You are on page 1of 3

Anti-Racism

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam
aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor
pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks
Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang
sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera,
kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara
stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana
ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak
berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga
boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa
kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga
melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta
mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan
isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh
ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan
antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik
dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan
hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana
tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-
elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga
menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara
kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan
mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dengan tajuk ini iaitu peristiwa ‘Parang Terbang’
rusuhan 13 Mei 1969. Rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong
pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya
umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk. Bagaimanapun, pihak pembangkang telah
menyangkal kebenaran versi tersebut.
Rusuhan perkauman sehingga menjadi satu tragedy hitam di Tanah Melayu ketika itu
telah memberikan kesan positif dan negatif kepada penduduk Tanah Melayu pada masa itu
sehingga kini. Kesan positif yang dapat dikaitkan selepas peristiwa itu ialah tergubalnya Rukun
Negara yang wajib dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia. Rukun Negara telah digubal pada tahun
1971 oleh Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang ketika itu dibawah pimpinan Tun Abdul
Razak. Rukun Negara terdiri kepada lima prinsip asas yang sehingga kini diguna pakai oleh
seluruh bangsa di Malaysia bagi mengukuhkan lagi kekuatan perkauman diantara satu sama lain.
Kesan negatifnya pula boleh dikatakan selepas peristiwa itu berlaku semua kaum dominan di
Malaysia yakni Melayu, India dan Cina berada dalam keadaan trauma sesama kaum. Selain itu,
tumbesaran ekonomi Tanah Melayu ketika itu juga terkesan akibat tragedi itu.

Sebagai penutup, topik yang dibincangkan iaitu “isu perpaduan dan perkauman kaum”,
kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu
di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu, banyak cabaran
dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah
mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan
peristiwa penjajah inggeris yang membuat dasar pecah dan perintah haruslah diambil sebagai
pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah
berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni.

Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik,
perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya
pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi
penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan
untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.
RUJUKAN

Ghani, A. (2016, January 03). Isu Perkauman Dan Perpaduan. Retrieved from
http://kakiwriter96.blogspot.com/

You might also like