You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Kempas

Jalan Lurah 15, Kempas Baru


81200 Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim No. Telefon : 07-2364210

Rujukan Kami : JBA1049/700-6/2/7/( )


Tarikh : November 2018

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru


JKR 6365 Jalan Abdul Rahman Andak
80100 Johor Bahru

U.P : EN. ABDULLAH BIN YUSOFF


Penolong PPD Perhubungan

Tuan,

ROMBONGAN GURU KE PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Dimaklumkan bahawa guru-guru Sekolah Kebangsaan Kempas akan mengadakan Program


Ramah Mesra Bersama Guru Besar pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 November 2018 – 24 November 2018


Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : PNB Ilham Resort, Port Dickson
Bilangan Peserta : 38 orang

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan berkaitan dengan
rombongan ini. Pihak kami telah membuat sewaan bas sekolah. Bersama ini dilampirkan bersama surat
permohonan bas, senarai nama peserta dan tentatif program.

4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HALIMAH BINTI BAHARUDIN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kempas
Johor Bahru

You might also like