You are on page 1of 33

FORMAT LAPORAN UHAS 1172

Laporan anda perlulah mengandungi:


1. ABSTRAK
2. ISI KANDUNGAN LAPORAN
3. BAB 1 – PENGENALAN
4. BAB 2 – LAPORAN KAJIAN
5. BAB 3 – PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
6. PENGHARGAAN
7. RUJUKAN
8. APPENDIKS (JIKA PERLU)

Seterusnya,
1. Setiap bab mestilah dimulakan dengan mukasurat yang baru.
2. Font Times New Roman saiz 12 untuk isi laporan tetapi saiz 14 bagi tajuk Bab.
3. Sila masukkan gambar-gambar sebagai bukti kajian sepanjang penulisan laporan dan juga
di appendiks sekiranya terlalu banyak
4. Pastikan ada mukasurat bermula dari BAB1.
5. Laporan perlulah di taip dan di ‘bind’ dengan sempurna.
6. Tarikh akhir penghantaran laporan ini adalah pada perjumpaan terakhir iaitu pada 17
Ogos 2019.

0
ASSIGNMENT :

No. Name Matric No


1 Raja Abdul Jabar Bin Raja Soid SX182287KTPF04
Amir Nur Haiqal Bin Za’anor
2 SX182263KTPF04
Fairusli
3 Muhammad Zulhasnan Bin Azali SX181647KTPF04
Muhammad Hafeez Bin Za’anor
4 SX182286KTPF04
Fairusli
5 Muhammad Ihsan Bin Sulaiman SX181554KTPF04

1
1. ISI KANDUNGAN LAPORAN

No. ISI KANDUNGAN M/s

2
Abstrak
Kepentingan peranan belia dalam pembangunan sosio ekonomi dan politik di Malaysia telah
banyak dibincangkan dalam pelbagai makalah dan penyelidikan. Ditambah pula dengan
pembangunan isu-isu semasa yang merujuk golongan ini sebagai tenaga penggerak dalam
bidang politik, ekonomi, teknologi dan sukan. Malahan laporan media terkini (2011-2012)
telah banyak melaporkan kegiatan golongan belia dalam politik. Ini menunjukkan kesedaran
politik di kalangan belia yang tidak lagi beranggapan bahawa politik itu hanyalah suatu
aspek yang hanya dipelopori oleh golongan yang lebih berusia. Ditambah pula dengan
kemajuan dunia siber yang telah merancakkan lagi kesedaran belia dalam politik. Sejajar
dengan kesedaran politik yang ada di kalangan golongan belia, makalah ini telah mengkaji
perspepsi golongan belia mengenai Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Tun Razak dari
aspek personaliti, pentadbiran dan dasar. Persepsi belia dikaji di dalam penyelidikan ini bagi
mengetengahkan kepentingan pandangan mereka kerana mereka merupakan salah satu
golongan majoriti yang dapat menentukan kelangsungan pentadbiran pada masa akan
datang. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah belia di Malaysia yang mencecah 4.9 juta
pada pilihanraya umum ke-12 yang telah berlangsung pada 2008. Pendapat dan persepsi
belia ini berguna kerana terdapatnya peningkatan pada tahap kesedaran belia di dalam
bidang politik. Golongan belia kini semakin matang dalam membincangkan hal-hal isu
semasa dan politik, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan belia seperti sukan,
pelajaran, hiburan dan sebagainya. Oleh yang demikian, penyelidikan ini bertujuan untuk
mengenalpasti persepsi belia terhadap personaliti, pentadbiran dan dasar-dasar awam Najib
Tun Razak dalam bentuk deskriptif dan kolerasinya dengan indikator demografik belia
Tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara pandangan
belia yang terlibat dalam persatuan terhadap personaliti dan dasar-dasar awam Najib Tun
Razak.
Walaubagaimanapun, tiada perbezaan persepsi yang ketara di antara pandangan belia dari
aspek jantina, etnik dan umur terhadap personality, pentadbiran dan dasar-dasar awam
Najib Tun Razak. Kedua, hasil kajian mendapati majoriti belia memberikan pandangan

3
positif Najib Tun Razak yang telah menyediakan banyak peluang pendidikan kepada belia,
peluang pekerjaan, dan mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik sekali.
Walaubagaimanapun, majoriti belia memberikan pandangan negatif terhadap Najib Tun
Razak mengenai tugasnya menangani rasuah, kroni, dan nepotisma dan juga mengawal
harga barangan di negara ini. Oleh itu, hasil kajian penyelidikan ini mendapati bahawa belia
di Malaysia pada hari ini mempunyai kesedaran terhadap personaliti, pentadbiran dan
dasar-dasar awam Najib Tun Razak dengan memberikan pandangan yang berbeza di dalam
beberapa perkara yang telah di diutarakan di dalam penyelidikan ini

