You are on page 1of 7

SJK (T) LADANG KIRIAN

14300,NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN.

Tel/Fax : 04-5930395
Ladang_krian@yahoo.com

Mesyuarat Panitia Dunia Seni Visual, No.Ruj:600-8/8/1/2017(3)


SJK (T) Ladang Krian Tarikh: 22 SEPTEMBER 2017
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT PANITIA DUNIA SENI VISUAL 3/2017
Perkara di atas adalah dirujuk.
2 Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 26 SEPTEMBER 2017
Masa :2.30 petang
Tempat : Bilik PSS
Pengerusi : PN.S.Valliyammal

3 Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Ucapan Penolong Kanan 1
3.3 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.4 Info 5 Minit Pemahaman PPPM
3.5 Pemantauan SKPM /Pementoran Pentadbiran
3.6 PBS
3.7 Program Minggu Panitia
3.8 Pengurusan Kewangan
3.9 Hal-hal lain
3.10 Ucapan Penangguhan

3. Kehadiran wajib dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian Terima Kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menurut perintah,

.......................................................
( VALLIYAMMAL A/P SUBRAMANIAM)
SJK (T) LADANG KIRIAN
14300,NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN.

Tel/Fax : 04-5930395
Ladang_krian@yahoo.com

Mesyuarat Panitia Dunia Seni Visual, No.Ruj:600-8/8/1/2017(3)


SJK (T) Ladang Krian Tarikh: 22 SEPTEMBER 2017
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tuan/Puan,
Sila baca Notis Mesyuarat Panitia Dunia Seni Visual 3/2017 yang bertarikh 26.9.2017 dan
ambil tindakan sewajarnya.

BIL NAMA GURU KELAS TANDATANGAN


1. Pn.S.Selvarani 1 Vetri
2. Pn.S.Premalatha 1 Vivegam
3. Cik S.Sangari 2 Vetri
4. Pn.J.Rubini 2 Vivegam
5. Pn.M.Revathy 3 Vetri
6. Pn.M.Revathy 3 Vivegam
7. En.R.Solaiappan 4 Vetri
8. Pn .L.Munisvari 4 Vivegam
9. Pn.M.Revathy 5 Vetri
10. Pn.J.Rubini 5 Vivegam
11. Pn S.Valliyammal (GB) 6 Vetri
12. Pn.M.Revathy 6 Vivegam

SJK (T) LADANG KIRIAN


14300,NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN.
Tel/Fax : 04-5930395
Ladang_krian@yahoo.com

Mesyuarat Panitia Dunia Seni Visual, No.Ruj:600-8/8/1/2017(3)


SJK (T) Ladang Krian Tarikh: 26 SEPTEMBER 2017
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tarikh : 26-09-2017
Masa : 2.30ptg hingga 4.30ptg
Tempat : Pusat Sumber

BORANG KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA DSV KALI 3/ 2017


BIL NAMA TANDA TANGAN

1.

10

11

12

1.0 Ucapan Aluan


1.1 Pn.S.Valliyammal mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-
guru ke Mesyuarat Panitia DSV kali ketiga tahun 2017.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri mesyuarat hari ini.
1.3 Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang memberi
komitmen yang tinggi untuk menjayakan segala aktiviti yang dijalankan pada penggal
pertama tahun 2017.
1.4 Beliau juga meminta guru -guru agar meningkatkan peratus kelulusan murid dalam mata
pelajaran teras supaya SKPM sekolah terus meningkat.
1.5 Beliau turut menegaskan sekiranya guru besar bercuti, Penolong Pentadbiran 1 merupakan
pemangku guru besar.Guru-guru harus akur arahan Penolong Pentadiran dan
menghormatinya .Sekiranya Penolong Pentadbiran 1 tiada di sekolah kuasa diturunkan
kepada PK HEM dan seterusnya PK Kokurikulum.
1.6 Puan guru besar meminta semua guru memberi kerjasama penuh kepada barisan pentadbiran
untuk menjayakan semua program sekolah yang dijadualkan.
1.7 Selain itu, guru-guru boleh memberi komen sekiranya penolong kanan pentadbiran tidak
melaksanakan tangggungjawabnya dengan baik.
1.8 Beliau juga meminta guru-guru agar mengemaskinikan fail persendirian untuk merekod
segala aktiviti yang dijalankan di sekolah.

