuan
1.Pn Norizan bt Adam (K) -Tempahan makanan/air untuk peserta
2.Pn Noor Ziah bt Sheikh Omar -Agihan kepada rumah-rumah sukan
3.Pn.Umyati Samtifa bt Mohamad

5 Penyelaras Check Point Menyelia, membawa dan menyerahkan


1.En. Azhar b Punandir kupon check point kepada peserta
2.Pn Rodziah bt Zainal
3.Pn Hanesabirin bt Yusoff Mencatat nombor larian setiap peserta
4.Cik Nadiah Muhammad
5.Pn Wan Ilyani Yusrina Membawa pulang penanda check point
6.En Amran b Abd Wahab masing-masing setelah tamat acara.
7.En Asmawi Ab Latib
Memastikan setiap check point ada Pegawai
Check Point yang bertugas sebelum
kejohanan dimulakan

Mengawas pergerakan para peserta di


sekitar laluan trek

6 Senamrobik
1.Pn Nurul Huda bt Muhammad -Senamrobik untuk tahap 1
2.Pn.Serinor Dalila bt Md Derus

7 Siaraya -Memastikan PA system berfungsi


1.Ustaz Rusydan b Osman -Sediakan CD lagu
2.En Izwar Arfanny b Abd Jais

8 Pelepas -Pelepasan peserta di garisan permulaan


1.En Helmi b Abd Hamid (wisel)
10 Pencatat -Mencatat keputusan dan menyerahkan
1.Pn.Serinor Dalila kepada juruacara
-Pengiraan markah untuk pemenang
keseluruhan/ olahragawan / olahragawati

11 Juruacara -Mengacarakan majlis penyampaian hadiah


1.En Izwar Arfany setelah kejohanan tamat.
2.Pn Serinor Dalila

12 Pengurus Peserta Senamrobik -Menyedia peserta untuk pertandingan


1.Pn Wan Zuraini -menyedia peserta untuk terima hadiah
2.Pn Wan Sureyani
3.Pn Umiyati Samtifa
4.Pn. Mawar
-Menyemak kupon check point.
13 Hakim Penamat
1.Pn. Wan Zuraini (Tahun 3) -Bertugas sebagai ketua hakim penamat
2.Pn. Saadatul Jannah (Tahun 4) untuk kategori masing-masing.
3.Pn. Shakinah (Tahun 5)
4.En. Sathiaseelan (Tahun 6) -Memberi taklimat tatacara mengisi borang
kejohanan kepada hakim-hakim penamat

-Mengambil kupon kedudukan dari no 1


hingga 10 bagi kategori masing-masing
daripada pencatat masa.

-Menyelaras peserta dan mengagihkan


kupon kedudukan no 1 hingga 10 kepada
peserta yang berjaya menamatkan larian
untuk kiraan.

14. Bacaan Doa


1.Ustaz Rusydan

15 Keselamatan -Penyediaan peti pertolongan cemas


1.Pn. Hjh Jamaliah bt Azit -Menghubungi pihak2 yang terlibat semasa
2.Pn Vasanthi kecemasan dan sebagainya.

16 Peronda mula dan semasa -Meletakkan penanda bagi setiap Check


kejohanan Point
1.Ustaz Rusydan -Meronda trek bersama peserta semasa
2.En.Shamsul Kamar dilepaskan oleh pelepas dan semasa
kejohanan
12.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeunit Jumlah

(RM) (RM)

1. Medal (Emas) 8 orang 4.50 36.00

2. Medal (Perak) 8 orang 4.50 36.00

3. Medal (Gangsa) 8 orang 4.50 36.00

4. Minuman murid pada 24.1.2017 2 Tong 15.00 30.00

5. Pita Keselamatan lorong larian 6 10.00 60.00

JUMLAH 198.00

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM 198.00.


Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………… …………………………….... …………………………………


(Azhar Bin Punandir) (En. Mohd Fairuz Nizam Bin Sallehudin) (En Helmi Bin Abd Hamid)

SU Sukan SK Jijan GPK Kokurikulum Guru Besar SK Jijan

You might also like