4
Pengenalan

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL
RAZAK dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,Pahang.Beliau merupakan anak sulung
kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Tahun 1976,beliau beliau berkahwin dengan Tengku Putri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga orang cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan
Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987,beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan
Datin Seri Rosmah Mansur dan dikurniakan dua orang anak : Mohd Norashman Najib dan
Nooryana Najwa Najib. Beliau juga merupakan sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun
Hussein.
Beliau merupakan seorang yang memiliki darah bangsawan Makassar iaitu Susur Galur daripada
Keturunan Sultan Hassanudin,Sultan Makassar terakhir di Gowa,Sulawesi Selatan. 3 April
2009,Beliau dilantik sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 6,Menggantikan
Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Selain menjadi Perdana Menteri
Malaysia beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

5
PENDIDIKAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St.John,Kuala Lumpur.Kemudian


melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire,England.Beliau
menamatkan pengajian Ijazah Muda dengan kepujian dalam Ekonomi Industri dari Universiti
Nottingham,England pada tahun 1974.

SECARA RINGKAS PERJALANAN POLITIK DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Beliau merupakan Ahli Parlimen Pekan,Pahang sehingga sekarang.Beliau merupakan
PRESIDEN UMNO yang ke 7 sehingga sekarang.
Beliau mula menceburi bidang politik setelah kematian mengejut bapa beliau,Tun Abdul Razak
di London pada 14 Januari 1976 .Ketika berumur 23 tahun,beliau menang tanpa bertanding
mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh arwah bapa beliau di Pekan Pahang ketika
itu menjadikan beliau merupakan Ahli parlimen paling muda yang dipilih ketika itu.
Tahun 1978,Beliau Menjadi Timbalan Menteri Paling muda apabila dilantik sebagai
TIMBALAN MENTERI TENAGA,TELEKOM DAN POS ketika berusia 25 Tahun.
Tahun 1982-1986,beliau sekali lagi menjadi Menteri Besar paling muda apabila beliau
memegang jawatan MENTERI BESAR PAHANG ketika berumur 29 tahun.

Antara Jawatan yang pernah disandang beliau ialah.

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos


1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan

6
KRONOLOGI POLITIK

1976, Dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan,Pahang dan Ahli EXCO Pemuda
UMNO
1977-1979, Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Peternakan (Majuternak)
1981, Menjadi Ahli Majlis tertinggi UMNO
1982, Memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMN
1987, Diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim
1988, Beliau menjadi ketua setelah UMNO setelah UMNO ditubuhkan semula.
1993, 1996, 2000 Bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan mempertahankan jawatan
Naib Presiden dalam pemilihan parti.
2004 Dilantik sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
2008, Bertanding sebagai Calon Parti Barisan Nasional untuk Parlimen Pekan.Beliau menang
dengan mendapat indian sebanyak 36262.

ANUGERAH YANG PERNAH DI TERIMA

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah

2012 Imam Khalifah Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
(PSSPGM)
2012 Anugerah Pencapaian Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi
Sepanjang Hayat China (WCEF)
2011 Anugerah Kepimpinan Forum Ekonomi Cina Dunia
Transformasi
2010 AFC Diamond of Asia Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010 King Abdul Aziz Order of Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
Merit (Kelas Pertama)
2010 King Abdul Aziz Order of Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
Merit (Kelas Pertama)
2010 Anugerah Persatuan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
Telekomunikasi dan Maklumat

7
Dunia 2010
2007 Darjah Utama Negeri Melaka Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd
(DUNM) Khalil Yaakob

GAGASAN 1 MALAYSIA

Diperkenalkan oleh Dato Seri najib bagi memupuk nilai perpaduan rakyat di antara kaum. Ia
juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009.
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1
Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan
pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One
Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle
Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah
perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil
alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan
nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia
semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini
menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin
Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai
sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh
Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba
memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian
Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP.
Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu
konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana
walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga
kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor
sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk
tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara
terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan
pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi
antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan
mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada
realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana
8
seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana,
"Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti
ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan
baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua
konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan,
kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di
Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada
penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia
memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan
matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus
membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima
perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita
perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan
polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( BRIM )