2.0 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


2.1 Mencadangkan minit mesyuarat : Pn.J.Rubini
Mengesahkan minit mesyuarat :Cik S.Sangari

3.0 Hal-hal dibangkitkan :


3.1 Penggunaan smart board sangat berkesan dalam kalangan guru namun tiada rekod
penggunaan yang dicatat.Guru besar meminta semua guru DSV merekodkan
penggunaan smart board setelah digunakan.
3.2 Penggunakan I-phone dalam waktu PdPc belum dioptimumkan sepenuhnya.Guru besar
meminta semua guru DSV menggunakan i-phone YES untuk PdPc mereka.
3.3 Puan guru besar menyatakan masih ada guru-guru belum menghantar buku Rekod
Mengajar untuk pemeriksaan pada setiap hari Jumaat.Guru-guru yang telah mengambil
cuti rehat tidak menyediakan lembaran kerja terlebih dahulu.
3.4 Puan guru besar meminta semua guru DSV membuat pameran hasil seni yang diajar
pada akhir tahun sebagai penghargaan kepada murid- murid.
4.0Info 5 Minit Pemahaman PPPM
4.1 Puan Guru Besart meminta guru -guru agar menghafal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
4.2 Beliau memberi penjelasan tentang Standard 1 SKPMg2 iaitu Kepimpinan.Guru Besar
sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan
warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan pdpc.
Makluman semua guru DSV

5.0 Pemantauan SKPM / Pementoran Pentadbiran


5.1 Guru-guru disarankan oleh guru besar untuk menyediakan eviden untuk pemantauan
SKPM
5.2 Pdpc perlu berteraskan abad ke -21. Guru-guru harus bersedia setiap masa kerana
pemantauan akan dilaksanakan pada bila-bila masa oleh pihak pentadbir.
5.3 Semua guru diminta menghabiskan sukatan pelajaran dan buku aktiviti bagi tahap 1
sebelum peperiksaan.
5.4 Peperiksaaan akhir tahun akan diadakan pada 30 – 31 / 10/2017 dan 1-3 / 11 / 2017.

6.0 Pentafsiran Berasaskan sekolah (PBS)


6.1 Guru besar meminta semua guru menyiapkan PBS secara off-line dan cetak serta
serahkan kepada Ketua Panitia.
6.2 Kemudian ketua Panitia perlu serahkan markah PBS kepada Pn.Mageswary .
Makluman semua guru DSV
7.0 Perancangan Panitia / Kewangan/ SKPM
7.1 Sekurang kurangnya empat program telah dirancang bagi setahun dan laporan
dikehendaki hantar setelah setiap program berjaya dilaksanakan seperti dirancangkan.
7.2 Perbelanjaan panitia perlulah berdasarkan arahan perbendaharaan yang kuatkuasa.
Ketua Panitia harus berbincang dengan pembantu tadbir untuk memastikan penggunaan
peruntukkan panitia 2017 dibelanja dengan berhemah.
7.3 Pelan strategik, operasi, taktikal telah disediakan bagi mata pelajaran bagi
memantapkan lagi pelaksanaan penyelesaian isu strategi secara berkenaan. Pada masa
yang sama perlu bantu memastikan peningkatkan kualiti PdPc secara keseluruhannya.
7.4 SKPM meliputi kesemua bahagian iaitu pengurusan organisasi, kepimpinan, pengurusan
sumber manusia, pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum, kualiti PdP,
pencapaian PKSR, pencapaian UPSR, prasekolah, sahsiah dan sebagainya. Semua guru
harus memahami dimensi atau standard-standard yang terdapat dalam SKPM.
7.5 Oleh itu, PK Kokurikulum meminta guru-guru agar melatih murid yang mengambil
bahagian dalam pertandingan supaya dapat meningkatkan kedudukan kita dalam SKPM.
7.6Selain itu, PK Kurikulum juga meminta guru-guru agar meningkatkan bilangan murid
yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam PKSR 1 dan PKSR 2 agar dapat
meningkatkan kedudukan sekolah kita dalam SKPM.
Makluman semua guru DSV

8.0 Hal-Hal Lain


8.1 Guru-guru harus berwaspada dengan masalah murid kerana masalah disiplin murid
semakin meningkat.
8.2 Guru-guru tidak dibenarkan memukul dan mencubit murid. Guru-guru juga perlu
mengelakkan memarahi murid dengan perkataan-perkataan yang kasar.
8.3 Guru besar meminta guru – guru DSV agar menyediakan kriteria suasana
pembelajaran abad ke-21.

Makluman semua guru DSV

9.0 Penangguhan Minit Mesyuarat

9.1 Setiausaha telah mengucapkan terima kasih kepada para hadirin dan berharap
guru-guru memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam program-program yang
dirancang pada masa hadapan.
9.2 Mesyuarat telah ditangguh pada pukul 4.00 petang dan tarikh tentatif untuk Minit
Panitia DSV 4/2017 adalah pada bulan November.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………........ …………………........
(REVATHY MUNIANDY ) (EN.SOLAIAPPAN RAJAGOPAL)
S/USAHA PANITIA DSV PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan Oleh,

…………………………
(PN. VALLIYAMMAL SUBRAMANIAM)
GURU BESAR SJKT LADANG KRIAN

You might also like