You are on page 1of 5

KERTAS KERJA :

PROGRAM KARNIVAL KOKURIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016


ANJURAN
SK (P) METHODIST KUANTAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TAJUK PROGRAM:
KARNIVAL KOKURIA PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2016

TEMPAT:
SK (P) METHODIST KUANTAN, PAHANG

TARIKH:
8-10 APRIL 2016
(JUMAAT-AHAD)

MUKA 1
1. PENGENALAN

Bidang pendidikan amat ditekankan dan diberi keutamaan oleh masyarakat serta
kepimpinan negara sehingga dijadikan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama
negara (NKRA). Hal ini demikian kerana para pelajar dilihat sebagai ‘modal’ yang
dinamakan modal insan dan merupakan ‘aset tenaga’ yang sungguh penting dan
bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa
dan ummah.

Sehubungan dengan itu, strategi pembangunan modal insan amat penting bagi
memastikan insan yang dihasilkan berkualiti dan menepati kriteria-kriteria yang
diinginkan. Program Kokuria melibatkan pertandingan seperti Pertuturan Berirama,
Berpidato, Bersajak, Bersyair, Menulis Esei, Bercerita dan sebagainya dilihat sebagai satu
strategi yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid menggunakan
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokan. Integrasi
nasional yang diwujudkan akan turut mengeratkan lagi hubungan jaringan dan jalinan
antara murid-murid di peringkat kebangsaan khususnya di samping memperkukuhkan
kemahiran insaniah dalam kalangan mereka.

2. TARIKH:

8 APRIL (Jumaat) hingga 10 APRIL (Ahad) – 3 hari

3. TEMPAT:

3.1. SK (P) Methodist Kuantan


Pahang

4. OBJEKTIF:
4.1. Objektif Am:
4.1.1 Menganjurkan Program Kokuria diperingkat kebangsaan.
4.1.2 Mendedahkan guru dan pelajar kepada aktiviti koakademik.
4.1.3 Mewujudkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah Berpreatasi Tinggi
dan sekolah-sekolah lain yang dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah ke
taraf yang lebih tinggi.
4.1.4 Membuka minda pelajar kepada teknik serta kreativiti pasukan-pasukan dari
negeri dan negara lain.

MUKA 2
4.2 Objektif Khas:

4.2.1 Mendedahkan guru dan pelajar kepada pertandingan di peringkat


kebangsaan;
4.2.2 Mewujudkan perkongsian pintar berhubung kualiti persembahan murid
dalam aktiviti koakademik;
4.2.3 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif dalam kalangan
pelajar;
4.2.4 Memantapkan kemahiran berkomunikasi para pelajar dalam Bahasa Inggeris
dan bahasa Malaysia;
4.2.5 Mengukuhkan sikap positif serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajar melalui aktiviti koakademik yang dijalankan;
4.2.6 Mewujudkan jalinan kerjasama SK (P) Methodist, Kuantan dengan sekolah-
sekolah SBT dan sekolah peringkat kebangsaan yang lain dalam pelbagai
bidang;
4.2.7 Meningkatkan jati diri serta kreativiti murid dengan bertukar-tukar idea
antara sesama peserta.

5 KUMPULAN SASARAN:

5.1. Murid sekolah-sekolah SBT.

6 KEWANGAN:

6.1. Punca kewangan:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Peruntukan Khas SBT 2016 28,440.00

JUMLAH 28,440.00

6.2 Anggaran Perbelanjaan:

MUKA 3
BIL PERKARA KETERANGAN JUMLAH (RM)

Makan Murid (3 hari) RM10.00 x 300 murid x 3 hari 9,000.00


1
Makan Guru/Urusetia (3 hari) RM10.00 x 70 guru/urusetia x 2,100.00
3 hari

Yuran Penyertaan Murid


2 RM10.00 x 300 murid 3,000.00
Pertandingan

EMAS – RM50.00 x 22 unit


Hadiah Pertandingan RM 1100.00
Emas PERAK – RM 30.00 X 22 unit
3 2,200.00
Perak RM 660.00
Gangsa GANGSA – RM20.00 X 22 unit
RM 440.00

5 Saguhati Hakim RM40.00 x 50 Hakim 2000.00

Banner RM160.00 x 4 keping 640.00


6

7 Sijil RM2.00 x 1500 keping 3000.00

Alatan Pertandingan dan Bahan


RM1500.00 1,500.00
8 Cetak

9 Jamuan Penutup Program RM 5000.00 5000.00

28,440.00
JUMLAH

7 TENTATIF PROGRAM:

Seperti di Lampirkan.

8. IMPAK PROGRAM:

MUKA 4
8.1. Impak kepada sekolah.
8.1.1. Guru-guru mendapat pendedahan tentang aktiviti kokurikulum dan ko-
akademik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperingkat kebangsaan.
8.1.2. Mempelajari teknik dan kreativiti aktiviti kokurikulum dan koakademik
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8.1.3. Dapat menjalin kerjasama serta pertukaran idea dalam pelbagai bidang.

8.2. Impak kepada pelajar.

8.2.1. Dapat menyertai Karnival Kokuria di peringkat kebangsaan.


8.2.2. Murid-murid akan lebih terbuka fikiran mereka apabila bergaul dengan
pelajar –pelajar dari sekolah lain.
8.2.3. Dapat mempelajari teknik-teknik serta kreativiti pasukan lain.
8.2.4. Dapat memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
serta kecergasan tubuh badan.
8.2.5. Dapat membina keyakinan diri, sikap positif serta jati diri apabila
berhadapan dengan pelajar-pelajar dari negeri lain.
8.2.6. Dapat menambah kenalan diperingkat kebangsaan seterusnya dapat
menjalinkan perhubungan yang positif.
8.2.7. Mampu meningkatkan jatidiri serta kreativiti murid.

9. PENUTUP:

Penganjuran Program Kokuria Peringkat Kebangsaan amat penting bagi mendedahkan


murid-murid SK (P) Methodist dan sekolah-sekolah SBT yang lain kepada aktivi koakademik
diperingkat kebangsaan. Ianya juga akan dapat meningkatkan jatidiri serta kreativiti mereka
terutamanya dalam bidang kokurikulum dan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Adalah
diharapkan program ini akan dapat memberi impak yang besar dalam menjana modal insan
disamping meningkatkan kualiti akademik dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan
murid-murid sekolah ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

____________________ ___________________________
Yusri Abd Mutalib Datin Hjh Nooraziza binti Sabarudin
Penyelaras Program SBT Guru Besar
SK (P) Methodist, Kuantan SK (P) Methodist, Kuantan

MUKA 5

You might also like