Dilaksanakan dengan objektif memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang Miskin dan tidak
berkemampuan.
BRIM pertama merupakan bantuan sebanyak RM500.00 kepada isirumah yang berpendapatan
RM3000.00 sebulan atau kurang
BRIM kedua bantuan sebanyak RM500.00 yang diagihkan pada Februari yang memelebihi 2.5
Bilion melibatkan 5.7juta Isi rumah.RM250 diberikan kepada mereka yang belum bekerluarga
dan layak menerima BRIM
BRIM ketiga melalui pembentangan bajet 2015 oleh Dato Seri Najib
Bagi isi rumah RM3000.00 sebulan atau kurang kenaikan BRIM sebanyak RM 650.00-
RM950.00 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3000.00-RM4000.00 bantuan BRIM dinaikkan sebanyak
RM450 kepada RM750 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bantuan RM 300.00-RM350.00 bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan gaji
tidak melebihi RM2000.00

9
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( PRIMA )

Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta
PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik
untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar
Fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM
400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN.

Program ini menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk
meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan
kerajaan lebih transparen
Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @
KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama
Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan
rakyat.

10
BAB 1 PENGENALAN

PENGENALAN
Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak lahir 23 Julai 1953
beialah ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana
beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai bekas Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau
merupakan anak lelaki sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul
Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang
ke-7.
Beliau telah dipilih untuk Parlimen Malaysia pada tahun 1976, pada usia 23 tahun, menggantikan
bapanya duduk di kerusi Pekan yang berpangkalan di Pahang. Dari tahun 1982 hingga 1986
beliau menjadi Menteri Besar (Ketua Menteri) Pahang, sebelum memasuki persekutuan
Kabinet Mahathir Mohamad pada tahun 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan Kabinet sepanjang baki tahun 1980-an dan
1990-an, termasuk sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran. Beliau menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, berkhidmat di bawah Perdana Menteri Tun Dato'
Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menggantikan Badawi setahun selepas Barisan
Nasional mengalami kerugian besar dalam pilihan raya 2008. Di bawah kepimpinan beliau,
Barisan Nasional memenangi pilihan raya 2013, walaupun buat kali pertama dalam sejarah
Malaysia pembangkang memenangi majoriti undi popular.
Najib menjadi Perdana Menteri telah ditandakan oleh langkah-langkah liberalisasi ekonomi,
seperti pemotongan subsidi kerajaan, melonggarkan sekatan ke atas pelaburan asing, dan
pengurangan dalam langkah-langkah istimewa bagi orang Melayu dalam perniagaan.
Selepas pilihan raya 2013 kerajaannya ditandai dengan mengejar beberapa pengkritik atas
tuduhan menghasut,pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)dan skandal
berterusan yang melibatkan firma negeri pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
yang membawa kepada perhimpunan menuntut peletakan jawatan Najib, yang diterajui oleh
pergerakan akar umbi Bersih. Protes berakhir dengan Deklarasi Warganegara Malaysia
oleh Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan untuk menggulingkan
Najib.

11
Turun naik harga minyak serta kesan daripada skandal 1MDB telah membawa kepada susut nilai
yang stabil ringgit Malaysia. Namun sebenarnya, susut nilai yang stabil RM bukanlah suatu
petanda kukuh untuk menyatakan Malaysia akan terjerumus mengalami krisis iktisas dalam masa
terdekat. Antara faktor lain yang perlu diambil kira adalah pertumbuhan KDNK negara, kadar
eksport naik atau jatuh, kadar import tumbuh positif atau negatif, imbangan akaun semasa lemah
atau kukuh, dan banyak sebab lagi. Terdahulu, pada Januari 1998, ringgit pernah merudum
paling dahsyat iaitu RM4.71bagi setiap AS$1. Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir
Mohamad memecat timbalan beliau, yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim kerana
terlalu ikut ‘telunjuk’ nasihat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional telah dikalahkan buat pertama kali di
dalam sejarah negara, memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Najib menerima
keputusan pilihan raya dan berjanji akan membantu memudahkan peralihan kuasa. Pada 3 Julai
2018, Najib ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di kediamannya.

12
BAB 2 : LAPORAN KAJIAN

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diber penghargaan daripada Institut
Pengarah Malaysia dengan gelaran “Bapa Transformasi Malaysia@ kerana kepimpinan
transformasi beliau kepada negara.
Najib juga dilantik sebagai Felo Kehormat MID yang membolehkan beliau menyertai kumpulan
elit felo MID yang juga termasuk dua bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Felo kehormat itu disampaikan oleh Presiden MID Tan Sri Lim
Kok Wing.
Najib diiktiraf kerana usaha-usaha beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)
dan Program Tranformasi Kerjaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
MID memberikan penghargaan kepada Perdana Mentri kerana kepimpinan inovasi beliau yang
memberikan inspirasi amalan terbaik dalam tadbir urus kerajaan untuk mencapai transformasi
menggunakan inovasi sebagai penggerak untuk status baru global.
Tokoh-tokoh korporat utama yang menerajui sesetengah syarikat yang paling dinamik di negara
juga diberikan penghargaan pada majlis itu kerana inovasi perniagaannya di peringkat
antarabangsa.
Sebanyak 17 syarikat yang meliputi pelbagai sector seperti penerbangan, automotif, perbankan,
kewangan, pelbagai pelaburan, Pendidikan dan penjagaan kesihatan menerima anugerah
Kepimpinan Inovasi dalam Globalisasi daripada Perdana Menteri.

13
14
BAB 3 : SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN

PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN

Kesejahteraan Rakyat

i. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


ii. Melakukan tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat.
- Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan
Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar
Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam
Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang
membebankan rakyat.
iv. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga
RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-
hospital kerajaan.
v. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di
Kuala Lumpur.
vi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tuanku
Abdul Rahman.
vii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan
segera.
viii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya
demi keselesaan penumpang.
ix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling
cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum.

15
Hak Asasi dan Kebebasan Media

i. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai


Perdana Menteri.
ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan
Suara Keadilan.
iii. Mengumumkan akan mengkaji ISA.
iv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para
pemimpin Hindraf.
v. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab.

Ekonomi dan Kewangan

i. Melakukan liberalisasi ke atas 27 subsektor perkhidmatan.


ii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan.
iii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion.
iv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat
memantau pelaksanaan projek.
v. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada
para peniaga kecil dan penjaja.
vi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal
ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggi.
vii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka
tidak terjejas pada masa sekarang.
viii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modal.
ix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).
x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai
institusi pelaburan baru dalam negara.
xi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda
sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat
antarabangsa.

16
Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam

i. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri
dan semua sektor kerajaan.
ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point
entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor
swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan
untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan
bekerja di GLC.
iii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak
terlalu memakan masa yang Panjang.
iv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam
pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan
dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan
perkhidmatan awam.
vi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah
diperkenalkan sejak tahun 1987.
vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan
akan dinaikkan pangkat (176,066 orang).
viii. Menggubal dua skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai
2009.

Politik

i. Mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan Umno dan sistem pemilihan parti
supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat
membendung gejala politik wang.

17
Sosial

i. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara.
ii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua
Felda.
iii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi
pekerja yang kehilangan pekerjaan.
iv. Mencadangkan penubuhan Baitulmal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeri.
v. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan,
jenayah dan pengangkutan.

Pembangunan Baru

i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber
tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.
ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang
menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur
Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya.
iii. Berjaya membina Menara 106 dengan ketinggian mengatasi Menara Berkembar Petronas
yang dibina pada era Dr Mahathir.
iv. Lebuhraya Pan Borneo lebih panjang dan tanpa tol berbanding Lebuhraya Plus. Membina
Transit Aliran Massa (MRT) dan ECRL yang jauh lebih moden serta lebih laju.

Dasar Luar

i. Melakukan lawatan rasmi ke China.


ii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas
dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan
Singapura.

18
FASA 1

1) Menara TRX – Bakal dibuka pada bulan Jun ini.


2) Bandar Malaysia – On the way, bakal siap 2025.
3) 1 Malaysia – Dah on Since 2010 sehingga sekarang.
4) ECRL – On the way, bakal siap 2025.
5) KVDT – On the way, bakal siap 2019.
6) HSR – On the way, bakal siap 2026.
7) Pocket Park – Di KL dah mula banyak dan masih membangun.
8) Menara PNB 118 – On the way, bakal siap 2024.
9) TBS – Sudah beroperasi sejak tahun 2013.
10) KTM Skypark – Hujung or pertengahan tahun ini siap dan beroperasi.
11) Keretapi Sabah – On the way bakal siap tahun 2019.
12) Pan Borneo highway – Fasa 1 hampir siap dan bakal dibuka tahun ini.
13) Bantuan warga Borneo – Aktif sejak 2009.
14) Bantuan warga Bumiputra – Aktif sejak 2009.
15) KTM Komuter – Siap update sejak 2015 dan ditambah update KVDT.
16) LRT 1 – Siap sepenuhnya since 2015/2016.
17) LRT 2 – Siap sepenuhnya since 2015/2016.
18) MRT 1 – Siap sepenuhnya dan beroperasi since Julai 2017.
19) BRT – Siap since 2015, BRT lembah klang masih dalam perancangan.
20) LRT 3 – On the way, siap tahun 2020.
21) MRT 2 – On the way, siap tahun 2022.
22) MRT 3 – Dalam perancangan/on the way, siap tahun 2025 .
23) Monorel Putrajaya – Dalam perancangan.
24) Monorel KL – Masih dalam proses update, bakal siap tahun ini.
25) UTC – Dah siap since 2011 dianggarkan ada hampir 25 UTC seluruh negara.
26) KLIA 2 – Siap since 2013.
27) River of Life – Fasa 1 dah nak siap, siap sepenuhnya tahun 2023.
28) Plaza Rakyat – On the way mungkin siap antara 2021/2023.
29) BR1M – Aktif since 2012.
30) Intergrated KL – Dah siap since 2011.
31) TRX – On the way, bakal siap tahun 2027
32) EDTS – Dah siap since 2010.
33) Rapid Pengerang – 60% dah siap, bakal dibuka tahun 2019.
34) Lebuhraya NO Toll – Ada yang dah dimansuhkan dan ada yang memang tak de toll ada
lagi yang on the way.
35) Bantuan nelayan, pekebun dan peladang – Aktif since 2009.
36) No kroni better country – Ada, Rakyat Malaysia.
37) Pelaburan – Malaysia mencatatkan hampir 40 billion dalam pelaburan sama luar negara.

19
FASA 2
1) CSR – Fasa 1 CSR dah siap. Di Kelantan. Selebihnya on the way. Siap sepenuhnya tahun
2022.
2) Jambatan Sabah – Labuan – Dalam perancangan.
3) BP1M – Aktif since 2012.
4) Perniagaan Online – Aktif since 2014.
5) MVV – On the way, bakal siap tahun 2027.
6) Aeropolis – On the way, bakal siap 2024.
7) Greater KL – Mostly dah siap namun still on the way.
8) Melaka gateaway – On the way. Siap pada 2022.
9) Jambatan angkat – On the way. Almost finished dibuka tahun ini atau awal tahun depan.
10) CCC – On the way bakal siap tahun 2021.
11) PR1MA – Aktif since 2014.
12) DFTZ – Aktif since 2017.
13) Loji Pantai 2 – Almost finished dan dibuka tahun ini.
14) KLATCC – On the way bakal siap 2019.
15) AAC – Dalam perancangan, siap tahun 2022.
16) 1Azam – Aktif since 2013.
17) Bandar Media – On the way bakal siap 2021.
18) KBCC – On the way bakal siap 2021.
19) Adam50 – Aktif since 1 jan 2018.

FASA 3

1) Konsep Kreatif DS Najib (Stesen MRT) – Aktif.


2) Konsep Kreatif DS Najib (HSR) – On the way.
3) Konsep Kreatif DS Najib (PNB 118) – On the way.
4) Velodrom Nasional – Dah siap since 2016.
5) Gitt – On the way, siap tahun 2019.
6) Stesen Janakuasa Jimah – Almost finished bakal dibuka hujung tahun ini.
7) KSTP – On the way / dalam perancangan bakal siap tahun 2021.
8) Terowong Sepanggar – Dah siap since 2017.
9) Padang Besar Container Terminal – On the way bakal siap tahun 2019.
10) 1M4U – aktif since 2012.
11) Perlis Inland Port – On the way bakal siap tahun 2021.
12) Chuping Industrial Valley – On the way bakal siap tahun 2021.
13) Urban Malaysia – On the way.
14) Rawang Bypass – Dah siap since 2017.
15) Green Tech Project – On the way / dalam perancangan.
16) NKRA – Aktif sejak 2009.

20
17) Expo Negaraku – Aktif tapi closed down in 15 november 2017 sebab dah habis expo.
18) Pengangkutan Update – Siap since 2016 dan bakal diupgrade perkhidmatan.
19) Lebuhraya Pantai Barat – On the way bakal siap tahun 2020.
20) Bandar Belia – On the way / dalam perancangan bakal siap tahun 2020.
21) Kem Sendayan – On the way bakal siap tahun 2019.
22) Jambatan Pengguna Jalan Kaki – Siap since 2014 dan dikatakan akan ditambah lagi.
23) RT1M – Sudah siap di bukit jalil since 2017. Lain-Lain dalam perancangan.
24) Pembangunan Luar Bandar – Separuh daripadanya sudah siap.
25) RTS – On the way bakal siap tahun 2020.
26) Komuter KTM Utara – Sudah siap since 2016.
27) Klinik 1 Malaysia – Dah ada hampir 350 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia.
28) Tube Malaysia – Aktif since 2014.
29) SL1M – Aktif since 2014.
30) EDTP Gemas – On the way bakal siap tahun 2020.
31) Rumah Transit Gelandangan Wilayah – Aktif sejak 2016.
32) KADS1M – Aktif since 2011 dan diupgrade kepada kad debit pada 2016.

FASA 4

1) UNIFI – aktif sejak 2010.


2) Keretapi Seremban-Port Dickson – Dalam perancangan.
3) Kerinchi Residensi – Siap dan dibuka umum tahun 2017.
4) Urban Medical Malaysia – Aktif sejak 2010 dan dalam proses penambahbaikan dan
Hospital baru di seluruh Malaysia.
5) Institut Kanser Negara – Aktif sejak 2013.
6) BKPU – Aktif since 2012.
7) Jambatan Sadong – Siap tahun 2016.
8) KL PWTC Citu Centre – Dalam perancangan / on the way, bakal siap tahun 2023.
9) Klinik Bergerak 1 Malaysia – Aktif since 2013.
10) TN50 – aktif since 2015.
11) 20th Century Fox Genting – Akan dibuka tahun ini.
12) PPA1M – Aktif since 2013. Sebahagian besar sudah siap dan selebihnya on the way.
13) Projek BALB-BELB – Aktif since 2013 dan sebahagiannya sudah siap dan ada yang on
the way.
14) KRIM – Aktif since 2012 dan diupgrade menjadi KRIM 2.0 pada awal tahun 2018.
15) Kompleks Tabung Haji KLIA – Siap dan dibuka tahun ini.
16) Pembangunan Pudu – Aktif sejak 2010.
17) Pembangunan Bukit Nanas – Siap since 2015.
18) Pembangunan Bukit Jalil – Siap sepenuhnya pada tahun 2017.
19) RTC – Aktif since 2012.
20) RMR1M – Aktif since 2014.

21
21) RMRPlus – Aktif since 2014.
22) RAR – Aktif since 2014.
23) RUMAWIP – Aktif since 2015.
24) PPR – Sungguhpun diperkenalkan tahun 2002, namun ia hanya dibina di Pahang, kini
PPR ada di seluruh Malaysia dan kerajaan menyasarkan 1 juta unit PPR sepanjang RMK
10-11.

FASA 5

1) RIR – Aktif sejak 2013.


2) Projek Tugu Negara – Aktif sejak 2017.
3) Magic Malaysia – Aktif sejak 2014.
4) Skim pelaburan teknologi hijau – aktif sejak 2014.
5) KKR1M – Aktif sejak 2011.
6) EEV – Aktif sejak 2014.
7) SSP1M – Aktif sejak 2010.
8) Jambatan Darul Hana – Dibuka awam pada 11.11.2017.
9) Desa Lestari – Aktif sejak tahun 2013.
10) Taska 1 Malaysia – Aktif sejak tahun 2011.
11) PB1M – Aktif sejak tahun 2013.
12) MyBas – Aktif sejak tahun 2015.
13) PBBR1M – Aktif sejak tahun 2012.
14) DeWI – Aktif sejak tahun 2014.
15) DRE1M – Aktif sejak tahun 2012.

22
Bab 3 : Pengaruh dato’ seri Najib Razak kepada masyarakat

“Saya berharap di bawah konsep 1Malaysia Negaraku ini agar rakyat bukan sahaja boleh bersatu
padu tanpa mengira perbezaan mereka tetapi juga bersama-sama mengekalkan kesejahteraan
negara kerana bangga dengan tanah air kita sendiri”

Gagasan 1Malaysia

23
Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia. Logo
tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

1Malaysia

24
1 malaysia ( juga disebut satu malaysia ) ialah satu gagasan yang diperkenalkan oleh perdana
mentari Malaysia keenam Dato Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak pada 2 april 2009. Intipati
gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman
tetapi secara transformasi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum
dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan
kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang
terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil
tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip
utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba
memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian
Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP.
Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu
konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana
walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga
kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor
sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk
tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara
terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan
pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi
antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan
mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1Malaysia berbeza daripada Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan
kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting
kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George
Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita
mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat
Kebangsaan, kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua
konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1Malaysia iaitu penerimaan,
kenegaraan dan keadilan sosial
Teras pertama 1Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di
Malaysia daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi daripada toleransi
kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan
keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum. Ini termasuklah
bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi
serta bebas kemiskinan.

25
Slogan dan Logo
Slogan 1Malaysia pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut
juga adalah tema sambutan kemerdekaan malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun
2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari
kemerdekaan Malaysia yang ke-54.

Tahun Tema

2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010 Menjana Transformasi

2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

2012 Janji Ditepati

2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

26
BR1M

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu bentuk bantuan sosial yang diperkenal oleh
kerajaan Malaysia kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti. Ia bermula pada tahun 2012
dan diuruskan oleh pelbagai agensi yang dipantau oleh kerajaan. Selain dianggap sebagai usaha
kebajikan sosial, BR1M juga dilihat sebagai senjata politik Barisan Nasional dalam pilihan raya
2013 yang lalu. Kejayaan BR1M ialah mengekalkan kuasa politik Barisan Nasional di Putrajaya
dan melumpuhkan kemaraan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak.

Konsep BR1M

BR1M adalah inisiatif di bawah jaminan sosial iaitu satu bentuk dasar sosial untuk mengatasi
kemiskinan dan ketempangan sosial dalam masyarakat. Jaminan sosial dilaksanakan dalam
pelbagai bentuk seperti sokongan pendapatan dan dasar cukai serta pemeliharaan pendapatan
(taxation and income maintenance policy). Namun jaminan sosial ini selalunya meliputi pelbagai
aspek perkhidmatan sosial seperti rawatan kesihatan dan pendidikan. Terdapat dua jenis jaminan
sosial iaitu berbentuk sokongan pendapatan (in-cash) dan sokongan barangan atau sokongan
sosial (in-kind).

Maksud jaminan sosial ialah usaha membebaskan masyarakat daripada kesusahan. Secara
khusus, jaminan sosial didefinisikan sebagai sistem pemberian wang dan/atau perkhidmatan
sosial untuk melindungi seseorang daripada risiko tidak memiliki atau kehilangan pendapatan
disebabkan kemalangan, kecacatan, sakit, menganggur, usia tua dan kematian.

BR1M merupakan satu bentuk jaminan sosial adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan
keadilan sosial melalui mekanisme pemindahan pendapatan atau agihan semula pendapatan
(income transfer or redistributive income). Ia dilaksanakan dibawah kelolaan agensi khusus
seperti kementerian atau jabatan.

Alasan kukuh pelaksanaan BR1M ialah melindungi kelompok tertentu dalam negara daripada
menghadapi kesusahan hidup kesan daripada risiko yang tidak diduga seperti kenaikan harga
barang secara mendadak kerana kemerosotan ekonomi dunia. BR1M bukannya satu bentuk
pemberian awam yang sia-sia malah satu pelaburan sosial yang menguntungkan pada jangka
masa panjang jika didasari dua prinsip iaitu agihan semula pendapatan dan kesatuan sosial. Dua
prinsip ini menjelaskan fungsi mekanisme jaminan sosial seperti BR1M ini.

Mekanisme Bantuan Sosial

Bantuan sosial adalah jaminan sosial yang umumnya diberikan kepada golongan lemah dalam
masyarakat. BR1M yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia memenuhi ciri-ciri umum iaitu
pendapatan di bawah paras tertentu, bersifat kolektif dan universal iaitu setiap warganegara yang

27
layak tetapi khusus, berbentuk in-cash dan disenggara oleh kerajaan sendiri.

Kelebihan bantuan sosial ialah menjangkau pelbagai kelompok sasar dan dapat memenuhi
keperluan yang khusus. Bantuan tunai daripada BR1M dapat digunakan untuk kepentingan
khusus penerima seperti persediaan anak-anak ke sekolah, meringankan beban kewangan warga
emas dan penuhi keperluan harian golongan miskin dalam tempoh tertentu.

Inisiatif 1Malaysia

Antara inisiatif yang kerajaan sumbangkan kepada masyarakat atas dasar 1 malaysia.

 Yayasan 1Malaysia (2009; kini Yayasan Perpaduan Malaysia)


 Klinik 1Malaysia (2010)
 Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (2010)
 Poskad Impian 1 Malaysia (2010)
 Nasi Lemak 1Malaysia (2010)
 Komputer Rakyat 1Malaysia (2010)
 E-mel 1Malaysia (2011)
 Komuniti WiFi 1Malaysia (2011)
 Dana Belia 1Malaysia (2011)
 Kedai Rakyat 1Malaysia (2011)
 Menu Rakyat 1Malaysia (2011)
 Bantuan Rakyat 1Malaysia (2012)
 Perumahan Rakyat 1Malaysia (2012)
 Pusat Panggilan 1Malaysia (2012)
 1M4U Malaysia (2012)
 Pusat Internet 1Malaysia (2013)
 Kebajikan Rakyat 1Malaysia (2013)

28
PENGARUH DALAM BUDAYA & POLITIK
GAGASAN 1MALAYSIA
Program 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Razak pada September 2008 yang
telah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Matlamat murni program tersebut
adalah bagi memupuk and mengukuhkan perpaduan nasional. Teras pertama 1Malaysia yang
beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia daripada konsep toleransi
kepada konsep penerimaan. Transformasi daripada toleransi kepada penerimaan ini amat penting
kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat
Malaysia daripada pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi
sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Bantuan rakyat 1Malaysia telah dilancarkan bagi membantu golongan yang kurang
berkemampuan. Jumlah sebanyak RM500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah
yang berpendapatan RM3,000.00 sebulan. Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada
Februari 2013 dan lebih RM2.5 billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia.
Hal ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan
daripada RM500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum
berkeluarga akan menerima RM250 daripada projek BR1M.
Antara kemudahan lain yang diperkenalkan di bawah Gagasan 1Malaysia adalah seperti, baucar
buku 1Malaysia, Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk 1Malaysia dan Kedai Rakyat
1Malaysia.
MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
Pada tahun 1986, Dato’ Sri Najib Razak telah dipilih sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan. Di bawah naungan beliau, Malaysia telah berjaya memenangi pingat di dalam Sukan Sea
buat kali pertama dalam sejarah sukan tersebut. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan
Polisi Sukan Nasional dimana para atlet yang Berjaya memenangi pingat dalam Sukan Olimpik,
bakal menerima wang insentif. Sejurus itu, bidang sukan negara secara tidak langsung dapat
berkembang maju dan dapat bersaing sengit dengan negara luar.
MENTERI PENDIDIKAN
Pada tahun 1995, Dato’ Sri Najib Razak menepuh cabaran yang lebih besar apabila
dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Cabarannya ialah untuk bertindak balas terhadap aspirasi
baru mengisytiharkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Sepanjang tempoh lima tahun, beliau menyusun semula Kementerian, mewujudkan
struktur korporat bebas bagi universiti awam, dan menggalakkan kerjasama dengan universiti
dan institusi asing. Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996, membenarkan universiti luar
negara untuk menubuhkan ijazah sekolah di Malaysia, menyediakan peluang pendidikan yang
lebih besar untuk rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai hab pembelajaran serantau.
Beliau juga menaik taraf sijil pengajaran kepada status diploma, supaya guru-guru dalam
kategori itu akan menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.

29
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, belia di Malaysia akan mewakili jumlah yang besar di dalam pilihan
raya yang akan datang dan ini menunjukkan bahawa suara mereka adalah penting untuk
menentukan masa hadapan negara. Di masa ini, golongan belia lebih peka terhadap apa yang
berlaku di dalam negara dan ini adalah sebab mengapa mereka mampu untuk mengeluarkan
pendapat dan menganalisis personaliti, pentadbiran dan polisi awam Najib Tun Razak.
Penemuan dari hasil kajian juga menunjukkan bahawa penglibatan belia di dalam pelbagai
organisasi dan aktiviti menyebabkan mereka mampu untuk mengeluarkan pendapat mengenai
politik di dalam negara. Majoriti daripada belia mempunyai persepsi yang positif bahawa
Najib Tun Razak adalah pemimpin yang mempunyai hubungan dengan negara luar,
menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan kapada belia serta pemimpin yang berjiwa
rakyat. Dari konteks polisis awam, majoriti daripada belia mempunyai reaksi yang positif
terhadap Model Ekonomi baru dan Program Transformasi Kerajaan.
Namun begitu, majoriti daripada belia juga mempunyai persepsi yang negetif bahawa Najib
Tun Razak berjaya membanteras rasuah, kronism dan nepotism serta mengawal harga
pasaran. Oleh itu, kajian ini adalah dibuat di waktu yang sesuai untuk mengetahui persepsi
belia terhadap personality,pentadbiran dan polisi awam oleh Najib Tun Razak.

30
PENGHARGAAN

31
RUJUKAN (Mengikut APA style)

1. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/07/10/100-hari-pembaharuan-pencapaian-
najib
2. http://azlanrumadi.blogspot.com/2015/07/ringkasan-profile-dan-latar-belakang.html
3. https://1malaysia.fandom.com/ms/wiki/YAB_Dato%27_Sri_Haji_Mohd_Najib_bin_Tun
_Haji_Abdul_Razak
4. https://www.najibrazak.com
5.
6.
7.

32

You might also like